Jom Klik Iklan

Friday, July 15, 2016

RAMADHAN DAN SYAWAL PERTAMA TANPA NENEK DAN ABAH


Ramadhan dan Syawal 2016 pastinya menjadi sejarah yang menyentuh jiwa buat kami sekeluarga kerana pada tahun ini kami tidak akan lagi dapat menyambutnya bersama 2 insan penting dalam hidup kami sekeluarga.. abah dan nenek..

Nenek meninggalkan kami pada 11 Oktober 2015 kerana sakit tua. 

Abah meninggalkan kami pada 14 Februari 2016 kerana kemalangan maut menaiki motosikal. Tragis dan amat menyayat hati kami.. 

Tidak sampai 4 bulan nenek pergi abah pula menyusul. Namun kami reda dan cuba untuk terus kuat melayari kehidupan ini tanpa abah dan nenek disisi..

Abah dan nenek adalah orang yang paling rapat dengan kami adik beradik. Terlalu banyak kenangan bersama mereka.. Disini saya kepilkan sedikit sebagai kenang-kenangan.. Setiap gambar ada ceritanya..

 Abah seorang yang alim dan rajin beribadah di masjid dan surau.. Dalam gambar di atas anak lelaki saya bersama abah selesai solat magrib di surau..

Ini adalah gambar kenangan semasa abah membantu saya menguruskan anak lelaki saya berkhatan beramai-ramai di masjid.. Beliau adalah tulang belakang saya dan orang penting yang telah berjaya merealisasikan impian saya untuk mengkhatankan anak lelaki saya..


Ini adalah gambar nenek bersama adik, emak mentua dan emak saya yang sedang melawat saya di hospital kerana sakit bersalin..

Pendek kata... abah dan nenek adalah insan yang penting dan amat dirindui.. Rindu yang tidak bertepi.. Doa kami sentiasa ada untuk mereka, jasa mereka amat ternilai dan hilangnya tiada penganti..




No comments: