Monday, October 27, 2014

KEK COKLAT SEDAPP...

Jom kita buat kek coklat...dah banyak kali buat tapi lupa nak snap...
meh saya kongsi resepi..pasti sedappp..

Bahan-bahan
·         1 cawan serbuk koko
·         1 cawan gula pasir
·         1 cawan susu cair
·         1 cawan minyak masak
·         1/2 cawan susu manis
·         1 1/4 cawan tepung gandum
·         1 tsp baking powder
·         1 tsp soda bicarbonate
·         3 biji telur

·         untuk topping coklat:
·         250 gm coklat masakan.
·         1 sudu besar butter
·         125 ml susu coklat.
·         sedikit gula...kalau tak nak manis sangat tak perlu tambah gula.

Cara-cara
1.    sediakan periuk.masukkan gula pasir, serbuk koko, susu cair, susu manis, minyak dalam periuk dan masak hingga larut.

2.    tepung gandum, soda bicarbonate dan baking powder diayak.

3.    kemudian, telur dipukul kembang dan dicampur dgn campuran koko tadi.Gaul rata dan campur tepung.

4.    setelah di gaul sebati tuang ke dlam loyang.jangan sampai penuh sebab adunan akan naik.

5.    setelah itu, tutup loyang dengan aluminium foil agar tiada air jatuh diatas kek. dan kukus selama 1 jam di atas pengukus.

6.    untuk masak topping coklat:
7.    satukan semua bahan. gunakan kaedah double boil.. tapi menggunakkan api yang perlahan. kacau sehingga pekat. tutup api. biar seketika baru la dicurah ke atas kek.


No comments:

JOM BACA SURAH AL-KAHFI PADA HARI JUMAAT..

SURAH AL - KAHFI Surat ini terdiri atas 110 ayat, termasuk golongan surat-surat Makkiyyah. Dinamai Al-Kahfi artinya Gua dan Ashhabul Ka...