Syukur alhamdulillah dipertemukan lagi kita dengan hari jumaat yang penuh barakah. InsyaAllah jumaat depan semua umat islam di Malaysia akan menyambut hari raya aidilfitri..
Pagi tadi saya sempat menonton slot Malaysia Hari Ini TV3 semasa bersiap-siap untuk ke pejabat. saya tertarik dengan kata-kata seorang ustaz di dalam slot berkenaan yang menggalakkan kita mengamalkan membaca 2 ayat terakhir surah at taubah setiap hari terutamanya setiap kali selesai solat fardhu..
Disebabkan masa tidak mengizinkan untuk saya terus mengadap kaca tv dengan lebih lama sebab perlu segera ke pejabat sayapun google di internet untuk mengetahui khasiat mengamalkan surah ini. Saya begitu teruja dan tertarik untuk mendengar kupasan dari ustaz itu berkenaan mengamalkan surah ini sebab nenek saya juga membaca surah ini sebagai amalan. Nenek pernah pesan kat saya kalau nak umur panjang amalkan surah ini. Alhamdulillah nenek saya masih sihat dan kuat walaupun umurnya mencecah 90 tahun. sakit demam tu biasa lah tetapi khudrat nenek saya masih kuat jika dibandingkan dengan orang yang seusia dengannya. Rezekinya juga murah walaupun tidak mewah..
Amalan SURAH AT-TAUBAH AYAT 128 – 129
Dengan Nama Allah Yg Maha Permurah Lagi Maha Pengasihani
لَقَدْ جَاءَكُمْ رَسُولٌ مِنْ أَنْفُسِكُمْ
عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُمْ بِالْمُؤْمِنِينَ رَءُوفٌ
رَحِيمٌ (١٢٨) فَإِنْ تَوَلَّوْا فَقُلْ حَسْبِيَ اللَّهُ لا إِلَهَ إِلا هُوَ
عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ (١٢٩)
Artinya :
Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang
Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w.), yang menjadi
sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang
sangat lobakan (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan
perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-oarng yang beriman.
Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka
katakanlah (wahai Muhammad): “Cukuplah bagi Allah (yang menolong dan
memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku
berserah diri, dan Dialah yang mempunyai ‘Arasy yang besar “.
KELEBIHAN MENGAMALKAN 2 AYAT DI DALAM SURAH INI
Barang siapa yang setiap harinya
membaca dua ayat yang akhir dari Surah Al-Baraa’ah sebanyak 7x sesudah solat
fardhu maka
– Jika dia seorang yang lemah maka akan menjadi kuat.
– Jika dia seorang yang hina maka akan menjadi seorang yang mulia.
– Jika dia seorang yang kalah maka akan segera mendapat pertolongan.
– Jika dia seorang yang berkesempitan maka akan mendapat kelapangan.
– Jika dia seorang yang berhutang maka akan segera dapat membayar.
– Jika dia seorang yang berada dalam kesusahan maka akan hilang kesusahannya.
– Jika dia seorang yang sulit dalam penghidupan maka akan segera mendapat
kelapangan dalam kehidupannya.
Barang siapa membacanya pada hari
siangnya atau pada waktu malamnya maka hal itu sebagai suatu petanda bahwa dia
tidak akan mati pada saat itu. Menurut riwayat lain; dia tidak akan dilukai
seseorang dengan alat-alat yang berasal dari besi.
Mulai hari ini saya berazam untuk mengamalkan 2 ayat terakhir surah al taubah ini sebagai wirid selepas solat. Kepada pembaca semua, jom kita amalkan sama-sama.
Semoga memberi manfaat untuk semua. Salam jumaat