Jom Klik Iklan

Tuesday, May 26, 2015

FENOMENA GELOMBANG HABA



Amaran peringkat tertinggi dikeluarkan di dua negeri, Andhra Pradesh dan Telangana di New Delhi, India dengan angka kematian meningkat kepada lebih 750 orang akibat gelombang haba.
Para pegawai berkata sejumlah 551 orang meninggal dunia di Andra Pradesh, manakala bakinya di Telangana dengan 125 kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam lepas.
Kebanyakan daerah di kedua-dua negeri itu terus mencatatkan suhu melebihi 46 darjah celcius dan menurut Jabatan Meteorologi India, keadaan cuaca semasa akan berterusan dalam beberapa hari lagi.
Pihak berkuasa di kedua-dua negeri menggesa orang ramai terutamanya buruh supaya tidak bekerja di kawasan terbuka antara jam 11 pagi hingga 4 petang.
"Sebahagian besar mangsa adalah mereka yang terdedah kepada cahaya matahari, biasanya berumur 50 tahun dan ke atas serta merupakan kalangan pekerja," kata P Tulsi Rani, pesuruhjaya khas jabatan pengurusan bencana Andhra Pradesh, yang dipetik saluran berita NDTV.
Jika berhadapan dengan situasi gelombang haba, kita disarankan untuk minum air masak yang banyak, kurangkan berada di tempat yang terbuka dan menjaga kesihatan.


Sumber :  Bernama

No comments: