Huhu... entri kalini tentang basikal.. anak lelaki sulungku gigih sungguh untuk mengayuh basikal ke sekolah sesi petang walaupun telah di larang.. Almaklumlah kecik lagi baru nak masuk darjah 3.. Cuaca sekarang ni pun tengah panas terik.
Tetapi oleh kerana kesungguhannya dan ada rakan sekelasnya yang mengayuh basikal sama-sama jadi aku lepaskan dia dengan rela hati. Semoga bertabahlah dia mengayuh basikal dengan selamat pergi dan balik sekolah yer..
Dah banyak kali pesan berhenti di simpang toleh kanan kiri kanan. Hati-hati dijalan raya dan menunggang basikal di lorong yang betul.. Harap faham dan ingat selalu bebelan mama nya ini yer... Huhuhu
No comments:
Post a Comment