Monday, June 22, 2015

RESEPI SUP CEKER SEDAP

Hehehe..
Ni menu masakan saya malam tadi.. dah lepas waktu berbuka barulah sibuk ketuk-ketuk ramadhan di dapur.. huhuhu


Sup ceker ataupun orang panggil sup kaki ayam.. huhuhu

Saya masak satu periuk kecil je.. Masak sup kaki ayam ni memerlukan masa yang agak lama sebab kaki ayamni keras. Jadi kena rebus lama sikit dalam periuk. Mak mentua saya ajar kalau nak kaki ayam tu cepat lembut, waktu merebus sup tu kena masukkan sudu besi macam kat gambar di bawah ni...so, saya pun gunakanlah teknik tu.. memang berkesan tau...huhu..



Bila kaki ayam tu dah lembut barulah masukkan cendawan dan lobak merah. Kalau taknak masukkan pun takpe..

Disini saya sertakan resepi serba ringkasnya..
bahan asasnya ialah

2 ulas bawang putih
3 biji bawang merah ( tambah pun takpe)
sepotong kecil halia
sedikit bunya lawang dan kayu manis
(tumis sehingga naik aromanya)

Masukkan semangkuk air kedalam tumisana tadi. setelah itu, masukkan
sedikit garam
sedikit perasa
Jika ada kiub ayam boleh masukkan juga

Masukkan ceker atau kaki ayam yang telah digoreng separuh masak
Rebus sehingga empuk
Barulah masukkan sayur-sayurnya...

Selamat mencuba dan menjamu selera...

No comments:

JOM BACA SURAH AL-KAHFI PADA HARI JUMAAT..

SURAH AL - KAHFI Surat ini terdiri atas 110 ayat, termasuk golongan surat-surat Makkiyyah. Dinamai Al-Kahfi artinya Gua dan Ashhabul Ka...