Perkongsian hari ini. Untuk ingatan
saya dan semua pembaca.
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW
bersabda, “Jika seseorang manusia (Islam) meninggal dunia maka terputuslah
segala amalannya melainkan tiga perkara, iaitu sedekah yang berterusan, ilmu pengetahuan yang
dapat memberi faedah (kepada dirinya atau kepada orang lain) dan anak yang soleh/solehah
yang beramal baik dan sentiasa mendoakan kepadanya”.
Huraian Hadith:
1.
Hadith ini menyatakan kelebihan ilmu.
2.
Menggalakkan kita melakukan amalan yang membawa ganjaran berterusan
sehingga selepas mati seperti wakaf tanah dan sebagainya.
3.
Ahli keluarga kepada si mati digalakkan supaya bersegera bersedekah
kepadanya, sama ada di atas harta peninggalan atau pun daripada harta mereka
sendiri.
4.
Semua amal kebajikan yang dilakukan oleh seseorang akan terputus setelah
ia meninggal dunia, melainkan tiga perkara, iaitu sedekah dengan niat kerana
Allah, ilmu pengetahuan yang boleh dimanfaati oleh diri sendiri dan orang lain
dan anak-anak yang soleh/solehah yang beriman dan sentiasa mendoakan kepadanya
1 comment:
terima kasih perkongsian ini,
Post a Comment