Jom Klik Iklan

Friday, January 30, 2015

HATI SEORANG IBU







Entri kalini tentang hati..
Cerita tentang hati seorang ibu...

Saya seorang ibu, saya juga ada ibu dan anda juga mungkin seorang ibu..
Naluri keibuan kita amat kuat ...

Pagi tadi anak saya ada majlis maulidulrasul di sekolah, dia beritahu ada tayangan gambar dan dia menangis setelah melihat tayangan gambar tersebut.. mungkin tayangan tersebut menyentuh hatinya. Baguslah jika hatimu lembut anakku.. Semoga menjadi anak yang soleh dan berjaya di dunia akhirat...Aminnn


Thursday, January 29, 2015

ANAK DAN HARTA ADALAH UJIAN





Ini adalah untuk ingatan saya dan perkongsian untuk semua. Sekarang anak saya tengah tidak sihat. Ada yang batuk dan ada yang selesema. Tidur malamnya terganggu dan kerap terjaga. Sayapun tidur tak cukup jugak.. 

huhuhu… anak tak sihat, ibubapa tentu susah hati jugak kan…
Semoga cepat sihat yer anak-anak. Aktif dan ceria-ceria selalu..



AL-Anfal [28] Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian,  dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar.

At-Taghabun [15] Sesunggguhnya harta-benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan disisi Allah jualah pahala yang besar.

Al-Munafiqun [9] Wahai orang yang beriman,  Janganlah kamu dilalaikan oleh harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah. Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang yang rugi.


LISA SURIHANI HAMIL


























Alhamdulillah akhirnya dapat berita artis kegemaran saya hamil setelah hampir 3 tahun berkahwin. Tahniah diucapkan kepada Lisa Surihani. Semoga sihat dan dapat melahirkan baby dengan selamat.

Kepada pembaca diluar sana, jika masih belum mendapat zuriat setelah lama berkahwin jangan cepat berputus asa dan terus berusaha dan berdoa kepadaNya. InsyaAllah lambat laun Allah akan makbulkan. Jangan kerana alasan tiada zuriat, pasangan bergaduh dan bercerai-berai..


Tuesday, January 27, 2015

SENYUM SEINDAH SURIA


"Senyum seindah suria...yang membawa cahaya...
senyumlah dari hati...duniamu berseri...
senyum umpama impian dalam kehidupan...
kau tersenyum...ku tersenyum...kemesraan menguntum...
senyum.... kepada semua...
senyumanmu amatlah bermakna...
senyum membahagiakan..
dengan senyuman...terjalinlah...ikatan..."

 Ingat lagi bait2 lagu ni..lagu iklan zaman kanak2..menggalakkan kita menghadiahkan senyuman sebagai tanda keramahan dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Tak kiralah orang tua ke muda ke, melayu ke cina ke india ke, Islam ke bukan islam ke..dengan hanya melemparkan senyuman kita akan rasa senang bila orang yang melihat mengaggukkan kepala sekali sambil membalas senyuman kita (selalunya bila bertembung pandangan,padahal tak mengenali) Senyuman di galakkan untuk mengeratkan persaudaraan. Senyuman juga dapat mengelakkan persengketaan.

Malahan senyuman juga satu sedekah yang sangat mudah. Tanpa mengeluarkan wang ringgit, atau bertungkus lumus bekerja, kita mendapat pahala hasil dari senyuman yang kita berikan. Akan tetapi...jeng..jeng..jeng...hanya senyuman yang ikhlas dengan niat yang baik(tak de udang di sebalik batu ke..mee ke..kuew tiaw ke) akan mendapat ganjaran pahala. Sedar atau tak sedar, sebenarnya senyuman juga boleh jadi penawar, penyejuk hati dan mendatangkan inspirasi.

Power juga senyuman nie...sebab tu Rasulullah S.A.W menggalakkan umatnya melemparkan senyuman, jangan bermasam muka (nanti cepat tua). Senyum juga rahsia kepada awet muda...jadi selalu2lah tersenyum..untuk mengekalkan keremajaan wajah..ceewah.. Walaubagaimanapun...senyuman nie ada 1001 jenis senyuman. Ada juga senyuman yang kalau dilihat, hanya menyakitkan hati...menambah meluat...atau membuatkan orang jadi benci..antaranye..senyum orang gatal yang nak mengorat anak dara kat stesen bas ke..komuter ker..shoping kompleks ker...atau mana2 la...(macam nak penampo jer muke orang gatal tuh!) ada gak senyum sinis atau senyum kambing..macam ala2 nak mengejek je..(sakit hati betul kalau jumpa org senyum2 sinis ni..macam la dia best sangat nak senyum2 camtu..) dan lagi satu senyum sebab dah termalu@sengih macam kerang busuk..ha..tu salah diri sendiri la..dah buat salah..sengih2 jer la..hahahaha..lain pulak kalau senyum malu2@tersipu2..tu..paham2 sendiri la kan..... 

Hehehe…marilah kita perbanyakkan senyuman dalam kehidupan seharian.. Semoga hidup kita lebih ceria dan bahagia..

 

Monday, January 26, 2015

ROTAN ANAK


ISLAM DAN MEROTAN ANAK



Baru-baru ini Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim mengumumkan akan menggubal akta baharu menggantikan Akta Kanak-Kanak 2001 yang akan dibentangkan di Parlimen selewat-lewatnya Jun depan, dengan memasukkan hukuman terhadap ibu bapa yang merotan anak mereka.

Perkara ini telah menimbulkan isu dan harus dikaji semula kerana merujuk kepada keputusan menjatuhkan hukuman ke atas ibu bapa yang merotan anak mereka (seperti kes Azizul Raheem Awaluddin dan Shalwati Norshaldi di Switzerland pada tahun 2014) boleh membawa kepada pemisahan sementara antara kanak-kanak dengan ibu bapa mereka.

Sebagai umat islam, beberapa perkara harus ditik berat didalam pendidikan anak-anak. Saya amat tertarik dengan artikel yang ditulis oleh Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Saya kongsikan disini untuk ingatan saya sebagai ibubapa dan panduan untuk semua pembaca. Tugas kita sebagai ibubapa sebenarnya berat. Kita menggalas amanah Allah. Kita perlu jadi contoh teladan yang baik kepada anak-anak. Jangan menjadi ketam yang berjalan senget tetapi mahu anak-anaknya berjalan lurus.

Pertama, Asas pendidikan dalam Islam ialah panduan yang jelas, tunjuk ajar yang penuh hikmah (wisdom) dan contoh teladan yang baik. Inilah isyarat al-Quran dalam Surah al-Isra ayat 24 ketika mengajar kita berdoa untuk ibubapa dengan doa:

“Katakanlah: wahai Tuhanku kasihanilah kedua mereka (ibubapaku) SEPERTI mana mereka membesarkanku semasa kecil”.

Ertinya, jika diteliti dari arahan doa yang diajar oleh al-Quran tersebut bahawa pendidikan ataupun membesarkan anak (bringing up process) yang menjadi tanggungjawab ibubapa hendaklah dengan sifat kasihan ataupun rahmah (mercy). Justeru, hanya ibubapa yang membesarkan anak dalam suasana kasih simpati sahaja yang mendapat bahagian dari doa ini. Allah mengajar doa kepada anak, tapi dalam masa yang sama mengingatkan ibubapa tentang cara mendidik dan membesarkan anak.

Kedua,  Adapun hadis tentang memukul anak, hendaklah dilihat dalam kerangka maksudnya yang betul. Di sana juga ada ayat al-Quran (Surah al-Nisa: 34) yang menyebut tentang memukul isteri, apakah selepas ini kita akan mempertahankan perangai sesetengah suami yang suka memukul isteri?! Ayat itu berkaitan isteri yang nusyuz (derhaka) setelah segala proses pendidikan yang baik gagal. Sementara suami pula seorang yang bertanggungjawab menunaikan segala kewajibannya di sudut nafkah zahir dan batin. Pukulan pula dengan cara yang tidak mencederakan dan meninggalkan kesan kesakitan yang serious tetapi sekadar memberikan amaran tentang kesungguhan maksud suami. Hanya dalam suasana sebegitu di samping suami dengan ciri yang begitu sahaja boleh memukul isteri dengan syarat yang disebutkan tadi.

Ketiga, tiada galakan dalam nas Islam agar kita memukul anak. Bahkan kita tidak wajar memukul anak yang belum mumayyiz (mampu membezakan antara yang baik dan buruk). Hadis hanya menyebut memukul pada umur sepuluh tahun setelah melalui proses yang panjang. Sabda Nabi s.a.w:

“Suruhlah anak-anak kamu bersolat ketika mereka berusia tujuh tahun, dan pukul kerana meninggalkan solat ketika berusia sepuluh tahun” (Riwayat Abu Daud, sahih).

Ertinya, ketika berusia tujuh tahun saban hari sebanyak lima waktu dia mendengar perintah bapa atau ibunya ‘marilah bersolat’. Maka, selama tiga tahun lamanya dia akan mendengar seruan kepada solat dengan penuh cinta dan manja. Tanpa kekerasan, tanpa paksaan. Pujukan demi pujukan. Sehingga perintah solat sebati dengannya dan dia memahami maksud solat. Solat diingati bersama hubungan kasih sayang ibubapa yang berbicara dan memujuknya setiap kali azan berkumandang. Mungkin pelbagai upah dan janji diberikan. Dia bermesra dengan bapanya yang akan membawanya ke tempat solat. Dia mempelajarinya dari pelajaran dan teladan. Tidak dipukul melainkan setelah tiga tahun melalui tempoh ini. Jika dia dipukul pun setelah berusia sepuluh tahun, dia akan faham itu adalah pukulan kasih dan cinta. Pukulan itu tidak mencederakan atau mendapatkan kesakitan yang serious.

Keempat,  betapa untuk sampai kepada tahap memukul memerlukan satu proses yang panjang padahal itu membabit soal asasi dalam hayat seorang muslim iaitu solat. Maka, mana-mana bapa sewenang-wenang memukul anak, dia bukan seorang bapa yang baik dan telah melanggar ajaran agama. Lebih malang lagi jika bapa itu sendiri bukan teladan yang baik seperti bapa yang merokok memarahi anaknya merokok. Sama juga bapa kurang bertanggungjawab terhadap nafkah dan pendidikan anak, tiba-tiba memukul anak, maka mereka adalah pengkhianat amanah Allah.

Kelima, Kegagalan pendidikan hari ini, tiada kaitan dengan rotan ataupun tidak, tetapi berkaitan dengan faktor penting pendidikan insan itu sendiri iaitu; kejelasan arah dalam pembentukan anak, teladan yang baik dan suasana yang membina. Inilah tiga faktor penting yang telah dimusnah oleh pelbagai keadaan. Mereka yang cuba mengaitkan merotan anak sebagai kejayaan pendidikan Islam adalah satu kedangkalan yang nyata.

Keenam, jika ada ibubapa yang memukul anak tanpa alasan yang benar, dalam keadaan yang tidak munasabah, mendatangkan kecederaan yang kekal ataupun kesakitan yang serious, maka itu bercanggah dengan ajaran Islam dan boleh untuk pemerintah menganggapnya sebagai satu jenayah untuk diambil tindakan.

Sumber : drmaza.com.. Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Thursday, January 22, 2015

MINGGU KENDURI KAHWIN



Ni pelamin masa majlis persandingan aku dan suami..
Entri kalini merapu sikit..

Saje nak hilangkan perasaan boring dan mengisi masa lapang dengan menulis.. Sebenarnya hobi aku memang menulis.. Macam-macam nak tulis tapi kadang-kadang tiada masa lapang, sibuk dengan rutin seharian sebagai seorang ibu kepada 3 orang anak yang semakin membesar... Aku seorang ibu bekerja yang mengurus anak- anak.. 

Suami.. weekend je jumpa.. ekekekeke... Koleksi gambar-gambar ini untuk mengimbau kenangan lalu.. orang lain nak kenduri, kita terkenang pula zaman dolu-dolu kan... Alhamdulillah.. Rindu dan sayang suami ketat-ketat..

Weekendni penuh jadual dengan majlis kenduri kendara majlis kahwin.. Majlis persandingan anak sepupu sebelah mak hari sabtuni, pada hari yang sama juga majlis persandingan sepupu sebelah ayah.. 

Semoga majlis mereka berjalan dengan lancar..

Selamat pengantin baru. Moga jodoh kekal hingga ke akhir hayat..

Ni khemah makan beradab. Meja tengah tu untuk meja kek.. Kek bertingkek tingkek...ekekeke
Inilah yang dikatakan kek bertingkek-tingkek tu... :-)



GERIMIS MENGUNDANG



Sedih, terharu dan kesian pun ada tengok video penyanyi yang pernah porpular era 90 dulu menyanyi sambil tangan bergari..

Inilah lagu yang popular dan pernah aku minati dulu.. Semoga penyanyi tersebut kembali ke pangkal jalan. Kalau dia kembali nyanyi seperti dulu pun orang masih boleh terima dia.. sebab suaranya unik dan merdu... Doa-doalah semoga dibukakan pintu hatinya untuk tidak terlibat lagi dengan najis dadah..

GERIMIS MENGUNDANG
Kusangkakan panas berpanjangan
Rupanya gerimis, rupanya gerimis mengundang
Dalam tak sedar ku kebasahan

Pernah juga kau pinta perpisahan
Aku sangkakan itu hanyalah gurauan
Nyata kau serius dalam senyuman

Reff:
Bukan sekejap denganmu
Bukan mainan hasratku
Engkau pun tahu niatku
Tulus dan suci
Senang benar kau ucapkan
Kau anggap itu suratan
Sikit pun riak wajahmu
Tiada terkilan

Hanya aku separuh nyawa
Menahan sebak di dada
Sedangkan kau bersahaja
Berlalu tanpa kata
Terasa diri amat terhina kau lakukan
Terasa diri amat terhina kau lakukan

Kembali ke Reff

Sia-sia kukorban selama ini
Jika kasihku, jika hatiku
Kau guris oh oh oh…
Dalam tak sedar ku menangis


Tuesday, January 20, 2015

APA ITU BAKTERIA LISTERIA MONOCYTEGENES??




Ini merupakan info yang boleh dikongsikan kepada semua pembaca tentang pencemaran epal berkenaan. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata di pasaran domestik, pihaknya mengenalpasti dua pengimport epal jenis Granny Smith keluaran syarikat AS.

Menurutnya, pihak kementerian sudah mengarahkan pengimport berkenaan mengambil balik buah epal terbabit dari pasaran, sementara stok yang berada di premisnya juga sudah disita.

"Kementerian mengambil maklum isu pencemaran bakteria listeria monocytegenes ke atas buah epal jenis Granny Smith dan Gala keluaran syarikat di California, AS.

 "(Epal itu) diguna dalam pengeluaran 'caramel apple' yang dikesan pihak Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan AS (USFDA) seperti dilaporkan dalam beberapa media antarabangsa sejak kebelakangan ini.

"Kementerian juga sedang bekerjasama dengan pihak USFDA mengenai perkara ini," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Noor Hisham berkata, makanan yang tercemar dengan Listeria monocytogenes mungkin tidak menunjukkan sebarang tanda bahawa ia sudah rosak secara fizikal (melalui penglihatan dan bau).

Pengambilan makanan yang tercemar dengan bakteria ini katanya boleh menyebabkan penyakit bawaan makanan yang dikenali sebagai listeriosis.

Listeriosis katanya boleh menyebabkan demam kuat, sakit kepala yang teruk, kekejangan pada leher dan loya (nausea).

"Bagi wanita mengandung, warga emas dan mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah adalah tergolong dalam kumpulan berisiko," katanya.

Justeru, beliau menyatakan jika pengguna mempunyai sebarang pertanyaan, mereka boleh merujuk ke Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) atau Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) terdekat.


Berhati-hati ye semua..

HATI-HATI DENGAN EPAL TERCEMAR


Baru-baru ini  kita dikejutkan dengan berita tentang epal dari Amerika Syarikat yang tercemar ... Aku sedikit alert coz biasa nyer ibu2 akan guna epal gala nie untuk buat puri bagi baby masing-masing ... Jom  baca berita nyer ...

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menyekat kemasukan epal jenis Gala dan Granny Smith dari Amerika Syarikat ke Malaysia kerana dipercayai tercemar oleh bakteria Listeriosis, kata Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata sekatan itu dilakukan oleh Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) selepas notis berkaitan pencemaran itu diterima kementerian dua hari lalu.

"Kita menerima notis daripada Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) Amerika yang memaklumkan tentang insiden pencemaran itu dan difahamkan ia telah menyebabkan 3 kematian dan ramai yang sakit di Amerika dan Kanada," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata kementerian tidak mempunyai bidang kuasa untuk menarik semula epal jenis itu yang telah berada di Malaysia, kerana ia melibatkan soal pemakanan di bawah Kementerian Kesihatan.

Isu berkaitan larangan pengambilan epal terbabit telah tersebar di laman sosial sejak beberapa hari lalu.

Malah sebuah portal media turut melaporkan penularan bakteria itu dikesan di sebuah pusat pemprosesan epal Bidart Bros dekat Bakersfield, California melibatkan epal yang disaluti karamel. – Bernama


Kalau korang nak tau nie ler die rupe epal gala dan epal granny smith ... Walaupun kemasukan epal nie dah disekat, tapi epal yang dah masuk masih belum ditarik dari pasaran ... So, hati-hati yer kengkawan ... 

 


Gambar sumber google ...

Aku pun gigih menggoogle ape mende nyer bakteria listeriosis ... Nak jugak tahu kan ... Simptom nyer sama seperti kes keracunan yang lain ... InsyaAllah next entry


Thursday, January 15, 2015

TEMPAT PERCUTIAN MENARIK



Gambar ini diambil ketika saya dan suami menginap di sebuah Resort beberapa tahun lepas. Ketika ini matahari hampir terbenam dan suasananya nyaman. Sekali sekala terdengar bunyi bot nelayan lalu di tepi Resort dan ombak menghempas pantai. Kami sengaja menyewa bilik mengadap ke laut. Memang cantik pemandangannya. Gambar ini mempunyai sentimental value yang tinggi bagi saya...Huhuhu

Untuk sesiapa yang berminat untuk bermalam di resort ini bolehla menghubungi :

  1. ALAMAT         : D Muara Dorani Marine Parks, Jalan Lama Kuala Selangor, 45300,                                 Sungai Besar, Selangor, 45300
    NO TELEFON:03-3224 6800

PUPUK SEMANGAT RAJIN MEMBACA


Dulu semasa saya bersekolah rendah saya suka membaca buku cerita dongeng. Hari-hari saya membaca buku cerita yang berbeza-beza sehinggalah saya dilantik menjadi pengawas perpustakaan sejak saya berada dalam darjah 4. Saya memang suka sangat membaca buku cerita sehinggakan selalu berangan-angan untuk menjadi puteri raja dan sebagainya..Indah je rasanya.. Kelakar pun ada jika dikenang-kenang kembali..

Sekarang giliran anak saya pula bersekolah rendah. Namun dia tidak berapa gemar membaca buku cerita. Mungkin anak saya lelaki jadi caranya berbeza. Huhuhu... apapun kena pupuk jugak semangat rajin membaca ni..


Monday, January 12, 2015

RUTIN HARIAN BERUBAH- SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 TELAH BERMULA...


SALAM SEJAHTERA SEMUA...

Entri kalini berkenaan hari pertama persekolahan untuk sesi 2015. Kebanyakan ibu bapa teruja post gambar anak-anak berpakaian sekolah..

Saya tiada gambar untuk dikongsi cukupla sekadar doa dan harapan agar anak-anak rajin belajar, bijak dan menjadi anak-anak yang berjaya di dunia dan akhirat..

Anak-anak adalah saham akhirat bagi kita sebagai ibubapa. Kerana 3 perkara sahaja yang akan kita bawa ke dalam kubur iaitu

1- Sedekah jariah. 
2-Ilmu yang bermanfaat. 
3-Anak-anak soleh yang mendoakan.

Apabila anak-anak bersekolah maknanya jadual kita sebagai ibubapa juga akan berubah.Setiap pagi rutin bangun pagi juga akan berbeza..Bangun lebih awal dan menyediakan sarapan. kadang-kadang anak-anak mahu bawa bekal ke sekolah. Menghantar anak ke sekolah sesi pagi dan mengambil anak disekolah pada waktu tengahari. Setelah pulang kerumah terus menyediakan makan tengahari seadanya. Makan bersama anak-anak dan bersiap untuk menghantar anak ke sekolah sesi petang pula. Serta mengambil anak di sekolah sesi petang.

Beginila rutinnya.. Semoga terus di beri kekuatan, kesihatan dan kesabaran didalam mengurus dan membesarkan anak-anak..Amin




Friday, January 9, 2015

BEZA MOUSE DAN RAT


Huhuhu..
entri kalini berkenaan kisah perbualan  saya dan anak tentang tikus.. Boleh pulak dia tanya
" Mama apa beza mouse dan rat? dua-dua tikus kan?"
"Aah tikus" saya tersenyum kelat sambil berfikir aah ye apa beza keduanya sebab dalam bahasa melayu kita akan sebut tikus untuk semua tikus-tikus yang ada. Tidak pula kita bezakan seperti mouse dan rat ni..

Huhuhu.. jadi setelah google baru la tau ada perbezaan rupanya antara keduanya ini.. Bijak anak mama sebab telah berfikir diluar kotak...


rujukan

http://www.diffen.com/difference/Mouse_vs_Rat
http://thefreehuman88.blogspot.com/2012/03/genetik-rat-mouse.html

TIPS KETIKA BANJIR


Salam jumaat di ucapkan kepada semua pembaca..

Hujan masih turun sejak semalam.. Cuaca sejuk. Teringat kepada mangsa-mangsa banjir di Kelantan, Tetengganu, Pahang dan Perak. Di khabarkan paras air mula naik lagi. Semoga anda semua tabah dan cekal menghadapi dugaan ini. 

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.. Dari kejauhan ini saya memanjatkan doa semoga anda semua sentiasa kuat semangat, sihat dan tabah menghadapi suasana banjir ini.

Disini saya lampirkan tips untuk menghadapi banjir yang sedang berlaku. Semoga boleh dijadikan panduan.


PANDUAN DAN LANGKAH MENGHADAPI BANJIR

PERSEDIAAN SEBELUM BANJIR
• Dapatkan maklumat tentang banjir di tempat anda.
• Pastikan sistem amaran banjir dan dengar hebahan semasa yang disampaikan melalui      radio,televisyen dan agensi-agensi kerajaan yang berkenaan serta Bilik-Bilik Gerakan  Banjir Negeri atau Daerah yang berhampiran.
• Periksa lubang air seperi longkang atau saluran najis. Bersihkan halangan dan pastikan ia  tertutup rapat supaya air banjir tidak masuk melaluinya.
• Pastikan di mana Pusat Pemindahan dan Pusat Bantuan Bencana di tempat anda.
• Sediakan peralatan kecemasan dan bekalan makanan secukupnya.
• Pastikan seluruh keluarga anda mengetahui cara-cara bertindak semasa kecemasan di    rumah.
SEBELUM BANJIR - SEMASA TANDA-TANDA DIKESAN
• Dengar melalui pengumuman radio, televisyen atau pihak-pihak tertentu.
• Pindahkan perabut atau peralatan-peralatan lain ke tempat yang selamat.
• Letakkan dokumen penting di tempat yang selamat atau bawa bersama anda dalam bekas  kalis air.
• Bersedia untuk menutup suis elektrik, injap utama bekalan air dan gas.
• Beritahu jiran anda dan bersedia untuk berpindah.
SEMASA BANJIR - SEMASA PEMINDAHAN

• Apabila menerima arahan, segeralah berpindah ke pusat-pusat pemindahan yang  disediakan. 
• Berpindah awal sebelum banjir meningkat atau pada waktu siang kerana ianya lebih  mudah dan selamat.
• Ikut laluan yang ditentukan, laluan singkat mungkin terhalang.
SEMASA BANJIR  - DI DALAM KENDERAAN

• Jangan terus mengharungi kawasan banjir, hendaklah berpatah balik ke tempat yang selamat.
• Jika kenderaan anda terhenti, kunci kenderaan serta tinggalkan kenderaan tersebut dan pergilah. ke tempat yang selamat
SEMASA BANJIR - DI DALAM RUMAH

• Dengar pengumuman melalui radio, televisyen atau pihak tertentu.
• Bersedia dengan peralatan kecemasan.
• Jika diarahkan keluar dan berpindah, segera lakukan.
SEMASA BANJIR - DI LUAR RUMAH
• Pergi ke tempat tinggi dan selamat.
• Elakkan dari melalui kawasan banjir, arus deras yang boleh menghanyutkan anda.
• Jangan sengaja bersiar-siar di kawasan banjir sama ada dengan sampan mahupun berjalan kaki.
• Jangan sentuh mana-mana kabel atau wayar yang jatuh.
• Awasi kanak-kanak, jangan biarkan mereka bermain-main di longkang, sungai atau lombong.
• Jangan minum air banjir.
SELEPAS BANJIR
• Dengar pengumuman melalui radio atau tunggu arahan pihak yabg berkuasa, jangan kembali ke rumah sebelum dibenarkan atau sebelum keadaan benar-benar selamat.
• Beri bantuan kepada jiran anda atau orang kurang upaya (orang tua, kanak-kanak atau golongan istimewa).
• Periksa rumah anda, lihat tanda-tanda rekahan atau mendapan kerana ianya mengkin tidak selamat.
• Jangan terus memasukki rumah yang masih dibanjiri air, berhati-hati banyak bahaya yang tersembunyi.
SELEPAS BANJIR - SEMASA MEMASUKI BANGUNAN
• Pakai kasut.
• Periksa kerosakkan dinding, lantai, pintu dan tingkap.
• Periksa sebarang kehadiran binatang atau serangga berbisa yang merbahaya. Gunakan kayu untuk mengalihkan sebarang halangan yang bertaburan di lantai rumah anda.
• Perhatikan siling dan plaster dinding yang mungkin rekah, lerai dan jatuh.
SELEPAS BANJIR - PERIKSA ANCAMAN BAHAYA
• Periksa paip saluran gas yang mungkin pecah atau bocor.
• Periksa wayar elektrik yang terendam di dalam air.
• Periksa peralatan elektrik yang tenggelam.
• Periksa bahan-bahan yang mudah terbakar yang mungkin mengalir masuk semasa banjir (Minyak tanah, petrol, diesel dan sebagainya).
• Buang bahan-bahan makanan yang terendam yang terkena banjir termasuklah makanan dalam tin.
• Periksa kerosakan tangki septik untuk mengelakkan bahaya biologi. 
• Laporkan sebarang kerosakan kemudahan-kemudahan awam kepada pihak yang berkuasa.
Sumber maklumat: Jabatan Pertahanan Awam Malaysia





Tuesday, January 6, 2015

MENGAPA ANAK-ANAK AGRESIF


MENANGANI ANAK AGRESIF

Entri kali ini berkenaan parenting skill  bagi menangani karenah anak-anak yang sedang membesar. Amat penting untuk ingatan diri sendiri dan tatapan semua pembaca. Ramai ibu bapa kurang berpengetahuan cara terbaik menangani anak-anak. Ramai yang masih menggunakan parenting skill semasa dia dibesarkan dahulu untuk menangani anak-anak mereka.

Contohnya, menyuruh anak-anak dengar dan patuh tanpa penjelasan yang memuaskan. Terlalu lembut sehingga semuanya dibiarkan. Terlalu keras dan tidak ada ruang berbincang, Terlalu suka melarang dan ditakut-takutkan. Maka, anak-anak ini menjadi lagi hampa dan memberontak.  Anak-anak generasi sekarang ini lagi cepat dan kuat berasa hampa kerana memang keadaan mereka ini adalah sangat ekspresi. Sebenarnya mereka bukan degil, tapi kuat keinginan dan mahu cara mereka. Oleh itu bila kehendak mereka ditangani DENGAN TIDAK BIJAK DAN BERHEMAH, ini yang menyebabkan mereka memberontak. Dan sekiranya ini terus-menerus berlaku, anak ini akan membesar dengan semangatnya patah atau menjadi agresif yang tidak menentu. Itulah yang menyebabkan keadaan bertambah kritikal. Jika tidak diperbaiki, anak-anak ini akan membesar menjadi remaja yang payah dibentuk.

Sempena tahun baru 2015, sebagai ibu bapa tentu ada azam untuk memperbaiki parenting skill agar selari dengan peredaran zaman selaras dengan panduan-panduan di dalam  al quran dan as sunnah. Diantara langkah-langkah untuk Mengatasi masalah ini ialah:.

1)   Bawa anak-anak bermain dengan aktif, seperti di padang mainan indoor atau outdoor. Lebih baik outdoor. Bila mereka bermain, mereka dapat mengekpresi diri mereka. Mereka boleh menjerit-jerit, melompat, berpeluh dsb. Ini membolehkan tenaga negatif yang tersimpan dikeluarkan dengan cara yang sihat.

2)    Kurangkan masa menonton TV, bermain video games di komputer atau ipad atau TV. Bila anak-anak bermain video games, mereka akan mengalami adrenalin rush. Dan bila mereka tidak beri bermain lasak di luar terutamanya, maka adrenalin rush itu tiada jalan keluar dan menyebabkan anak-anak kecil itu menjadi tidak keruan perlakuan mereka. Ini selain daripada pengaruh games itu sendiri termasuklah mesej tersirat yang subliminal dimasukkan ke dalam games itu. Oleh itu pilih games yang baik dan try games itu dahulu sebelum diberi kepada anak-anak kecil anda. Jika anda sendiri rasa tak menentu selepas bermain games itu, apatah lagi anak-anak kecil itu.

3)   Kurangkan pengambilan gula secara nampak atau tidak nampak. Nampak, maksudnya kita sendiri yang memasukkan gula itu. Tak Nampak, contohnya minuman soda, fast food dan sebagainya. Jika menyediakan makanan sediakanlah dengan penuh kasih sayang dan tenang. Makanan itu masuk ke dalam badan mereka dan menjadi darah daging.


4)   Elakkan menjerit-jerit dan terlalu kerap memarah. Boleh marah, tapi simpan marah itu untuk sesuatu isu yang sangat memerlukan marah itu. Contohnya sesuatu yang merbahya baginya, seprti bermain di tengah jalan dsb. Bila terlalu suka memarahi, marah kita itu sudah tidak ada maknanya. Malah ia menjadi cara hidup yang anak-anak kecil itu akan ikut. Marah yang tidak dikawal dengan baik akan menyalurkan tenaga negatif yang akan diserap oleh anak-anak itu. Maka kita akan lihat mereka pula mempunyai karakter suka marah-marah. Ibu tahu para ibu bapa semua adakalanya tidak boleh mengawal diri dan terus marah. Itu sekali sekala, tak pe. Kita manusia, kita buat silap. Apa yang kita tidak mahu jadi ialah kita menjadikan itu karakter kita – suka marah-marah dan berleter. Kawal – jika nak marah sangat, jika berdiri, duduk, istigfar atau bilang sampai sepuluh. Jika marah juga, pergi tempat lain yang anak tu tak nampak, maka keluarkan marah itu dengan menjerit sambil memekup muka ke bantal … atau yang lebih baik, pejamkan mata dan bayangkan anda berada di bawah air terjun yang indah dan air itu memandikan anda sehingga semua marah anda tadi dibasuh keluar dan pergi bersama air yang luruh daripada badan anda.

Bila sudah selalu melakukan sedemikian, anda akan mengambil masa yang lebih singkat dan bila tenang, anda boleh mengambil langkah yang lebih bijak.

Marilah kita bersama-sama membentuk generasi yang genius dan berhati mulia.


( Ingatan ini YANG UTAMA adalah untuk diri sendiri... Semoga tahun baru 2015 ini perjalanan hidup berkeluarga dan masalah-masalah dalam membesarkan anak-anak akan menjadi lebih baik dan terurus.. Tiada manusia yang sempurna dan tidak pernah membuat kesilapan. Harapan saya semoga saya dapat kurangkan berleter dengan anak-anak dan tidak stress dengan rutin seharian..Amin… )

MENCARI KETENANGAN JIWA



Artikel kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda dan peringatan untuk diri saya sendiri juga, 10 Cara Bagaimana Untuk Mendapat Ketenangan Jiwa, terutamanya khusus bagi mereka yang merasakan hidup mereka tidak tenteram dan tidak tenang.

Ketahuilah bahawa, agama kita, ISLAM ada memberikan ubat dan penawar dalam merawat ketenangan. Berikut adalah perkara-perkara atau langkah yang boleh dilakukan untuk mendapat ketenangan jiwa.


1. Membaca dan mendengarkan al-Quran
Suatu ketika seseorang datang kepada Ibnu Mas’ud, salah seorang sahabat utama Rasulullah. Dia mengeluh:
“Wahai Ibnu Mas’ud, nasihatilah aku dan berilah ubat bagi jiwaku yang gelisah ini. Seharian hidupku penuh dengan perasaan tidak tenteram, jiwa gelisah dan fikiranku kusut. Makan tak enak, tidur pun tidak nyenyak.”
Ibnu Mas’ud menjawab: “Kalau penyakit itu yang menimpamu, maka bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat.
Pertama, tempat orang membaca al-Quran. Engkau baca al-Quran atau engkau dengar baik-baik orang yang membacanya.
Kedua, engkau pergi ke majlis pengajian yang mengingatkan hatimu kepada Allah.
Ketiga, engkau cari waktu dan tempat yang sunyi. Di sana, engkau bertafakur mengabdikan diri kepada Allah. Nasihat sahabat Nabi itu segera dilaksanakan orang itu.
Apabila sampai di rumah, segera dia berwuduk kemudian diambilnya al-Quran dan dibacanya dengan penuh khusyuk. Selesai membaca, dia mendapati hatinya bertambah tenteram dan jiwanya tenang, fikirannya segar, hidupnya terasa baik kembali.
Padahal, dia baru melaksanakan satu daripada tiga nasihat yang disampaikan sahabat Rasulullah itu.

2. Menyayangi orang miskin
Rasulullah memerintahkan kepada Muslim yang punya kelebihan harta untuk memberikan perhatian kepada orang miskin.
Ternyata, sikap dermawan itu boleh mendatangkan ketenangan jiwa. Mengapa? Dalam sebuah hadis menjelaskan bahawa malaikat selalu mendoakan orang yang dermawan:
“Setiap pagi hari dua malaikat senantiasa mendampingi setiap orang. Salah satunya mengucapkan doa: Ya Allah! Berikanlah balasan kepada orang yang berinfak. Dan malaikat yang kedua pun berdoa: Ya Allah! Berikanlah kepada orang yang kikir itu kebinasaan.”
Daripada hadis berkenaan dapat disimpulkan bahawa orang yang dermawan itu akan memperoleh dua balasan.
Pertama, dia mendapat ganjaran atas apa yang diberikannya kepada orang lain.
Kedua, mendapatkan limpahan ketenangan jiwa dan belas kasihan daripada Allah.

3. Melihat orang yang di bawah, jangan lihat ke atas
Ketenangan jiwa akan diperoleh jika kita senantiasa bersyukur atas segala pemberian Allah meskipun tampak sedikit.
Rasa syukur itu akan muncul apabila kita senantiasa melihat orang yang keadaannya lebih rendah daripada kita, baik dalam hal kebendaan, kesihatan, rupa, pekerjaan dan pemikiran.
Betapa banyak di dunia ini orang yang kurang beruntung. Rasa syukur itu selain mendatangkan ketenangan jiwa, juga ganjaran daripada Allah.

4. Menjaga silaturahim
Manusia adalah makhluk yang perlu menjalinkan hubungan yang baik dengan manusia lain. Pelbagai keperluan hidup takkan mungkin boleh diraih tanpa adanya bantuan daripada orang lain.
Dalam hadis Rasulullah diperintahkan untuk tetap menjalin silaturahim sekalipun terhadap orang yang melakukan permusuhan kepada kita. Rasulullah bersabda bahawa silaturahim dapat memanjangkan umur dan mendatangkan rezeki.
Hubungan yang baik di dalam keluarga, mahupun dengan tetangga akan menciptakan ketenangan, kedamaian dan kemesraan. Hubungan yang baik itu juga akan meleraikan sifat dengki, buruk sangka, iri hati, besar diri dan sebagainya.

5. Banyak mengucapkan “La hawla wa la quwwata illa billah“
Sumber ketenangan jiwa yang hakiki bersumber daripada Allah. Oleh itu, hendaklah kita selalu menghadirkan Allah dalam segala keadaan, baik dalam keadaan senang ataupun susah.
Kuatnya hubungan kita dengan Allah akan membuatkan jiwa seseorang itu menjadi kuat, tidak mudah goyah. Apabila kita lalai mengingati Allah, maka ia membuka peluang bagi syaitan mempengaruhi fikiran kita.


6. Mengatakan yang haq (benar) sekalipun pahit
Hidup ini harus dijaga agar senantiasa berada di atas jalan kebenaran. Kebenaran harus diperjuangkan.
Pelanggaran terhadap kebenaran akan mendatangkan kegelisahan. Ketenangan jiwa akan tercapai apabila kita tidak melanggar nilai kebenaran.
Sebaliknya, pelanggaran terhadap kebenaran akan berpengaruh terhadap ketenangan jiwa. Lihat saja orang yang kerap melakukan maksiat dalam hidupnya, mereka akan berasa gelisah walaupun nampak senang dan ceria.


7. Tidak ambil peduli terhadap celaan orang lain asalkan yang kita lakukan benar kerana Allah
Salah satu faktor yang membuat jiwa seseorang tidak tenang adalah kerana selalu mengikuti penilaian orang terhadap dirinya.
Seorang akan memiliki pendirian kuat jika berpegang kepada prinsip yang datang daripada Allah.


8. Tidak meminta kepada orang lain
“Tangan di atas (memberi) lebih mulia dari tangan di bawah” adalah hadis Rasulullah yang merangsang setiap mukmin untuk hidup berdikari.
Tidak bergantung dan meminta-minta kepada orang lain kerana orang yang berdikari jiwanya akan kuat dan sikapnya lebih berani dalam menghadapi kehidupan.
Sebaliknya, orang yang selalu meminta-minta menggambarkan jiwa yang lemah.


9. Menjauhi hutang
Dalam sebuah hadis, Rasulullah dengan tegas mengatakan:
“Janganlah engkau jadikan dirimu ketakutan setelah merasai ketenangan!”
Sahabat bertanya: “Bagaimana boleh terjadi seperti itu!”
Sabdanya: “Kerana hutang.”
Begitulah kenyataannya. Orang yang berhutang akan senantiasa dihantui ketakutan kerana dia dikejar-kejar untuk segera membayarnya.
Inilah salah satu faktor yang membuat ramai orang mengalami tekanan jiwa. Rasulullah juga mengatakan:
“Hendaklah kamu jauhi hutang kerana hutang itu menjadi beban fikiran di malam hari dan rasa rendah diri di siang hari.”


10. Selalu berfikir positif
Mengapa seseorang mudah berasa tertekan? Salah satu faktornya kerana dia selalu dibayangi fikiran negatif, selalu mencela dan menyesali kekurangan diri.
Padahal, kita diberikan Allah pelbagai kelebihan. Ubahlah fikiran negatif itu menjadi positif. Ubahlah ungkapan keluh kesah yang membuat muka berkerut, badan lemas, ubahlah dengan ungkapan senang.
Bukankah di sebalik kesulitan dan kegagalan itu ada hikmah yang boleh jadi pengajaran?



Monday, January 5, 2015

KEMBALI KE SEKOLAH


Entri kalini berkenaan kembali ke sekolah.

TAHNIAH kepada anak-anak kerana tahun ini sudah meningkat usia dan akan masuk kelas baru, belajar subjek baru dan akan belajar dengan guru baru..

Biasanya itulah yang akan berlaku pada setiap awal tahun. Sepatutnya hari ini adalah hari pertama persekolahan tapi ditunda minggu depan kerana banjir.

bagi saya, persiapan untuk kembali ke sekolah hanya ala kadar sahaja pada tahun ini. Pakaian tahun lepas masih boleh digunakan lagi. Yang UTAMA DAN YANG PENTING sekarangni dapat bayar yuran-yuran sekolah.. 

Apabila dikenang-kenang, beginilah keadaan bapa saya mencari rezeki untuk anak-anaknya. Setiap awal tahun akan menyediakan duit untuk persiapan kembali ke sekolah..








SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH YE ANAK-ANAK
Semoga anda kalian menjadi anak-anak yang berjaya di Dunia & Akhirat.....


SELAMAT TAHUN BARU 2015 DAN SALAM MAULIDUL RASUL




Alhamdulillah...

Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat tahun baru 2015 dan salam maulidur rasul kepada semua pembaca..

Apa azam tahun baru anda semua yer? semoga perjalanan hidup tahun 2015 ini lebih diberkati dan dirahmati Nya. 

Takziah diucapkan kepada pesawat AirAsia QZ8501 yang membawa 162 penumpang terhempas di Laut Jawa pada minggu lalu.

Takziah juga diucapkan kepada semua mangsa banjir di pantai timur, Perak, Johor dan Sabah. Semoga anda semua tabah dan cekal menghadapi ujian ini.