Wednesday, December 23, 2015

MAJLIS BERKHATAN ANAK 23.11.2015


Syukur alhamdulillah...anak saya telah selamat berkhatan pada 23 November yang lalu.. Leganya hati seorang ibu setelah anaknya selamat berkhatan. Majlis berkhatan dilakukan di Masjid dan disertai oleh 15 orang kanak-kanak..

Sebenarnya pada tahun lepas pada bulan yang sama saya telah mendaftarkan anak saya berkhatan di sebuah klinik swasta.. tapi pergi sana meraung2 sehinggakan tak jadi berkhatan.. adoila anak.. tu yang risau sangat jika kalini tak jadi berkhatan jugak..huhuhu



Alhamdulillah dengan berkat doa, usaha dan pertolongan orang ramai akhirnya anak saya selamat bersunat..Inilah gambar anak selepas sunat..merengek aje tau dia.. katanya menyesal sunat.. lain kali taknak sunat lagi dah.. hehehe sunat sekali jela wahai anak...bersalin tu lagila banyak kali...lebih sakit tau...huhuhu..lega anak dah bersunat...tinggal nak pulihkan luka jela...



 Berarak keliling kampung dengan menaiki kenderaan 4X4 dan di iringi paluan kompang




Bergambar bersama anggota bomba

 Mandi air bomba sebelum sunat... Memang ceria anak-anak time ni



Inilah 3 sahabat yang menjadi kekuatan anak saya untuk bersunat bersama-sama...

InsyaAllah entri akan akan saya akan kongsikan bersama pembaca tentang pengalaman menjaga dan menguruskan anak berpantang sunat yer...

No comments:

JOM BACA SURAH AL-KAHFI PADA HARI JUMAAT..

SURAH AL - KAHFI Surat ini terdiri atas 110 ayat, termasuk golongan surat-surat Makkiyyah. Dinamai Al-Kahfi artinya Gua dan Ashhabul Ka...