Monday, October 19, 2015

NIKMATI WAKTUMU YANG MASIH ADA, HARGAI WAKTUMU YANG MASIH TERSISA


Sebenarnya hati masih bersedih dengan kehilangan nenek tersayang. Namun, cuba untuk terus kuat dan tabah menghadapi hari-hari mendatang. Cuba untuk muhasabah diri, kerana masa lampau adalah sesuatu yang telah pergi dari kita. Mungkin ia sesuatu yang manis begitu juga mungkin ia sesuatu yang pahit.

Namun ia tetap masa lampau kita. Ia telah pergi dan kita kini berada pada waktu yang baru. Langkah kita kehadapan dan tidak mungkin kita mampu melangkah ke masa lampau kita itu.

Namun tanpa sedar, masa lampau sering merantai diri kita untuk melangkah jauh kehadapan. Merantai kaki kita untuk penuh yakin tanpa sekali putus asa dengan apa yang menunggu di hadapan kita. Ringkasnya harapan untuk masa hadapan kita.

Kita terlalu kerap memandang masa lampau kita. Sehingga kita terbawa-bawa perasaan dan mengundang kesedihan yang tidak menentu. Soalnya, wajarkah?
Sesuatu yang perlu kita sedari, terlalu memandang masa lampau ini punya kesan yang mengongkong hidup kita. Kita mengharapkan ia berulang. Kita merindui detik-detik tersebut. Sehingga kita lupa. Kita lupa mencipta masa hadapan yang pada ketika ini ianya dalam tangan kita.

Yang telah berlalu, biarkan ia berlalu. Bukan tidak boleh bersedih, ia pastinya boleh sebab itu sebahagian fitrah kita. Pun begitu acapnya,  kita terlupa mengusahakan harapan yang sedang menanti kita di hadapan. Kita terbawa-bawa rasa sedih sehingga kita tidak melakukan yang terbaik untuk masa hadapan yang sedang menanti.

Masa lampau adalah pengalaman hidup yang sangat bermakna.

Yang baik, sudah pasti kita mahu ulangi dan kekalkan. Yang sebaliknya, seharusnya kita lupakan dan jauhi hal tersebut.

Jika kita merindui seseorang di masa lampau kita dan kini mereka telah tiada, terimalah hakikat tersebut. Jika ada rasa sayang, doakan kebaikan buat insan-insan tersebut. Jika ada rasa yang menyakitkan maafkan dan lupakan hal tersebut.

Masa hadapan adalah harapan. Peluang harapan itu tidak seharusnya musnah dek kita terlalu memandang masa lampau.

Ingatlah harapan tersebut. Teruslah baiki segala aspek kehidupan diri kita selagi umur kita masih ada. Yang berlalu biarkan ia berlalu pergi. Usahakan kebaikan atas apa yang sedang kita miliki ini.


Semoga kebaikan itu bersama kita semua. Amin…

No comments:

JOM BACA SURAH AL-KAHFI PADA HARI JUMAAT..

SURAH AL - KAHFI Surat ini terdiri atas 110 ayat, termasuk golongan surat-surat Makkiyyah. Dinamai Al-Kahfi artinya Gua dan Ashhabul Ka...