Jom Klik Iklan
Wednesday, July 22, 2015
PROGRAM CELIK EKSA
HI SEMUA...
Saje nak share disini tentang Program Celik EKSA di office saya.. EKSA bermaksud Ekosistem Kondusif Sektor Awam. Ia adalah 1 inisiatif pihak MAMPU untuk menambahbaik pelaksanaan amalan 5S yang telah digunapakai sebelum ini.
Program celik EKSA pula adalah satu inisiatif jabatan saya bertugas untuk mewujudkan budaya EKSA dikalangan warga kerjanya, melatih semua warga kerja berperanan sebagai juruaudit dalaman EKSA dan memantapkan semangat kerjasama dan saling ingat mengingati.
Tempat kerja saya mempunyai 4 zon dan setiap zon akan diberi 100 mata demerit. Mata kumulatif terakhir akan menjadi salah satu kriteria pemarkahan untuk Anugerah Zon Terbaik EKSA. Sesiapa sahaja boleh melaporkan ketidakpatuhan berkaitan EKSA dengan melaporkan ketidakpatuhan tersebut berserta bukti bergambar kepada pegawai yang diberi kuasa..
Selamat menjalankan tugas untuk semua..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Assalamualaikum dan selamat petang semua. Entri kali ini saya ingin kongsikan kepada semua tentang pertandingan memasak yang saya dan...
-
Salam sejahtera semua. Huhuhu entri kali ini tentang cerita beruang sesat di Sabak Bernam. Tak sangka ada beruang di daerah ini ye. Say...
-
2 Minggu lepas kita dikejutkan dengan berita wanita dalam pantang telah dibunuh kejam. Sedih dan pilu mengenangkan nasib bayi yang ditin...




No comments:
Post a Comment