Monday, January 8, 2018

UJIAN ITU RAHMAT DARI ALLAH

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua..

Lama saya tidak bersiaran disini..

Terlebih dahulu selamat tahun baru 2018 diucapkan kepada semua... 

Selamat pagi semua. Sekarang ni kalau nak menulis kena tunggu mood datang. Diri pun sudah sibuk dengan urusan seharian.. Tahun ini 3 orang anak telah bersekolah.. Tugas sebagai seorang ibu dan isteri mengurus keluarga di samping sebagai wanita yang bekerja memang menuntut banyak pengorbanan.. Ibu kandung saya juga telah mengalami strok dan pendarahan di kepala dan sekarang terlantar di katil.. Ujian yang bermula tanggal 19 Disember 2017 memang memberi impak yang cukup besar buat kami sekeluarga.. Bagaimanapun kami masih rasa bersyukur sebab sehingga ke saat ini kami masih mempunyai seorang mak..yang boleh lg kami kucup tangan nya dan belai-belai.. yang boleh lagi kami bergurau senda dan kami mohon doa restunya walaupun mak kami telah strok separuh badan. Tambahan pula, kami telah kehilangan abah pada tahun 2016 kerana abah terlibat di dalam kemalangan jalan raya.. Perginya sekelip mata.. 

Mak telah selamat menjalani pembedahan membuang darah beku pada 20 Disember 2017. Alhamdulillah mak telah sedar daripada koma pada hari kedua pembedahan dan mak masih lagi kenal kami anak-anaknya.. Mak juga masih kenal setiap orang yang datang melawat mak..Ini adalah rahmat dari Allah..Saya menunggu mak 6 hari semasa dia sakit di hospital..dan mak request untuk balik ke rumah saya sebagai anak sulungnya..Alhamdulillah perjalanan pulang mak kerumah dipermudahkan. kami menyewa ambulans swasta dengan kadar bayaran rm260 dari Hospital Teluk Intan ke rumah saya di Kampung Parit Baru. 

Kini mak di jaga di rumah saya, waktu saya bekerja adik-adik yang tidak bekerja mengambil alih tugas menjaga mak..Saya dan suami menyiapkan bilik khas untuk keselesaan mak.. Mak juga kelihatan semakin pulih dan bersemangat setelah berada di rumah., Walaupun mak masih memakai lampin pakai buang dan hanya minum susu ensure sekurang-kurangnya inilah pengalaman peluang kami untuk menjaga mak semasa mak telantar sakit. Ujian ini kelihatan berat pada awalnya namun, rahmat Allah sentiasa bersama kami..

Berbalik kepada tajuk entri pagi ini. Ujian itu rahmat dari Allah buat hambanya. Bila saat di mana kita diberi ujian hidup itu tandanya kasih sayang Allah pada hambanya. Dalam meniti hari-hari, kita sebenarnya telah melalui pelbagai ujian dan dugaan duniawi. Tanpa sedar atau pun tidak. Ujian Allah datang bersilih ganti menyapa diri dengan tahap kemampuan setiap hambanya.

Setiap dugaan kita berbeza-beza. Kita didatangkan dengan ujian yang pelbagai bentuk. Janganlah pernah rasa kecewa. Kala itu, Allah rindu untuk mendengar doa dan rintihan kita. Memang berat untuk menghadapinya namun kekuatan itu perlu ada dalam diri. Jika tidak kita akan terus hanyut dengan kesedihan. 


Saya kongsikan petikan yang ditemui untuk perkongsian bersama..

UJIAN KIFARAH DOSA ?


Apabila kita diuji..
Hati berbisik..
Orang sekeliling menasihati..
"Allah uji sebab nak hapus dosa"
Ya betul.... tapi..
Kita makin sedih.. makin kecewa.. makin meratapi dosa..
ALLAH jua diajukan soalan..
Kenapa dan Mengapa...
Kenapa aku.. kenapa aku.. kenapa aku..... ??

Wahai kawan.. berhenti sejenak.. tukarkan fikiran kita yang negatif itu.. 

Allah dah janji, 

INNA MA'AL' USRI YUSRO..
INNA MA'AL 'USRI YUSRO
INNA MA'AL 'USRI YUSRO
(setiap kesusahan itu BERSAMA kesenangan)

Nabi Muhammad juga diuji.. bahkan lebih hebat daripada kita.. adakah kerana DOSA ??
(Allahumma solli a'la saiyidina Muhammad)

Nabi Zakaria dipotong badannya.. terputus dua.. adakah kerana DOSA ??

Sumayyah dicampak ke dalam parit api.. habis sekeluarga.. adakah kerana DOSA ??

Bilal bin Rabah juga terseksa di dunia.. dihenyakkan batu besar diatas dada.. adakah kerana DOSA ????

Bukan.. bukan.. bukan..
Bukan kerana DOSA semata2..

Allah uji untuk MENAIKKAN DARJAT.. ALLAH UJI SEBAB DIA KASIHKAN KITA.. ALLAH RINDU AIRMATA KITA.. bahagianya !! 

Manusia tak suka tengok orang menangis.. 
Tapi ALLAH suka !!

BILA KITA MENANGIS, MALAIKAT TADAH AIRMATA.. SIMPAN DI AKHIRAT.. AIRMATA KEINSAFAN KITA YANG RINDUKAN DAN TAKUTKAN ALLAH MAMPU MEMADAMKAN API NERAKA.. 

Jangan prejudis pada Allah apabila diuji..
Jangan menghukum diri apabila diuji..
Lebih baik ambil wudhu'.. solat dua rakaat.. lepas salam.. istighfar dan selawat.. senyum memandang ke langit.. biarlah airmata berlinang.. bisik dalam hati sedalam-dalamnya....

"Ya Allaaaaahhhhhh.. terima kasih kerana TIDAK MELUPAKAN aku.."

Allah itu ADIL.. 
Allah itu PENUH KASIH SAYANG..
Allah itu PENCIPTA kita..

Siapa lagi nak UJI kita kalau bukan Allah ..
Siapa lagi nak SAYANG kita kalau bukan Allah ..
Siapa lagi nak MULIAKAN kita kalau bukan Allah ..

Jangan berhenti MENGGALI kasih sayang Allah... ALLAH MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..


Itu sahaja perkongsian untuk pagi ini. Semoga bermanfaat untuk semua dan semoga kita diberi kekuatan dalam menempuh setiap dugaan hidup yang didatangkan kepada kita. 


salam kasih sayang...

No comments:

Periuk Noxxa dan Iron Philips boleh beli dengan cara ansuran mudah

Salam sejahtera semua...Gambar di atas ni di ambil pada 18 Februari 2018 (Ahad). En Awie dan Pn Jaja telah datang ke rumah saya untu...