Jom Klik Iklan

Friday, September 21, 2018

SEMANGAT MERDEKA ANAK-ANAKKU


Selamat Malam semua..

Kalini saya nak share GABUNGAN SUARA ANAK-ANAK SAYA MENYANYIKAN LAGU 'KITA PUNYA MALAYSIA'


Semangat cintakan Malaysia...

Merdeka...
Sayangi Malaysiaku...

Wednesday, September 19, 2018

JOM BELI PENAPIS UDARA DENGAN SAYA


Hari ini dah lebih 2bulan kami guna penapis udara cuckoo (TESTIMONI DARI PENGALAMAN DIRI SENDIRI)..

Asalnya mmg xda hati nak beli tp mengenangkan anak telah di diagnose asma.. Gagahkan diri melabur rm bulan2 demi kesejahteraan anak & keluarga.. Alhamdulillah sejak guna penapis udara cuckoo ada perubahan ketara.. 

No more batuk2 lagi.. Budak2 pun dah jarang demam.. Kualiti udara lebih sihat di rumah.. Kami sekeluarga masih bela kucing, kura2, ikan & arnab.. Habit yg xdpt dipisahkan sebab ada pencinta haiwan di rumah kam😁.. Setakatni semuanya ok.. 

Penapis udarani pun fleksibel.. ada roda.. boleh sorong ke ruang tamu/bilik.. Kadang waktu siang letak dirumah mak & waktu mlm letak di rumah sendiri..
penapis udara ni memang mesra pengguna..

MEMANG Best rekomen dr saya👍 

Saya nak buat promosi.. sesiapa yg pasang penapis udara dgn saya bulan ini saya akan bg personal gift  sebagai tanda penghargaan dari saya..

Duit boleh dicari yang penting kita usaha untuk mencegah dan mengatasi masalah yang dihadapi..

Sebab apa saya pilih penapis air cuckoo




Sebab apa saya pilih penapis air cuckoo

Lama sungguh saya tak update blog ni.. Sibuk dengan tugasan seharian.. Macam-macam bisnes saya buat untuk menambah pendapatan.. Disini saya nak share 10 sebab mengapa saya guna penapis air cuckoo (Pengalaman diri sendiri untuk dikongsi bersama semua)



1-  Harga ekonomi (Dengan harga bawah rm100 boleh pilih model kingtop/iris/fusion)


2-  Jenis air – mineral. Walaupun harga rendah tapi boleh dpt air mineral beralkali ringan. Rasanya lebih sedap.

3-  Urusan mudah – xperlu macam2 dokumen. Boleh berurusan melalui whatapps shj (xkira masa).

4-  Jenis suhu- panas/sejuk/suhu bilik

5-  Tangki – refill dgn cepat walaupun nampak tank mcm kecik je.

6-  Extra paip (biasanya jika penapis air diletak di sebelah singki) – bkn air buang tetapi air bertapis juga boleh diguna untuk cuci sayur, buah dan beras (tiada pembaziran air).

7-  Design – nampak elegen dan kemas (ada style).



8-  Perkhidmatan terbaik – Sistemnya teratur. Proses booking / pasang & servis semuanya jelas melalui mesej, panggilan telefon  & emel. Jika ada masalah boleh terus rujuk dan selesai dengan cepat.



9-  Hanya bayar amaun bulanan sahaja.. Tidak perlu pening kepala fikir bila pihak cuckoo akan dtg untuk servis/tukar alat ganti.. Cukup masa mereka akan call utk temujanji..semua foc..

10-   Yang penting Ada sijil halal dari JAKIM & SIRIM



Apa tunggu lagi pm saje 0122928371 untuk tempahan. Seluruh Malaysia Harga sama dan mudah urusannya..

Tuesday, February 20, 2018

Periuk Noxxa dan Iron Philips boleh beli dengan cara ansuran mudah


Salam sejahtera semua...Gambar di atas ni di ambil pada 18 Februari 2018 (Ahad). En Awie dan Pn Jaja telah datang ke rumah saya untuk berkongsi ilmu dan peluang berkenaan barangan amway. Puan Jaja telah membuat demo masakan ikan siakap masak stim manakala saya buat demo masak popcorn.. 
Masak menggunakan periuk noxxa memang menjimatkan masa dan tenaga.. Amat sesuai untuk wanita bekerja seperti saya.. Sejak memiliki periuk noxxa ni memang saya manfaatkan sepenuhnya kewujudannya..

Kalini  saya nak share dengan semua jika berminat dengan iron philips ni saya ada menyediakan harga ansuran yang boleh mampu milik.      Harga asal RM 1,590 tapi ada offer RM 1400 jer

Memang awesome tau...

Total harga brg RM 1400. jadi sesiapa yang berminat untuk beli barangan amway boleh pm sy🌷 

Kalau nak beli periuk noxxa juga saya ada menyediakan ansuran bulanan. Sesiapapun boleh memilikinya dengan harga mampu milik.

ni testimoni iron dari anak saya baru umur 7thn 😁👍




Wednesday, February 14, 2018

JIHAD MENJAGA IBU YANG SAKIT



Sejak ibu ku sakit strok dan tinggal bersama kami sekeluarga memang banyak dugaan dan cabarannya. Adik-adik ku yang masih bujang 2 lelaki dan 1 perempuan juga tinggal bersama kami sekeluarga. Tambahan pula bila ada adik beradik yang tidak bekerjasama. Semuanya memang menuntut kesabaran yang amat tinggi. Bila sesuatu tu terjadi kat kita barulah kita tahu bagaimana perasaan nya. Hari ini genap 2 tahun arwah abah meninggal kerana kemalangan jalan raya.. Rasanya dugaan bertimpa-timpa dan cuba untuk terus tabahkan hati menghadapi semua ini..

Sebagai anak kita perlu banyak bersabar dan berdoa pada Allah semoga Ibubapa yang uzur diberikan ketabahan dan kesabaran sewaktu uzur. kesabaran dan ketabahan adalah pokok segalanya bagi meneruskan apa yang dilakukan. Adakalanya apa yang dipaparkan di media dan filem2 hanyalah pandangan satu pihak sahaja, namun realitinya menjaga ibu dan ayah yang sakit benar2 menguji kesabaran, keimanan dan ketabahan.

Paling penting tahap kesabaran yang tinggi serta sentiasa merasakan ini semua satu tanggungjawab besar yang diamanahkan Allah. Tidak hairan lah mengapa Allah suruh kita berbuat baik dan bersabar kepada orang tua khususnya kedua ibubapa. Ini kerana ketabahan dan keimanan seseorang itu amat di duga Allah disaat berhadapan dengan karenah kedua ibubapa yang uzur.

Memang benar hidup ini karma, jika kita berbuat baik pada kedua ibubapa insyaAllah anak2 kita akan berbuat perkara yang sama kepada kita. Harap-harap anak-anak kami nanti akan membalas jasa baik kami kelak. 

Teringat kisah pada zaman Rasulullah SAW ada seorang lelaki yang datang berjumpa baginda kemudian menyampaikan hasratnya menyertai jihad.

Baginda menjawab bukan seperti: “Adakah kamu handal dalam menunggang kuda?”, “Adakah kamu bijak bermain pedang”, “Adakah kamu mempunyai tubuh badan yang kuat dan sihat?”

Sebaliknya baginda bertanya kepada lelaki berkenaan “Adakah kamu masih mempunyai ibu dan bapa?” Kemudian lelaki itu menjawab: “Saya sudah tiada bapa, tetapi masih mempunyai ibu di rumah.”

Baginda berkata “Adakah ibumu tidak memerlukanmu untuk menjaganya? Lelaki berkenaan menjawab: “Semestinya dia memerlukan saya.”

Baginda menasihatinya: “Pulanglah kamu ke pangkuan ibu kamu kerana jika kamu berbakti kepadanya, sesungguhnya pahala yang kamu akan terima adalah sama seperti pahala jihad fisabilillah”.
Sahabat yang dimuliakan,

Nabi Musa a.s. ingin benar mengetahui siapakah yang akan menjadi temannya di syurga. Setelah diwahyukan oleh Allah mengenai sifat-sifat lelaki itu, Nabi Musa a.s. terus mencarinya.

Lelaki itu seorang penjual daging dipasar. Setelah menemui lelaki itu, Nabi Musa a.s. menyatakan hasratnya untuk menjadi tetamu lelaki itu beberapa hari. Lelaki itu bersetuju memerimanya.

Sebenarnya, Nabi Musa a.s. mahu melihat apakah amalan yang menyebabkan lelaki itu menjadi temannya di syurga kelak, Nabi Musa a.s. tetap merahsiakan tujuannya.

Setelah Nabi Musa a.s. memasuki rumah lelaki itu, baginda serta merta dihidangkan dengan sup daging. Sewaktu baginda menikmati sup, lelaki itu masuk kebilik dan keluar mendukung seorang wanita yang sangat tua lalu meletakkan diatas tilam. Lelaki itu menyuapkan sup daging kemulut wanita tua itu hingga kenyang. Selepas makan, lelaki itu menukar pakaian wanita tua tadi yang kotor terkena sup. Dia membasuh pakaian itu di sebuah telaga berhampitan rumahnya.

Agak lama barulah lelaki tadi menemui Nabi Musa a.s.yang sedang memerhatikan perbuatannya. Nabi Musa a.s. bertanya :"Siapakah perempuan tua itu?"

Lelaki itu menjawab dengan suara sayu, "Itulah ibu saya. Dia sekarang ini sudah terlalu tua.Tidak berdaya lagi menguruskan dirinya, sebab itu saya membuat segala-galanya. Maafkan saya kerana tidak melayan saudara makan sebentar tadi."

Nabi Musa a.s. merasa terharu mendengar kata-kata lelaki itu, hatinya berbisik, 'Alangkah besar bakti dan kasih sayang lelaki itu kepada ibunya. Patutlah Allah telah menyediakan baginya syurga di akhirat kelak.'

Kemudian Nabi Musa a.s. menghampiri lelaki itu dan menerangkan tujuan sebenar baginda ingin menjadi tetamu hari ini, "Saya ingin sangat melihat apakah amalan yang menyebabkan Allah SWT. menjadikan saudara teman saya di syurga kelak."

Sebaik mendengar penjelasan baginda, lelaki itu terus sujud syukur dan terus berazam akan meningkatkan keimanannya kepada Allah serta berbakti kepada ibunya.

Dalam Islam anak lelaki walaupun sudah berumah tangga dan mempunyai keluarganya sendiri tetapi dia masih mempunyai ibu bapa yang tua dan uzur dan tidak mempunyai pendapatan, tanggungjawab memberi nafkah dan menjaga kebajikan mereka masih terpikul dibahunya.


Bagi anak perempuan pula apabila dia sudah berumah tangga dia terlepas tanggungjawab kepada kedua ibu bapanya walau bagaimana pun tidak salah jika dia ingin berbakti kepada kedua mereka dengan syarat mendapat keizinan suaminya.

Semoga kami terus tabah dan sabar menjaga ibu.. Semoga ibu cepat pulih dan sihat seperti dulu..



Tuesday, January 9, 2018

ANAK-ANAK CERMIN IBUBAPA



Salam sejahtera semua.. kali ini saya ingin berkongsi tentang perlakuan anak-anak cermin ibubapa. Jadi tugas kita sebagai ibubapa tentunya inginkan anak yang berakhlak mulia dan menjadi insan yang berjaya di dunia dan di akhirat. Besar tanggungjawab dan peranan kita sebenarnya.


Ibu bapa perlu yakin, anak yang kenal dan cinta Allah secara tidak langsung akan kenal dan cinta ibu bapanya. Anak yang lupa Allah, bukan sekadar lupa ibu bapanya bahkan akan lupa dirinya. Hilang cinta pada diri ini menuju kepada kebinasaan.
Apabila anak itu sedar mengenai cinta Allah, sekali gus terdidik bahawa reda Allah terletak pada reda ibu bapanya. Disamping, cinta Allah akan merapatkannya dengan al-Quran yang terkandung di dalamnya berkenaan berbuat baik dan mendoakan ibu bapa.
Sesungguhnya, apabila ada cinta Allah, individu itu memiliki segala-galanya, tetapi jika dia miliki segala-galanya tanpa cinta pada Allah nescaya dia hilang segala-galanya. Kiraannya mudah, jika kita mengajar anak mengenali Allah tanpa mengharapkan sebarang balasan, nescaya Allah akan memberi ganjaran lebih banyak.
Selagi jasa selaku ibu bapa perlu dikenang oleh anak, selagi itu juga anak akan melupakan jasa baik ibu bapanya berpunca daripada terlepas didikan wajib yang utama iaitu mengenal Pencipta mereka yang juga Pencipta kepada kedua ibu bapanya.
Didik anak seikhlasnya tanpa menjangkakan sebarang balasan. Proses didikan sewajarnya bermula dari hati. Didik anak itu amanah bukannya jasa. Sebelum mendidik orang lain ada baiknya terlebih dulu didiklah hati sendiri.

InsyaAllah mama akan didik anak-anak mama seikhlasnya. Mama cuma nak anak -anak mama tahu menghargai kasih sayang. Sayangi keluarga. Mengerti akan erti sebuah kehidupan. Kehidupan dunia sebagai tempat untuk menimba ilmu dan menunaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim. 


Tiada yang mengembirakan ibubapa selain daripada berjaya mendidik anak-anaknya menjadi anak yang soleh dan solehah. 




Monday, January 8, 2018

UJIAN ITU RAHMAT DARI ALLAH

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua..

Lama saya tidak bersiaran disini..

Terlebih dahulu selamat tahun baru 2018 diucapkan kepada semua... 

Selamat pagi semua. Sekarang ni kalau nak menulis kena tunggu mood datang. Diri pun sudah sibuk dengan urusan seharian.. Tahun ini 3 orang anak telah bersekolah.. Tugas sebagai seorang ibu dan isteri mengurus keluarga di samping sebagai wanita yang bekerja memang menuntut banyak pengorbanan.. Ibu kandung saya juga telah mengalami strok dan pendarahan di kepala dan sekarang terlantar di katil.. Ujian yang bermula tanggal 19 Disember 2017 memang memberi impak yang cukup besar buat kami sekeluarga.. Bagaimanapun kami masih rasa bersyukur sebab sehingga ke saat ini kami masih mempunyai seorang mak..yang boleh lg kami kucup tangan nya dan belai-belai.. yang boleh lagi kami bergurau senda dan kami mohon doa restunya walaupun mak kami telah strok separuh badan. Tambahan pula, kami telah kehilangan abah pada tahun 2016 kerana abah terlibat di dalam kemalangan jalan raya.. Perginya sekelip mata.. 

Mak telah selamat menjalani pembedahan membuang darah beku pada 20 Disember 2017. Alhamdulillah mak telah sedar daripada koma pada hari kedua pembedahan dan mak masih lagi kenal kami anak-anaknya.. Mak juga masih kenal setiap orang yang datang melawat mak..Ini adalah rahmat dari Allah..Saya menunggu mak 6 hari semasa dia sakit di hospital..dan mak request untuk balik ke rumah saya sebagai anak sulungnya..Alhamdulillah perjalanan pulang mak kerumah dipermudahkan. kami menyewa ambulans swasta dengan kadar bayaran rm260 dari Hospital Teluk Intan ke rumah saya di Kampung Parit Baru. 

Kini mak di jaga di rumah saya, waktu saya bekerja adik-adik yang tidak bekerja mengambil alih tugas menjaga mak..Saya dan suami menyiapkan bilik khas untuk keselesaan mak.. Mak juga kelihatan semakin pulih dan bersemangat setelah berada di rumah., Walaupun mak masih memakai lampin pakai buang dan hanya minum susu ensure sekurang-kurangnya inilah pengalaman peluang kami untuk menjaga mak semasa mak telantar sakit. Ujian ini kelihatan berat pada awalnya namun, rahmat Allah sentiasa bersama kami..

Berbalik kepada tajuk entri pagi ini. Ujian itu rahmat dari Allah buat hambanya. Bila saat di mana kita diberi ujian hidup itu tandanya kasih sayang Allah pada hambanya. Dalam meniti hari-hari, kita sebenarnya telah melalui pelbagai ujian dan dugaan duniawi. Tanpa sedar atau pun tidak. Ujian Allah datang bersilih ganti menyapa diri dengan tahap kemampuan setiap hambanya.

Setiap dugaan kita berbeza-beza. Kita didatangkan dengan ujian yang pelbagai bentuk. Janganlah pernah rasa kecewa. Kala itu, Allah rindu untuk mendengar doa dan rintihan kita. Memang berat untuk menghadapinya namun kekuatan itu perlu ada dalam diri. Jika tidak kita akan terus hanyut dengan kesedihan. 


Saya kongsikan petikan yang ditemui untuk perkongsian bersama..

UJIAN KIFARAH DOSA ?


Apabila kita diuji..
Hati berbisik..
Orang sekeliling menasihati..
"Allah uji sebab nak hapus dosa"
Ya betul.... tapi..
Kita makin sedih.. makin kecewa.. makin meratapi dosa..
ALLAH jua diajukan soalan..
Kenapa dan Mengapa...
Kenapa aku.. kenapa aku.. kenapa aku..... ??

Wahai kawan.. berhenti sejenak.. tukarkan fikiran kita yang negatif itu.. 

Allah dah janji, 

INNA MA'AL' USRI YUSRO..
INNA MA'AL 'USRI YUSRO
INNA MA'AL 'USRI YUSRO
(setiap kesusahan itu BERSAMA kesenangan)

Nabi Muhammad juga diuji.. bahkan lebih hebat daripada kita.. adakah kerana DOSA ??
(Allahumma solli a'la saiyidina Muhammad)

Nabi Zakaria dipotong badannya.. terputus dua.. adakah kerana DOSA ??

Sumayyah dicampak ke dalam parit api.. habis sekeluarga.. adakah kerana DOSA ??

Bilal bin Rabah juga terseksa di dunia.. dihenyakkan batu besar diatas dada.. adakah kerana DOSA ????

Bukan.. bukan.. bukan..
Bukan kerana DOSA semata2..

Allah uji untuk MENAIKKAN DARJAT.. ALLAH UJI SEBAB DIA KASIHKAN KITA.. ALLAH RINDU AIRMATA KITA.. bahagianya !! 

Manusia tak suka tengok orang menangis.. 
Tapi ALLAH suka !!

BILA KITA MENANGIS, MALAIKAT TADAH AIRMATA.. SIMPAN DI AKHIRAT.. AIRMATA KEINSAFAN KITA YANG RINDUKAN DAN TAKUTKAN ALLAH MAMPU MEMADAMKAN API NERAKA.. 

Jangan prejudis pada Allah apabila diuji..
Jangan menghukum diri apabila diuji..
Lebih baik ambil wudhu'.. solat dua rakaat.. lepas salam.. istighfar dan selawat.. senyum memandang ke langit.. biarlah airmata berlinang.. bisik dalam hati sedalam-dalamnya....

"Ya Allaaaaahhhhhh.. terima kasih kerana TIDAK MELUPAKAN aku.."

Allah itu ADIL.. 
Allah itu PENUH KASIH SAYANG..
Allah itu PENCIPTA kita..

Siapa lagi nak UJI kita kalau bukan Allah ..
Siapa lagi nak SAYANG kita kalau bukan Allah ..
Siapa lagi nak MULIAKAN kita kalau bukan Allah ..

Jangan berhenti MENGGALI kasih sayang Allah... ALLAH MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..


Itu sahaja perkongsian untuk pagi ini. Semoga bermanfaat untuk semua dan semoga kita diberi kekuatan dalam menempuh setiap dugaan hidup yang didatangkan kepada kita. 


salam kasih sayang...