Jom Klik Iklan

Thursday, October 15, 2015

ARWAH EMBAH DALAM KENANGAN 111015,1130PAGI


Salam sejahtera semua.. baru hari ini saya bertugas setelah 2 hari mengambil cuti rehat.. anak-anak tidak sihat, kena ambil darah di klinik dan saya sekeluarga baru sahaja kehilangan nenek tersayang pada 11 Oktober 2015, 1130 pagi pada hari ahad yang lepas..

Beratnya rasa hati dan saya cuba untuk tidak menangis dan meredakan pemergianNya kepada pencipta tapi kadangkala airmata ini akan tumpah bercucuran juga..

Semalam petang saya membawa 2 orang anak lelaki melawat pusara nenek sambil menyedekahkan alfatihah dan mendoakan semoga arwah nenek ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman. amin..



Nenek atau dalam keluarga saya memanggilnya embah dan anak2 saya memanggilnya makyot. Seorang yang baik, sabar dan rajin. Dia meninggal dunia juga didalam keadaan yang mudah dan lancar.. Nenek demam. Kami sekeluarga juga demam ketika itu dan kami tidak menyangka demam nenek kali ini adalah demam yang terakhir..

Saya berkesempatan juga memandikan nenek pada hari jumaat lepas waktu pagi dan petang. saya menghampiri tempat tidur nenek dan nenek cakap nak mandi. Masatu jam 630 pagi.. saya rasa macam awalnya nenek nak mandi, nanti sejuk pula.. tapi layan kan jela.. saya cepat-cepat jerang air panas. Saya dan mak memapah nenek ke bilik air memandikannya, saya basuh gigi palsu nenek dengan air suam. nenek cakap berus kuat sikit.. saya sempat buat kelakar pulak saya cakap nanti berus kuat2 patah pulak gigi nenek.. Setelah mandi kami papah nenek ke tilamnya, memakaikan baju serta bedak. mak menyisir rambut nenek dan menyanggulkan rambutnya.. ITULAH KENANGAN TERAKHIR SAYA MEMANDIKAN NENEK..





Jumaat malam sabtu, saya datang melawat nenek. Nenek pun masih berborak2 cuma suaranya seperti jauh kedalam kerongkongnya. Kurang jelas dah. Tapi kami masih yakin nenek akan sihat dan pulih dari demamnya. 

Rumah saya dekat dengan umah mak dan rumah nenek. Dari kecil saya tinggal bersama nenek. Setelah berkeluarga saya tinggal di rumah emak dan semasa mengandungkan Nisa saya bina rumah dekat dengan rumah emak dan nenek. Nenek suruh saya jadi jirannya. Nenek suka anak cucunya tinggal berdekatan dengannya.

Hari sabtu pagi saya datang lagi melawat nenek, nenek sedang tidur waktu itu.

Hari ahad saya belum sempat lagi melawat nenek. Hari itu 2 orang  anak saya demam. Asyik meragam nak berdokong jer.. Kebetulan suami outstation ke Terengganu.. Memang waktu dan hari  itu dugaan sungguh bagi saya..

Saya dapat tahu nenek nazak.. saya berlari ke rumah nenek.. Mak dan maklong sudah ada di sisi nenek. Saya tengok nenek dari jauh..sayunya hati saya...Sekejap je rasanya nenek dah takda..

Nenek selalu cakap dia taknak menyusahkan anak cucunya semasa akhir hayatnya. Dia taknak uzur sehingga pakai pampers. Alhamdulillah nenek pergi dalam keadaan yang mudah.. Semoga Allah menerima semua amal ibadah nenek.



Saya rasa seperti mimpi..

Banyak kenangan indah bersama nenek.. 

Bulan oktober banyak perkara berlaku ke atas diri saya yang berkaitan dengan arwah nenek (embah).. 1 Oktober Nisa di lahirkan. 22 Oktober Arif dilahirkan.,,10 Oktober ulangtahun perkahwinan saya dan suami...20 Oktober hari konvokesyen saya dan nenek ikut saya sekeluarga ke UiTM Shah Alam pada tahun 2002 untuk meraikan hari graduasi tersebut..

Banyak amal ibadah nenek yang boleh dijadikan panduan untuk saya dan boleh dikongsikan untuk pembaca semua.. Semoga boleh dijadikan iktibar.. Sebab mati itu pasti. Semua orang akan menghadapi sakaratulmaut.. Bunyinya seperti seram tapi itulah hakikat kehidupan..

Semasa arwah nenek dimandikan, badannya tak kaku dan keras. Seperti orang sedang tidur jer..Sejuk hati saya bila tukang mandikan jenazah tu berkata begitu..

Semasa hayat nenek, nenek seorang yang suka bersedekah. Sedekah di surau dan masjid. nenek ada mewakafkan sebidang tanah di masjid. Nenek selalu mengaji al Quran. Nenek tidak pernah tinggal solat malah dia selalu mengamalkan solat sunat dhuha dan tahajjud.. nenek berwirid panjang setiap kali selepas solat fardhu.. Setiap malam jumaat nenek mesti membaca tahlil/yasin untuk disedekah kepada arwah datuk (embah lanang) dan kaum keluarga yang telah meninggal dunia...



Setiap tahun nenek mesti mengadakan kenduri tahlil untuk arwah suaminya dan kaum kerabat yang telah meninggal dunia..

Rindu nenek sangat2...
Al fatihah buat arwah Rashidah binti Taslim...




No comments: