Jom Klik Iklan

Thursday, November 13, 2014

PANDUAN MENDIDIK ANAK LELAKI

Panduan Mendidik Anak Lelaki


Disini dikongsikan beberapa tips untuk mendidik anak lelaki

















Sebagai seorang BAPA…


- Bapa haruslah menjadi role model kepada anak-anak lelaki. Kalau tak mahu anak-anak lelaki hisap rokok so bapa sendiri haruslah jangan merokok. Sebab kita sebagai ibubapa memang secara tak langsung mencari guru kepada anak-anak. Selain itu, bapa kenalah solat & rajinkan solat di masjid & membawa anak-anak lelaki solat di masjid. Kalau jumpa anak lelaki kawan-kawan / sesiapa sahaja di masjid tegurlah mereka dengan baik kerana ini akan membuatkan mereka bangga (merasa diri disedari akan kehadiran mereka di masjid)

- Bapa juga harus membanggakan anak-anak lelaki supaya anak-anak lelaki akan mengambil kita sebagai idola.

- Bapa kena selalu bermain dengan anak-anak lelaki, kalau boleh selalu bergomol dengan mereka. Kalau ikut cara Rasulullah s.a.w ialah dengan meletakkan anak di atas bahu bapa supaya anak boleh melihat dunia pada persepsi kita oarng dewasa. Kalau anak masih kecil, jangan terlalu pentingkan kerja dengan bekerja lebih masa sebaliknya baliklah awal & peluklah anak-anak.

- Bila anak-anak sudah menginjak dewasa, bapa seharusnya jadi kawan kepada anak-anak lelaki. Kalau boleh, buat sesuatu bersama contohnya memancing / libatkan anak lelaki dalam aktiviti kemasyarakatan supaya anak-anak lelaki kita bergaul dengan orang-orang tua.

- Ajar anak lelaki baca Al-Quran. kalau boleh suruhlah mereka hafaz Al-Quran. Kalau bapa tak pandai baca Al-Quran maka belajarlah, hidupkan rumah dengan bacaan Al-Quran & beramal dengan isi kandungan Al-Quran

- Kalau anak lelaki cuba untuk melakukan sesuatu yang tak elok seperti berzina atau menghampiri zina, nasihatkan kepadanya mahu ke kalau adik perempuan dia / ibu dia diperlakukan seperti dia buat kepada perempuan itu? Sebab itulah pentingnya hubungan kekeluargaan yang erat supaya anak-anak lelaki ini bertanggungjawab melindungi ahli keluarga perempuan.



IBU pula memainkan peranan yang penting juga. Antaranya :

- Selalu bercakap dengan anak lelaki. Walaupun anak lelaki masih kecil tapi rajinkan libatkan mereka di dapur supaya mereka tidak merasa janggal dengan kita apabila besar nanti. Maksudnya walau macamana sibuknya kita (sebagai seorang surirumah, atau bekerja) jangan lupa bila berada di rumah selalukan bercakap/bertanya dengan anak-anak lelaki aktiviti mereka supaya mereka tidak merasa sunyi

- Kalau boleh peluklah mereka setiapkali mereka pulang dari sekolah supaya mereka rasa dihargai. (anak perempuan juga) ~ cara didikan Rasulullah s.a.w

- Kalau nak suruh anak solat, jangan suruh banyak-banyak kali supaya mereka tidak rasa sebagai leteran sebaliknya ajaklah mereka solat bersama. Suruh mereka jadi imam solat kita

- Ibu memang memainkan peranan yang besar dalam mendidik anak-anak kerana kebanyakan suami memang sibuk bekerja so penting juga mencari ilmu dalam mendidik anak-anak, dengar ceramah atau baca buku & sambil-sambil berbual dengan suami selitkan atau kongsikan apa yang kita baca.

- Panggillah anak dengan nama yang baik / manja.

- Peringkat pertama didikan anak iaitu dari bayi hingga 7 tahun kenalah didik dengan penuh kasih sayang. Jangan sesekali marah anak . tengking anak kerana dikhuatiri akan membuatkan emosi anak terganggu

- Ibu pula bila anak lelaki sudah berumahtangga cuba layan menantu perempuan lebih dari anak sendiri kerana bila menantu sayang kita, Insya Allah menantu juga tak akan buat perangai contohnya apabila balik raya nanti Insya Allah tidak akan perang nak balik kampung isteri:) kerana isteri senang berada / bergaul dengan kita.

- Anak lelaki juga seharusnya faham tanggungjawab apabila sudah beristeri iaitu mentaati Allah, Rasul, ibu & isteri. Jangan sesekali melebihkan isteri sebelum ibunya. Insya Allah apabila redha ibu bersama kita, anak lelaki akan berjaya dunia akhirat.

Itu sahaja yang dapat dikongsikan. Banyak juga kesilapan yang saya buat dalam mendidik anak-anak terutama bab marah anak. Memang tahap kesabaran ni senipis kulit bawang sebab tu cepat melatah bila anak buat perangai..

Ya Allah, semoga saya dikurniakan tahap kesabaran yang tinggi dalam melayan anak-anak lelaki mahupun perempuan. Memang mudah bila bercakap tapi nak laksanakan tu..agak susah juga..


No comments: