Jom Klik Iklan

Monday, September 21, 2015

CABARAN MENDIDIK ANAK-ANAK



Sempena cuti sekolah ini, terpanggil pula saya untuk berkongsi cerita hal pendidikan anak-anak. Kitalah orang yang bertangungjawab menjadi pendidik terhadap pendidikan anak-anak kita dari segi kepercayaannya, dan membentuknya dari segi keimanannya, sehingga anak itu membesar lurus perjalanannya, molek akhlaknya. InsyaAllah.. Bukan mudah jalannya sebenarnya..  ^-^

Tentu kita tidak pernah berputus asa untuk mencari cara-cara yang paling baik untuk mendidik anak-anak. Ramai ibubapa telah berjaya dan mereka menggunakan cara yang berbeza-beza dalam mendidik, menggunakan kebijaksanaan masing-masing. Ada anak yang yang cukup dengan memberi syarat dari jauh saja, dan hatinya akan merasa gentar; ada yang cukup dengan menjeling, perasaannya akan berubah; ada yang cukup dengan menunjukkan muka yang masam, atau ada juga yang menunjukkan kemarahan yang terang-terang ada yang dengan tidak bertegur sapa.
Apapun caranya yang penting ialah kita mengikut lunas-lunas yang terdapat dalam Islam, cara pendidikkan secara Islam, telah banyak kita diberi petunjuk cara untuk menghukum anak yang dibenarkan dalam Islam. Laksanakanlah ia serta buatlah pilihan yang paling sesuai di antara cara-cara tersebut.


Cara pendidikan:


1. Dengan pendidikan secara tauladan dirumah, si anak akan meniru segala kelakuan kita dirumah, dari sebaik-baik sifat sehinggalah ke sifat yang tidak baik yang ada pada diri kita sendiri.

Jika kita ibubapa yang sempurna akhlaknya dan dia nanti kelak akan meningkat dewasa kepada sifat-sifat yang baik dan mulia dari kita. Insha Allah.


2. Dengan pendidikan secara beradat, si anak akan mencapai sebaik-baik sifat, dan setinggi-tinggi contoh tauladan dalam pembentukan pendidikannya. Ini bergantung kepada cara pemerhatian kita. Contohnya cara mendidik anak mengikut adat melayu lama.


3. Dengan pendidikan secara nasihat dan pengajaran, si anak akan terpengaruh dengan kata-kata yang berkesan, dan nasihat yang menunjuk ajar, seperti bercerita tentang kisah-kisah tauladan atau berbual sebagai sahabat dengan cara bijak untuk menarik perhatian anak, yang mana tanpa semua ini juga perasaan si anak tidak akan lembut dan tidak akan timbul perasaan kasih-sayang mereka terhadap kita. Dan apabila tidak ada lagi kasihsayang dan belas mereka terhadap kita ibubapa maka harapan untuk memperbaikinya adalah lemah sekali.


4. Dengan pendidikan secara pemerhatian, si anak akan menjadi baik, jiwanya berkembang, dan adab serta akhlaknya akan sempurna. InshaAllah. Anak akan menjadi laksana sebiji batu-bata yang kukuh dalam masyarakat, dan salah sebuah anggota yang penting lagi berguna dalam umat Muslimat. Tanpanya si anak akan cenderung kepada seburuk-buruk akhlak, dan akan jatuh ke dalam serendah-rendah lembah, dan dialah bakal menjadi penjenayah yang amat jahat sekali dalam masyarakat. Laa haula walaa quwata illaa billaah..


Berikanlah perhatian kepada anak-anak kita sama ada diluar atau didalam rumah sejak ia berusia dari usia Tamyiz iaitu usia dari 7 - 10 tahun. Tunjuk ajar dan juahkan mereka dari perkara kemungkaran apabila ia berusia murahaqah iaitu usia antara 10 - 14 tahun. Peliharalah mereka daripada kejahatan apabila ia masih dalam usia baligh iaitu usia dari 14 - 16 tahun.


5. Dengan pendidikan secara hukuman pula, si anak akan mencegah dirinya dari melakukan dosa, berhenti dari kelakuan yang buruk dan sifat yang tercela. Dia akan mempunyai perasaan yang boleh menghalangnya daripada meneruskan perbuatan yang keji disisi Islam. Tanpanya si anak tadi akan bermaharajalela dalam perbuatan keji, dan akan mudah tergelincir ke dalam kerosakan dan kemungkaran.


Waspadalah wahai ibubapa , kita sama-sama dan benar-benar ingin melaksanakan kelima cara ini dengan baik , dan melakukannya dengan cara yang bijaksana. Andai kita ingin melihat masyarakat kita mempunyai akhlak yang mulia dan negara kita sebagai negara Islam yang maha sempurna tiadalah mustahil segalanya atas nama Allah yang Maha Besar.

Renungkanlah...


Mendidik anak untuk menjadikan yang terbaik itu bukanlah mudah, kerana itulah sejak dari rahim ibu lagi kita perlu melentur supaya bila lahir kelak akan menjadi insan yang berakhlak mulia semulia nabi kita Muhammad SAW. Umumnya, wajiblah kita berpegang teguh dengan pendidikan secara Islam.

Selamat bercuti anak-anak..
Semoga kita sebagai ibubapa berjaya mendidik anak-anak menjadi anak yang soleh dan solehah berjaya didunia akhirat...




No comments: