Jom Klik Iklan

Wednesday, February 14, 2018

JIHAD MENJAGA IBU YANG SAKIT



Sejak ibu ku sakit strok dan tinggal bersama kami sekeluarga memang banyak dugaan dan cabarannya. Adik-adik ku yang masih bujang 2 lelaki dan 1 perempuan juga tinggal bersama kami sekeluarga. Tambahan pula bila ada adik beradik yang tidak bekerjasama. Semuanya memang menuntut kesabaran yang amat tinggi. Bila sesuatu tu terjadi kat kita barulah kita tahu bagaimana perasaan nya. Hari ini genap 2 tahun arwah abah meninggal kerana kemalangan jalan raya.. Rasanya dugaan bertimpa-timpa dan cuba untuk terus tabahkan hati menghadapi semua ini..

Sebagai anak kita perlu banyak bersabar dan berdoa pada Allah semoga Ibubapa yang uzur diberikan ketabahan dan kesabaran sewaktu uzur. kesabaran dan ketabahan adalah pokok segalanya bagi meneruskan apa yang dilakukan. Adakalanya apa yang dipaparkan di media dan filem2 hanyalah pandangan satu pihak sahaja, namun realitinya menjaga ibu dan ayah yang sakit benar2 menguji kesabaran, keimanan dan ketabahan.

Paling penting tahap kesabaran yang tinggi serta sentiasa merasakan ini semua satu tanggungjawab besar yang diamanahkan Allah. Tidak hairan lah mengapa Allah suruh kita berbuat baik dan bersabar kepada orang tua khususnya kedua ibubapa. Ini kerana ketabahan dan keimanan seseorang itu amat di duga Allah disaat berhadapan dengan karenah kedua ibubapa yang uzur.

Memang benar hidup ini karma, jika kita berbuat baik pada kedua ibubapa insyaAllah anak2 kita akan berbuat perkara yang sama kepada kita. Harap-harap anak-anak kami nanti akan membalas jasa baik kami kelak. 

Teringat kisah pada zaman Rasulullah SAW ada seorang lelaki yang datang berjumpa baginda kemudian menyampaikan hasratnya menyertai jihad.

Baginda menjawab bukan seperti: “Adakah kamu handal dalam menunggang kuda?”, “Adakah kamu bijak bermain pedang”, “Adakah kamu mempunyai tubuh badan yang kuat dan sihat?”

Sebaliknya baginda bertanya kepada lelaki berkenaan “Adakah kamu masih mempunyai ibu dan bapa?” Kemudian lelaki itu menjawab: “Saya sudah tiada bapa, tetapi masih mempunyai ibu di rumah.”

Baginda berkata “Adakah ibumu tidak memerlukanmu untuk menjaganya? Lelaki berkenaan menjawab: “Semestinya dia memerlukan saya.”

Baginda menasihatinya: “Pulanglah kamu ke pangkuan ibu kamu kerana jika kamu berbakti kepadanya, sesungguhnya pahala yang kamu akan terima adalah sama seperti pahala jihad fisabilillah”.
Sahabat yang dimuliakan,

Nabi Musa a.s. ingin benar mengetahui siapakah yang akan menjadi temannya di syurga. Setelah diwahyukan oleh Allah mengenai sifat-sifat lelaki itu, Nabi Musa a.s. terus mencarinya.

Lelaki itu seorang penjual daging dipasar. Setelah menemui lelaki itu, Nabi Musa a.s. menyatakan hasratnya untuk menjadi tetamu lelaki itu beberapa hari. Lelaki itu bersetuju memerimanya.

Sebenarnya, Nabi Musa a.s. mahu melihat apakah amalan yang menyebabkan lelaki itu menjadi temannya di syurga kelak, Nabi Musa a.s. tetap merahsiakan tujuannya.

Setelah Nabi Musa a.s. memasuki rumah lelaki itu, baginda serta merta dihidangkan dengan sup daging. Sewaktu baginda menikmati sup, lelaki itu masuk kebilik dan keluar mendukung seorang wanita yang sangat tua lalu meletakkan diatas tilam. Lelaki itu menyuapkan sup daging kemulut wanita tua itu hingga kenyang. Selepas makan, lelaki itu menukar pakaian wanita tua tadi yang kotor terkena sup. Dia membasuh pakaian itu di sebuah telaga berhampitan rumahnya.

Agak lama barulah lelaki tadi menemui Nabi Musa a.s.yang sedang memerhatikan perbuatannya. Nabi Musa a.s. bertanya :"Siapakah perempuan tua itu?"

Lelaki itu menjawab dengan suara sayu, "Itulah ibu saya. Dia sekarang ini sudah terlalu tua.Tidak berdaya lagi menguruskan dirinya, sebab itu saya membuat segala-galanya. Maafkan saya kerana tidak melayan saudara makan sebentar tadi."

Nabi Musa a.s. merasa terharu mendengar kata-kata lelaki itu, hatinya berbisik, 'Alangkah besar bakti dan kasih sayang lelaki itu kepada ibunya. Patutlah Allah telah menyediakan baginya syurga di akhirat kelak.'

Kemudian Nabi Musa a.s. menghampiri lelaki itu dan menerangkan tujuan sebenar baginda ingin menjadi tetamu hari ini, "Saya ingin sangat melihat apakah amalan yang menyebabkan Allah SWT. menjadikan saudara teman saya di syurga kelak."

Sebaik mendengar penjelasan baginda, lelaki itu terus sujud syukur dan terus berazam akan meningkatkan keimanannya kepada Allah serta berbakti kepada ibunya.

Dalam Islam anak lelaki walaupun sudah berumah tangga dan mempunyai keluarganya sendiri tetapi dia masih mempunyai ibu bapa yang tua dan uzur dan tidak mempunyai pendapatan, tanggungjawab memberi nafkah dan menjaga kebajikan mereka masih terpikul dibahunya.


Bagi anak perempuan pula apabila dia sudah berumah tangga dia terlepas tanggungjawab kepada kedua ibu bapanya walau bagaimana pun tidak salah jika dia ingin berbakti kepada kedua mereka dengan syarat mendapat keizinan suaminya.

Semoga kami terus tabah dan sabar menjaga ibu.. Semoga ibu cepat pulih dan sihat seperti dulu..



No comments: