Friday, July 3, 2015

POPIA NESTUM IN THE HOUSE



Assalamualaikum dan salam ramadhan semua..
Sekarang ni tentu ramai yang sedang sibuk dengan persiapan hari raya kan.. hehe.. sama jela kita.. sekarangni tengah sibuk buat kuih raya.. Kuih raya hasil air tangan sendiri..hehe..

Gambar di atasni saya sedang membuat popia nestum..

Mudah je caranya cuma memerlukan kesabaran yang agak tinggi. Hehehe almaklumlah buat kuih sambil melayan 3 hero yang semakin membesar.. hehe

Disini saya sertakan resepinya yer. 

1 peket popia (40 keping)
*air  3 sudu besar
*tepung gandum 3 sudu besar

bertanda (*) untuk di sapu pada hujung kulit popia yang telah digulung.

Mula-mula tu, gulung kulit popia seperti gambar diatas. Saya gulung menggunakan lidi.. Jangan gulung terlalu ketat yer..

Bila dah selesai gulung, gunting kulit popia itu seperti gambar yang telah ditunjukkan di atas. Saya gunting menyerong..

Masukkan di dalam bekas kedap udara dan biarkan selama beberapa jam sebelum digoreng dengan menggunakan minyak yang sederhana panas. Toskan popia dan biarkan sejuk sedikit.

Setelah sejuk gaulkan dengan bahan-bahan dibawah yer

1 cawan susu tepung penuh krim (tidak kisah apa jenama pun)
2 peket horlick 3 in 1
1 cawan nestum yang telah di blend halus
1/2 cawan gula aising

Setelah di gaul sekata.. Sedia untuk dimakan..hehehe

Selamat mencuba..




No comments:

JOM BACA SURAH AL-KAHFI PADA HARI JUMAAT..

SURAH AL - KAHFI Surat ini terdiri atas 110 ayat, termasuk golongan surat-surat Makkiyyah. Dinamai Al-Kahfi artinya Gua dan Ashhabul Ka...