Jom Klik Iklan

Saturday, July 16, 2016

SEMOGA ABAH SELAMAT DUNIA AKHIRAT

Buat abah yang dirindui...

Pada awal ramadhan 2016..kami adik beradik berkongsi duit untuk membinakan kepok dan batu nisan untuk abah.. syukur alhamdulillah banyak urusan abah dipermudahkan oleh Allah.. Semoga abah selamat disana dan abah tergolong bersama-sama orang beriman dan ditempatkan di syurga.

Hari ini 16 hb julai 2016, sudah 5 bulan 2 hari abah meninggalkan kami..sebaknya rasa hati.. tapi jiwa harus kental untuk meneruskan kehidupan.. Wasiat abah akan cuba ditunaikan.. surat Wasiat abah bertarikh 1 jun 2014, yang abah simpan rapi dan penuh dengan kesan air mata amat menyentuh hati kami sebagai anak- anaknya.. Sayangnya abah kepada kami... Pengorbanan abah selama membesarkan kami tidak terbalas dengan wang ringgit..

Abah meninggalkn kami pada pagi ahad,14 februari 2016 kerana kemalangan jalan raya.. Abah meninggal di tempat kejadian.. Abah menaiki motosikal dan dilanggar kereta grand livina..

3 hari selepas abah meninggal..kami adik beradik mengemas bilik abah.. saya orang pertama menemui surat wasiat abah..Ya Allah..menggeletar rasanya.. wasiat bertulis tangan dan bertanda tangan abah.. nama saya adalah nama pertama ditujukan pesanannya.. seterusnya nama adik beradik lain dan nama mak di tulis disitu juga.. Abah wasiatkan saya untuk jaga keluarga, taat kepada suami dan berpegang teguh kepada tali Allah.. Besar tanggungjawab saya.. saya anak sulung 5 beradik.. ada lagi 3 orang masih bujang dan belum mempunyai pekerjaan tetap...

Abah... terima kasih abah.. saya sayang abah..saya akan tunaikn permintaan abah.. Abah ada berikan saya senaskah al quran minta saya baca..rupanya tu tanda abah akan pergi selamanya dan minta saya kirimkn bacaan alquran untuknya..Insyaallah abah..dalam masa 5 bulanni saya ada kirimkan bacaan 30 juzu khatam alquran pahala bacaannya hadiah untuk abah.semoga pahalanya sampai kepada abah..  semoga kubur abah diterangi dengan cahaya dan di jauhi daripada siksaan kubur dan diterima segala amal ibadahnya...

sebagai anak saya akan terus doakan keselamatan dan kesejahteraan abah disana..
al fatihah untuk abah..
Mohamad Jalal bin hj Ihsan


Friday, July 15, 2016

RAMADHAN DAN SYAWAL PERTAMA TANPA NENEK DAN ABAH


Ramadhan dan Syawal 2016 pastinya menjadi sejarah yang menyentuh jiwa buat kami sekeluarga kerana pada tahun ini kami tidak akan lagi dapat menyambutnya bersama 2 insan penting dalam hidup kami sekeluarga.. abah dan nenek..

Nenek meninggalkan kami pada 11 Oktober 2015 kerana sakit tua. 

Abah meninggalkan kami pada 14 Februari 2016 kerana kemalangan maut menaiki motosikal. Tragis dan amat menyayat hati kami.. 

Tidak sampai 4 bulan nenek pergi abah pula menyusul. Namun kami reda dan cuba untuk terus kuat melayari kehidupan ini tanpa abah dan nenek disisi..

Abah dan nenek adalah orang yang paling rapat dengan kami adik beradik. Terlalu banyak kenangan bersama mereka.. Disini saya kepilkan sedikit sebagai kenang-kenangan.. Setiap gambar ada ceritanya..

 Abah seorang yang alim dan rajin beribadah di masjid dan surau.. Dalam gambar di atas anak lelaki saya bersama abah selesai solat magrib di surau..

Ini adalah gambar kenangan semasa abah membantu saya menguruskan anak lelaki saya berkhatan beramai-ramai di masjid.. Beliau adalah tulang belakang saya dan orang penting yang telah berjaya merealisasikan impian saya untuk mengkhatankan anak lelaki saya..


Ini adalah gambar nenek bersama adik, emak mentua dan emak saya yang sedang melawat saya di hospital kerana sakit bersalin..

Pendek kata... abah dan nenek adalah insan yang penting dan amat dirindui.. Rindu yang tidak bertepi.. Doa kami sentiasa ada untuk mereka, jasa mereka amat ternilai dan hilangnya tiada penganti..