Jom Klik Iklan

Monday, November 17, 2014

1 JUTA POKOK DITANAM UNTUK PULIHARA CAMERON HIGHLANDS


Satu juta pokok ditanam untuk pulihara Cameron Highlands



CAMERON HIGHLANDS – Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar akan menanam sebanyak satu juta pokok di seluruh daerah ini sebagai langkah pemuliharaan alam.

Menterinya, Datuk Seri G. Palanivel berkata, usaha itu bertujuan menghijaukan Cameron Hinglands terutamanya di kawasan hutan dan pinggir sungai.

Katanya, usaha itu juga bagi membolehkan kawasan yang kaya dengan pokok dapat menjadi kawasan tadahan bagi mengelakkan berlaku hakisan dan tanah runtuh.

“Perbincangan mengenai perkara itu akan dijalankan dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Persatuan Kesedaran Alam Sekitar Cameron Highlands (REACH), Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) dan Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka).

“Bagi menjayakan usaha ini yang akan dijalankan secara berperingkat, kita akan turut mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air,” katanya.


Sumber : KOSMO 17/11/2014

No comments: