Jom Klik Iklan

Wednesday, October 29, 2014

10 CARA JIMATKAN MINYAK KERETA


10 cara jimatkan minyak kereta


Sebagai pengguna kereta, kita mempunyai pilihan untuk berjimat cermat dengan mengurangkan kadar penggunaan petrol ataupun minyak kereta pada tahap paling minimum.



Di sini terdapat 10 tips untuk menjimatkan petrol ataupun minyak kereta.

1. Kelajuan sesuai

Jangan gopoh ketika memandu dan kurangkan amalan membrek secara mengejut.

2. Kurangkan bebanan

Jangan bawa barang yang tidak perlu. Penambahan berat sebanyak 50 kilogram boleh meningkatkan penggunaan minyak sebanyak dua peratus.

3. Tekanan angin betul

Tekanan angin yang tidak mengikut spesifikasi mengakibatkan penggunaan minyak bertambah lima peratus.

Memandu dengan tayar yang kurang angin menyebabkan penambahan penggunaan minyak sehingga 35 peratus.

4. Kurang kelajuan

Memandu melebihi 90 kilometer sejam (km/j) meningkatkan penggunaan minyak.

Secara perbandingan, pada kelajuan 100 km/j, penggunaan minyak bertambah 10 peratus, 105 km/j (15 peratus) dan 110 km/j (25 peratus).

5. Matikan enjin jika menunggu

Jika kereta tidak bergerak, matikan enjin.

6. Bijak guna gear

Menggunakan gear rendah untuk kelajuan tinggi menyebabkan pembaziran petrol kerana tekanan terhadap enjin menjadi terlalu tinggi dan begitulah sebaliknya.

7. Membrek pada jarak selamat

Perlahankan kenderaan dari jarak yang selamat. Jangan membrek secara mengejut.

8. Panaskan enjin

Hidupkan enjin sekurang-kurangnya lima minit sebelum memulakan pemanduan. Ini untuk meningkatkan prestasi enjin dan memastikan enjin dapat berfungsi secara optimum.

9. Saiz tayar dan rim

Saiz  tayar dan rim yang tidak sesuai atau berat boleh menyebabkan penambahan penggunaan minyak sehingga 10 peratus.

10. Isi petrol pada waktu sesuai

Waktu paling sesuai untuk mengisi minyak adalah di waktu pagi atau malam. Ini kerana pada waktu ini minyak petrol kurang meluap ke udara akibat cuaca panas.


No comments: