Jom Klik Iklan

Showing posts with label RUMAHKU SYURGAKU. Show all posts
Showing posts with label RUMAHKU SYURGAKU. Show all posts

Wednesday, September 30, 2015

INDAHNYA POKOK BUNGA ROS JEPUN


Salam sejahtera semua... semoga sihat sejahtera dan sentiasa berada di dalam lindunganNya..

Kalini saya ingin kongsikan cerita berkenaan pokok ros jepun.. Indahnya bunga pokok ros jepun ketika kelopaknya berkembang mekar..biasanya bunga ini akan berkembang mekar pada waktu siang..dan akan menguncup pada waktu ptg dan pagi.. 

Gambar di atas adalah salah satu  pokok ros jepun yang ada di tanam di halaman rumah saya..

InsyaAllah saya berazam untuk menanamnya secara bersungguh2 lepasni..hehehe..

Comel kan ros jepun yang ada di bawah ni. ihsan dari mr google.. boleh dijadikan contoh dan pencetus idea untuk saya dan pembaca di luar sana...







jom kita tanam pokok bunga ros jepun di halaman rumah kita..



Tuesday, September 29, 2015

sachiko DAPAT RUMAH BARU


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Entri kalini saya ingin kongsikan berkenaan Sachiko... Sachiko ialah nama yang diberikan oleh anak lelaki saya kepada seekor arnab..

Alkisah arnabni tak tau dari mana asal usulnya.. huu..
tapi dia arnab yang baik dan kuat makan!!



Hahaha... hari2 makan kangkung.. 
jadi hari2 kena carikan kangkung untuk sachiko makan..



Iman suka sangat dengan sachiko ni...
Diani pencinta haiwan sama macam papanya ^-^



Yang bulat-bulat kecik warna hitam tu najis sachiko la...hihihi


Haa...sachiko dah dapat rumah baru tau..
Comel x? huhuhu...






Ni rumah baru sachiko yang baru dibersihkan najisnya..
Sehari sekali kena cuci rumah dia ni...

Senarai tugas baru untuk saya..   ^-^

Sachiko si arnab bertuah...


Wednesday, April 15, 2015

BERBUDI PADA TANAH



Salam sejahtera semua.. terima kasih kerana mengunjungi blog saya.. hiihihi.. entri kalini saya ingin kongsikan kepada pembaca semua berkenaan berbudi pada tanah..

Tidak rugi tau.. bolehla sedikit sebanyak mengurangkan kos beli barang dapur.. Kita kena amalkan sikap berjimat cermat kan.. tambahan pulak sekarang semua benda perlukan duit.. Duit oh Duit..

Hahahaha.. ni ada 3 pasu pokok kencur, 1 pasu pokok kunyit dan 3 bekas pokok kucai.. Pokok kucai ini telah banyak kali dituai dan dimasak. Kucai ini sedap ditumis bersama tauhu dan udang. Selain itu, boleh juga dijadikan bahan masakan untuk kuewtiau dan cekodok bilis...

Kepada anda semua, marilah kita bercucuk tanam dihalaman rumah sendiri. Selain mengisi masa lapang, kita akan rasa puashati dengan hasil tanaman kita nanti.. Boleh dijadikan buah tangan untuk jiran tetangga, ibu atau ibu mentua jugak kan.. huhuhu


Wednesday, March 25, 2015

SUAMI JIRAN SEBELAH RUMAH


Hahahaha... tetiba rasa nak wat entri dengan title ni pulak yer..

Sebenarnya suami saya bukan jiran sebelah rumah tapi jiran selorong sekampung dan senegeri.. hahaha statement tak boleh blah pulak..kalau dah sekampung mestilah senegeri kan..apala bahasa melayu saya ni yer..

Walaupun selorong dan sekampungni masa kami kecik-kecik tak pernahpun bertegur sapa. Main sama-sama masa kecik pun tak pernah.. Siapa sangka yer.. bila dah dewasa rupanya kami ada jodoh.. Cuma arwah ayahnya adalah kawan sekerja ayah saya. Sayani masa kecik-kecik dulu selalu ikut mak ayah bekerja. Taktau la menolong mereka ke mengacau je yer masatu..huhuhu...

Alhamdulillah di atas segala kurniaanNya. Saya, suami dan anak-anak... Inilah keluarga saya sekarang. 




Saturday, March 21, 2015

BURUNG KELICAP KUNYIT SESAT DALAM RUMAH


Selamat malam semua...ini adalah kejadian yang telah berlaku pada hari jumaat lepas.. Pagi-pagi bangun tidur untuk menunaikan kewajipan, ada seekor burung kelicap kunyit sesat dalam rumah .. jenuhla saya cuba nak keluarkan dia dari dalam rumahni.. Asyik terbang dan berlegar-legar je dalam rumah. Sekejap diruang tamu sekejap di ruang makan sekejap terbang ke dapur.. Tidak pastilah dari pukul berapa burungtu sudah berada didalam rumah.. Inilah diantara gambar yang saya sempat snap.. huhuhu

Saya cuba matikan semua lampu dalam rumah dan hidupkan lampu luar agar burungtu boleh keluar melalui pintu tapi masih juga tidak berjaya. Mungkin sebab masih awal pagi. Jadi suasana di luar masih gelap lagi.. Burungtu ingat saya nak perangkap dia kot..huhuhu (pandai-pandai je buat andaian...)


 Alhamdulillah.. selepas pukul 7 pagi barulah burungtu dapat keluar daripada pintu ini.. Pulanglah ke tempat asalmu yer burung..huhuhu


Burungtu bertenggek pulak di atas wayar elekrik diluar rumah... ada member dia pun bertenggek sama..Tak pastilah pasangan dia ke, adik beradik dia ke atau kawan dia kan...huhuhu Entah apa yang diborak yer.. Agaknya dia cerita tentang pengalaman sesat dalam rumah saya kot..huhuhuhu..


Monday, February 2, 2015

RUMAHKU SYURGAKU



Syukur alhamdulillah....  di atas kurniaan NikmatNya. Terima kasih kepada semua pembaca kerana sudi membaca entri saya.

Entri kalini saya ingin kongsikan tentang Rumahku Syurgaku..

Sayangilah keluarga dan hargailah mereka. Sebenarnya kita bukan siapa-siapa pun jika tanpa mereka. Keluarga adalah sumber kekuatan dan sumber inspirasi ketika kita jatuh terduduk dan rebah tersungkur.. 

Melalui pengalaman hidup, keluarga adalah tulang belakang kita. Memahami dan bertolak ansur didalam melayari hidup berkeluarga amat penting. 

Pendidikan anak-anak juga bermula dari rumah. Justeru adalah tanggungjawab kita sebagai ibubapa untuk menjadikan Rumah kita sebagai Rumahku Syurgaku.. ... Hidupkan suasana ceria, seronok dan bahagia di dalam rumah kita sendiri. Hindari bergaduh diantara suami isteri dan anak-anak.. Semoga anak-anak yang dididik di dalam suasana yang sihat ini akan membesar menjadi insan yang berjaya di dunia dan di akhirat...

Kesimpulannya, marilah kita sama-sama menghidupkan Rumahku Syurgaku di dalam rumahtangga masing-masing yer.. 

~ Selamat Maju Jaya ~








Monday, December 15, 2014

CARA MUDAH UNTUK MENANAM CILI DI RUMAH


TIPS!!

1. Pilih kawasan yang menerima cahaya matahari yang banyak di rumah.

2. Pilih kawasan yang redup akan menyebabkan pokok menjadi tinggi daripada biasa dan saiz buah menjadi kecil. 

3. Cara pemilihan medium penanaman bergantung kepada kaedah penanaman yang dipilih sama ada tanaman dalam pasu atau terus dalam tanah.

4. Medium penanaman untuk pasu yang sesuai adalah tanah campuran tiga bahagian tanah merah, dua bahagian tanah hitam dan satu bahagian pasir.

5. Saiz pasu yang sesuai adalah 16 inci x 20 inci bagi musim penanaman enam bulan.


6. Sekiranya bercadang untuk musim penanaman yang lebih panjang dari enam bulan, sila guna saiz pasu yang lebih besar seperti 30 inci x 50 inci.

7. Kaedah penanaman secara terus di tanah bagi kawasan rumah teres adalah tidak digalakkan kerana tanah tidak subur.

8. Sekiranya ingin meneruskan hasrat menanam di tanah kawasan rumah teres, tanah perlu diganti dengan tanah yang baru.

9. Pastikan tiada pokok buah-buahan seperti mangga, belimbing dan jambu berdekatan dengan kawasan tanaman. Ini bagi mengelakkan serangan lalat buah.

10. Umur paling sesuai untuk memindah tanam anak pokok atau tanah adalah ketika anak pokok sudah berusia tiga ke empat minggu.

11. Kelewatan memindah tanam anak pokok yang sudah cukup umur boleh menyebabkan pokok terbantut.

12. Waktu yang sesuai pindah tanam adalah pada waktu lewat petang.

13. Jangan pindah tanam anak pokok pada waktu tengah hari kerana pokok boleh terkena kejutan haba dan layu seterusnya mati.

14. Waktu yang sesuai untuk menyiram pokok adalah pada waktu awal pagi dan lewat petang.

15. Pokok cili harus disiram dua kali sehari, sekiranya waktu hujan tidak perlu disiram.

16. Pastikan kawasan penanaman tidak menyebabkan air bertakung. Air bertakung boleh menyebabkan lembap dan menggalakkan pertumbuhan kulat.

17. Kayu pancang perlu dipasang ketika peringkat awal selepas pindah tanam untuk mengelakkan kerosakan pada akar sekiranya dipasang pada umur matang.

18. Jenis kayu pancang yang sesuai adalah seperti buluh yang boleh bertahan sehingga lebih enam bulan.

19. Pemasangan kayu pancang bertujuan untuk mengelakkan pokok rebah apabila sudah berbuah lebat.

20. Baja organik seperti baja tahi ayam amat sesuai diberikan kepada pokok untuk menggalakkan tumbesarannya.

21. Sekiranya menggunakan baja kimia, pastikan mengikut kuantiti yang disarankan.

22. Pemberian baja kimia secara berlebihan boleh menyebabkan pokok mati kepanasan daripada baja.

23. Tempoh pemberian baja yang sesuai adalah setiap 10 hingga 14 hari.

24. Kehadiran semut yang banyak pada pokok cili adalah disebabkan ia menghurungi aphid atau bena putih yang terdapat di bahagian bawah daun.

25. Gunakan larutan pencegah serangga yang dirumus daripada bahan semula jadi seperti ekstrak semambu dan bawang putih.

26. Larutan mencegah serangga daripada bahan semula jadi mudah hilang apabila hujan.

27. Selepas hujan berhenti, larutan haruslah disembur semula.

28. Waktu paling sesuai untuk menyembur larutan pencegah serangga adalah pada waktu petang menghampiri Maghrib.

29. Tahap umur cili paling sesuai untuk dituai adalah apabila 80 peratus daripada cili yang matang sudah mencapai warna kirau (warna hijau bertukar sedikit merah).

30. Waktu paling sesuai untuk menuai adalah pada jam 9 pagi ke atas iaitu ketika embun sudah kering.

31. Sekiranya cili ingin disimpan lama, jangan basuh hasil tuaian cili. Sekiranya perlu dibasuh, harus dikeringkan segera.

32. Selepas cili dituai, baja perlu segera diberikan pada waktu petang yang sama atau keesokan harinya bagi mengelakkan pokok tertekan.

Friday, December 12, 2014

TANAM POKOK CILI


Entri kali ini berkenaan tanam pokok cili.. Gambar dibawah adalah gambar pokok cili disemai. saya semai menggunakan bekas cawan polisterin. Pastikan buat lubang dibahagian bawah cawan tu ye untuk aliran air keluar. Kalau tiada lubang tu, air akan bertakung didalam polisterin jika kita siram anak pokok tu nanti..





Ini adalah gambar pokok-pokok cili yang sudah besar dan banyak kali di tuai. Alhamdulillah rezeki. Tidak perlu membeli cili di kedai, kalau nak masak baru petik pun xpe..Fresh lagi!!




 TIPS dari saya Marilah kita bercucuk tanam di halaman rumah sendiri.  Huhuhu  
Selain menyihatkan badan, kita dapat menjimatkan wang dan menghiburkan hati..




MAJLIS DOA SELAMAT SEMPENA PINDAH RUMAH BARU


Majlis doa selamat untuk memasuki rumah baru telah diadakan pada hari Sabtu (28 September 2013)Selepas solat isyak. Sudah setahun lebih berlalu, entri ini ditulis utuk dijadikan kenangan kami dan tatapan semua pembaca.

Terima kasih banyak-banyak di ucapkan kepada yang hadir menjayakan majlis bacaan yasin dan tahlil  ini.

Ini merupakan goodies (buahtangan) yang telah diberikan kepada tetamu yang hadir.








Sebanyak 100 naskah yasin ini telah dibeli untuk kegunaan bacaan yasin dan tahlil dirumah kami. Seterusnya naskah yasin ini dihadiahkan kepada tetamu yang hadir pada majlis tersebut.


LAMPU HIASAN TERCABUT


Entri kalini berkenaan lampu rumah kami di bahagian luar tercabut..huhuhu taktau la kerja siapa.. angin yang bertiup kencang ka, ada binatang yang memanjat ka.. almaklumlah kedudukan rumahni berdepan dengan jalan raya dan tanah lapang. tepi rumahni kebun terbiar memang ada banyak monyet tinggal. 



Ini picture selepas dibaiki. Alhamdulillah tiada kerosakan teruk dan masih boleh digunakan lagi...


Wednesday, December 10, 2014

TANAM POKOK BUNGA


Entri kalini berkenaan pokok bunga yang MENGHIASI HALAMAN RUMAH ...


 Semasa menanam pokok ni, kami sekeluarga belum berpindah ke rumah baru. kecik dan renek2 jer pokok ni kan? hahaha





Sekarang cuba tengok pokok bunga tu...sudah membesar dan berkembang mekar kan?? Jadi kepada anda yang ingin menanam pokok bunga digalakkan menanam pokok bunga jenis ini sebab pokok ini mudah di jaga, sering berbunga dan bunganya bertahan lama malah cantik dipandang.

Tuesday, December 9, 2014

DAPUR RUMAH KAMI

Terima kasih kerana terus setia mengunjungi blog saya..
Entri kalini berkenaan dengan dapur rumah kami...Inilah asal kejadiannya ya..







Ini adalah cadangan susun atur peti sejuk dan mesin basuh. Ingat akan diletakkan kabinet di atasnya tapi seperti kurang sesuai. sebab saya YANG TAK BERAPA NAK TINGGINI TAK SESUAI UNTUK MEMILIKI KABINET YANG TINGGI-TINGGI..HUHUHU JADI BUAT KITCHEN CABINET DI BAWAH SAHAJA. NAMPAK SIMPLE DAN MUDAH DIKENDALIKAN.


Ini hasilnya.HANYA INI KITCHEN CABINET nya...penuh sarat atas kicthen cabinet saya yer..abaikan jer..huhuhu


TERBINANYA RUMAH IMPIAN (PART 3)

Entri kalini berkenaan dengan memasang pintu-pintu di rumah..huhuhu
Biarlah gambar berbicara yer..



Pada masa ini semua daun pintu belum di varnis.. Kami membeli pintu-pintu ini di sebuah kedai pintu di pekan sungai besar. Setelah setuju dengan harga dan pilihan corak dan bentuk pintu dibuat, pihak kedai akan datang ke rumah untuk mengukur semua frame pintu-pintu yang ada di rumah ini termasuklah pintu bilik air.










Gambar pintu bilik air tiada didalam entri ini. Untuk makluman semua, kedai pintu hanya supply pintu yang belum di varnis jadi tuan rumah akan membeli varnis mengikut citarasa di kedai cat. Tugas memasang pintu-pintu ini serta mengecat/varnis akan dilakukan oleh tukang rumah. 

Jadi tips untuk semua, sebagai tuan rumah carilah pintu yang kukuh binaannya dan pilihla cat yang bersesuaian mengikut citarasa ya..Terima kasih kerana berkunjung ke blog saya. Sila berkunjung lagi!!

TERBINANYA RUMAH IMPIAN (PART 2)

Terima kasih kerana mengunjungi blog saya. Seperti yang dijanjikan disini saya kongsikan maklumat berkenaan pembinaan tempat kediaman saya untuk dijadikan panduan dan rujukan kepada semua pembaca. Sebelum memplaster batu bata, proses membelah batu bata untuk memasukkan batang paip hendaklah dibuat (tujuan wiring). Contohnya, gambar dibawah adalah batang-batang paip yang telah ditanam di dalam batu bata untuk tujuan wiring.



Gambar dibawah adalah proses memasang mozek. Tukang telah memasang mozek bermula dari bahagian dapur rumah.


























Inilah rumah dari pandangan jalan raya setelah siap proses mengecat, memasang mozek dan wiring. Selepas ni proses memcuci rumah dan memasukkan barang-barang.. Wah memang memenatkan. Tapi puas hati kerana impian untuk menduduki rumah sendiri terlaksana akhirnya, Syukur Alhamdulilah



Sedikit tips sebelum membeli cat dan mozek

  1. Survey - harga dan corak/warna yang sesuai. Berbincang bersama pasangan. 
  2. Pastikan membeli di kedai yang dijamin berkualiti barang jualannya dan mudah untuk berurusan jualbeli. Sebab kita akan banyak kali berurusan dengan tokei kedaitu banyak kali selagi rumah belum siap.
  3. Simpan segala resit-resit untuk memudahkan berurusan.