Jom Klik Iklan

Friday, October 9, 2015

AKHIRNYA MEREKA ADA YANG DITEMUI SELAMAT


Dua murid perempuan Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi yang hilang sejak Ogos lepas, ditemui dalam keadaan lemah di Sungai Emas di Gua Musang tengah hari tadi.
Miksudiar Alui, 11, dan Norieen Yaakob, 10, ditemui pasukan mencari dan menyelamat kira-kira 12 tengah hari berdekatan kawasan tengkorak satu mayat ditemui petang semalam.
Kedua-dua kanak-kanak itu, yang ditemui selepas 47 hari hilang, kemudian dibawa ke pusat operasi di SK Tohoi kira-kira 1 tengah hari
untuk diberikan rawatan awal sebelum dibawa ke Hospital Gua Musang untuk rawatan lanjut. Ketika ditemui, kedua-duanya sukar dikenali ekoran berada dalam keadaan kurus kering dan tidak bermaya.

Mereka ditemukan tidak jauh dari lokasi penemuan mayat semalam.
Mereka adalah antara tujuh murid Orang Asli iaitu enam perempuan dan seorang lelaki berusia antara 7 dan 11 tahun dari SK Pos Tohoi, yang melarikan diri dari asrama sekolah itu kerana takut dikenakan tindakan guru selepas didapati mandi di sungai berdekatan tanpa kebenaran pada 23 Ogos lepas.
Selain Miksudiar dan Norieen, pasukan mencari dan menyelamat pada hari Rabu menemui satu mayat kanak-kanak perempuan yang telah reput di sungai itu, yang kemudian dikenal pasti sebagai Sasa Sobrie, 8.
Semalam, sebahagian tengkorak dan beberapa batang tulang rusuk kanak-kanak ditemui kira-kira 500 meter dari lokasi penemuan mayat Sasa.
Bagaimanapun, identitinya masih belum dikenal pasti.
Berdasarkan penemuan itu, pasukan mencari dan menyelamat menggiatkan usaha untuk mencari baki murid-murid yang masih hilang.

Setakat ini empat yang belum ditemui ialah Juvina David, 7; Linda Rosli, 8; Ika Ayel, 9, dan Haikal Yaakob, 8.
Semoga mereka yang lain akan selamat ditemukan..

No comments: