MENANGANI ANAK AGRESIF
Entri kali ini berkenaan parenting skill bagi menangani karenah anak-anak yang sedang
membesar. Amat penting untuk ingatan diri sendiri dan tatapan semua pembaca. Ramai
ibu bapa kurang berpengetahuan cara terbaik menangani anak-anak. Ramai yang
masih menggunakan parenting skill semasa dia dibesarkan dahulu untuk menangani
anak-anak mereka.
Contohnya, menyuruh anak-anak dengar dan patuh
tanpa penjelasan yang memuaskan. Terlalu lembut sehingga semuanya dibiarkan.
Terlalu keras dan tidak ada ruang berbincang, Terlalu suka melarang dan
ditakut-takutkan. Maka, anak-anak ini menjadi lagi hampa dan memberontak.
Anak-anak generasi sekarang ini lagi cepat dan kuat berasa hampa kerana
memang keadaan mereka ini adalah sangat ekspresi. Sebenarnya mereka bukan
degil, tapi kuat keinginan dan mahu cara mereka. Oleh itu bila kehendak mereka
ditangani DENGAN TIDAK BIJAK DAN BERHEMAH, ini yang menyebabkan mereka
memberontak. Dan sekiranya ini terus-menerus berlaku, anak ini akan membesar
dengan semangatnya patah atau menjadi agresif yang tidak menentu. Itulah yang
menyebabkan keadaan bertambah kritikal. Jika tidak diperbaiki, anak-anak ini
akan membesar menjadi remaja yang payah dibentuk.
Sempena tahun baru 2015, sebagai ibu bapa tentu ada
azam untuk memperbaiki parenting skill agar selari dengan peredaran zaman selaras
dengan panduan-panduan di dalam al quran
dan as sunnah. Diantara langkah-langkah untuk Mengatasi masalah ini ialah:.
1) Bawa anak-anak bermain dengan aktif,
seperti di padang mainan indoor atau outdoor. Lebih baik outdoor. Bila mereka
bermain, mereka dapat mengekpresi diri mereka. Mereka boleh menjerit-jerit,
melompat, berpeluh dsb. Ini membolehkan tenaga negatif yang tersimpan
dikeluarkan dengan cara yang sihat.
2) Kurangkan masa menonton TV,
bermain video games di komputer atau ipad atau TV. Bila anak-anak bermain video
games, mereka akan mengalami adrenalin rush. Dan bila mereka tidak beri bermain
lasak di luar terutamanya, maka adrenalin rush itu tiada jalan keluar dan
menyebabkan anak-anak kecil itu menjadi tidak keruan perlakuan mereka. Ini
selain daripada pengaruh games itu sendiri termasuklah mesej tersirat yang
subliminal dimasukkan ke dalam games itu. Oleh itu pilih games yang baik dan
try games itu dahulu sebelum diberi kepada anak-anak kecil anda. Jika anda
sendiri rasa tak menentu selepas bermain games itu, apatah lagi anak-anak kecil
itu.
3) Kurangkan pengambilan gula secara
nampak atau tidak nampak. Nampak, maksudnya kita sendiri yang memasukkan gula
itu. Tak Nampak, contohnya minuman soda, fast food dan sebagainya. Jika
menyediakan makanan sediakanlah dengan penuh kasih sayang dan tenang. Makanan
itu masuk ke dalam badan mereka dan menjadi darah daging.
4) Elakkan menjerit-jerit dan terlalu
kerap memarah. Boleh marah, tapi simpan marah itu untuk sesuatu isu yang sangat
memerlukan marah itu. Contohnya sesuatu yang merbahya baginya, seprti bermain
di tengah jalan dsb. Bila terlalu suka memarahi, marah kita itu sudah tidak ada
maknanya. Malah ia menjadi cara hidup yang anak-anak kecil itu akan ikut. Marah
yang tidak dikawal dengan baik akan menyalurkan tenaga negatif yang akan
diserap oleh anak-anak itu. Maka kita akan lihat mereka pula mempunyai karakter
suka marah-marah. Ibu tahu para ibu bapa semua adakalanya tidak boleh mengawal
diri dan terus marah. Itu sekali sekala, tak pe. Kita manusia, kita buat silap.
Apa yang kita tidak mahu jadi ialah kita menjadikan itu karakter kita – suka
marah-marah dan berleter. Kawal – jika nak marah sangat, jika berdiri, duduk,
istigfar atau bilang sampai sepuluh. Jika marah juga, pergi tempat lain yang
anak tu tak nampak, maka keluarkan marah itu dengan menjerit sambil memekup
muka ke bantal … atau yang lebih baik, pejamkan mata dan bayangkan anda berada
di bawah air terjun yang indah dan air itu memandikan anda sehingga semua marah
anda tadi dibasuh keluar dan pergi bersama air yang luruh daripada badan anda.
Bila sudah selalu melakukan sedemikian, anda akan
mengambil masa yang lebih singkat dan bila tenang, anda boleh mengambil langkah
yang lebih bijak.
Marilah kita bersama-sama membentuk generasi yang
genius dan berhati mulia.
( Ingatan ini YANG UTAMA adalah untuk diri sendiri...
Semoga tahun baru 2015 ini perjalanan hidup berkeluarga dan masalah-masalah
dalam membesarkan anak-anak akan menjadi lebih baik dan terurus.. Tiada
manusia yang sempurna dan tidak pernah membuat kesilapan. Harapan saya semoga
saya dapat kurangkan berleter dengan anak-anak dan tidak stress dengan rutin
seharian..Amin… )
No comments:
Post a Comment