Buat abah yang dirindui...
Pada awal ramadhan 2016..kami adik beradik berkongsi duit untuk membinakan kepok dan batu nisan untuk abah.. syukur alhamdulillah banyak urusan abah dipermudahkan oleh Allah.. Semoga abah selamat disana dan abah tergolong bersama-sama orang beriman dan ditempatkan di syurga.
Hari ini 16 hb julai 2016, sudah 5 bulan 2 hari abah meninggalkan kami..sebaknya rasa hati.. tapi jiwa harus kental untuk meneruskan kehidupan.. Wasiat abah akan cuba ditunaikan.. surat Wasiat abah bertarikh 1 jun 2014, yang abah simpan rapi dan penuh dengan kesan air mata amat menyentuh hati kami sebagai anak- anaknya.. Sayangnya abah kepada kami... Pengorbanan abah selama membesarkan kami tidak terbalas dengan wang ringgit..
Abah meninggalkn kami pada pagi ahad,14 februari 2016 kerana kemalangan jalan raya.. Abah meninggal di tempat kejadian.. Abah menaiki motosikal dan dilanggar kereta grand livina..
3 hari selepas abah meninggal..kami adik beradik mengemas bilik abah.. saya orang pertama menemui surat wasiat abah..Ya Allah..menggeletar rasanya.. wasiat bertulis tangan dan bertanda tangan abah.. nama saya adalah nama pertama ditujukan pesanannya.. seterusnya nama adik beradik lain dan nama mak di tulis disitu juga.. Abah wasiatkan saya untuk jaga keluarga, taat kepada suami dan berpegang teguh kepada tali Allah.. Besar tanggungjawab saya.. saya anak sulung 5 beradik.. ada lagi 3 orang masih bujang dan belum mempunyai pekerjaan tetap...
Abah... terima kasih abah.. saya sayang abah..saya akan tunaikn permintaan abah.. Abah ada berikan saya senaskah al quran minta saya baca..rupanya tu tanda abah akan pergi selamanya dan minta saya kirimkn bacaan alquran untuknya..Insyaallah abah..dalam masa 5 bulanni saya ada kirimkan bacaan 30 juzu khatam alquran pahala bacaannya hadiah untuk abah.semoga pahalanya sampai kepada abah.. semoga kubur abah diterangi dengan cahaya dan di jauhi daripada siksaan kubur dan diterima segala amal ibadahnya...
sebagai anak saya akan terus doakan keselamatan dan kesejahteraan abah disana..
al fatihah untuk abah..
Mohamad Jalal bin hj Ihsan
Jom Klik Iklan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Huhuhu.. entri kalini berkenaan kisah perbualan saya dan anak tentang tikus.. Boleh pulak dia tanya " Mama apa beza mouse dan ...
-
Selamat Malam semua.. Kalini saya nak share GABUNGAN SUARA ANAK-ANAK SAYA MENYANYIKAN LAGU 'KITA PUNYA MALAYSIA' Semangat ci...
-
Majlis doa selamat untuk memasuki rumah baru telah diadakan pada hari Sabtu (28 September 2013) , Selepas solat ...
2 comments:
Al fatihah
terima kasih jiha...
Post a Comment