Tuesday, January 9, 2018

ANAK-ANAK CERMIN IBUBAPA



Salam sejahtera semua.. kali ini saya ingin berkongsi tentang perlakuan anak-anak cermin ibubapa. Jadi tugas kita sebagai ibubapa tentunya inginkan anak yang berakhlak mulia dan menjadi insan yang berjaya di dunia dan di akhirat. Besar tanggungjawab dan peranan kita sebenarnya.


Ibu bapa perlu yakin, anak yang kenal dan cinta Allah secara tidak langsung akan kenal dan cinta ibu bapanya. Anak yang lupa Allah, bukan sekadar lupa ibu bapanya bahkan akan lupa dirinya. Hilang cinta pada diri ini menuju kepada kebinasaan.
Apabila anak itu sedar mengenai cinta Allah, sekali gus terdidik bahawa reda Allah terletak pada reda ibu bapanya. Disamping, cinta Allah akan merapatkannya dengan al-Quran yang terkandung di dalamnya berkenaan berbuat baik dan mendoakan ibu bapa.
Sesungguhnya, apabila ada cinta Allah, individu itu memiliki segala-galanya, tetapi jika dia miliki segala-galanya tanpa cinta pada Allah nescaya dia hilang segala-galanya. Kiraannya mudah, jika kita mengajar anak mengenali Allah tanpa mengharapkan sebarang balasan, nescaya Allah akan memberi ganjaran lebih banyak.
Selagi jasa selaku ibu bapa perlu dikenang oleh anak, selagi itu juga anak akan melupakan jasa baik ibu bapanya berpunca daripada terlepas didikan wajib yang utama iaitu mengenal Pencipta mereka yang juga Pencipta kepada kedua ibu bapanya.
Didik anak seikhlasnya tanpa menjangkakan sebarang balasan. Proses didikan sewajarnya bermula dari hati. Didik anak itu amanah bukannya jasa. Sebelum mendidik orang lain ada baiknya terlebih dulu didiklah hati sendiri.

InsyaAllah mama akan didik anak-anak mama seikhlasnya. Mama cuma nak anak -anak mama tahu menghargai kasih sayang. Sayangi keluarga. Mengerti akan erti sebuah kehidupan. Kehidupan dunia sebagai tempat untuk menimba ilmu dan menunaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim. 


Tiada yang mengembirakan ibubapa selain daripada berjaya mendidik anak-anaknya menjadi anak yang soleh dan solehah. 




No comments: