Jom Klik Iklan

Wednesday, February 11, 2015

CINTA JARAK JAUH


Entri kalini tentang hubungan jarak jauh. Sebenarnya diam tak diam sudah lebih 5 tahun saya dan suami berada di dalam situasi hubungan jarak jauh ini.. Disini saya kongsikan tips yang boleh dijadikan panduan untuk mengekalkan hubungan jarak jauh ini. Sebenarnya kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan. Memang banyak cabaran dan dugaan sepanjang berjauhan namun sebagai manusia kita perlu reda dan kuatkan semangat demi menjaga kerukunan rumahtangga. Diantara tips nya :-

1. Setia
Dalam perhubungan jarak jauh ni, setia perlulah ditanamkan dalam diri agar hubungan itu boleh kekal lama. Tidak kisah perempuan atau lelaki, kedua-duanya perlu setia dalam perhubungan. Jangan nanti tahu-tahu sahaja ada orang ketiga!

2. Percaya
Selalu sahaja kita dengar, apa gunanya bercinta kalau tiada kepercayaan dalam perhubungan itu. Kepercayaan adalah asas dalam perhubungan. Semoga menjadi pasangan suami isteri yang kekal bersama bahagia sentiasa sampai ke penghujung hendaknya. Jadi, percayalah pada suami atau isteri kita tatkala berjauhan.

3. Kerap Berhubung
Sudah tahu berjauhan itu semestinya menyakitkan, namun rindu yang ada ketika berjauhan pastinya buatkan hubungan lebih kekal lama jika saling merindui satu sama lain. Tetapi dunia kini sudah banyak teknologi yang canggih untuk kita melepaskan rindu dengan teman hidup kita seperti Skype, WhatsApp, Weechat dan banyak lagi. Jadi keraplah berhubung kerana ia tidak akan membuatkan kita rasa sunyi kerinduan.

4. Doa
Doa adalah senjata kita. Sentiasalah berdoa agar hubungan kita berkekalan dan bahagia. Tiada diganggu gugat oleh pihak ketiga. Semestinya juga kita perlu kekal berdoa agar si dia yang jauh sentiasa dilindungi dan hubungan perkahwinan yang sudah sah itu bahagia berkekalan hingga ke syurga.

5. Beri Kejutan/Hadiah
Tidak salah untuk kita yang duduk berjauhan untuk saling mengingati antara satu sama lain dengan memberikan hadiah kepada orang yang disayang. Apabila berjauhan itu, mungkin kita ada kemana-mana tempat menarik jadi jangan lupa untuk membawa pulang buah tangan atau hadiah sebagai tanda kita menghargai pasangan dan sentiasa mengingatinya. 

Inilah diantara tips yang telah diamalkan oleh saya dan suami sepanjang tempoh hubungan jarak jauh ini. Selamat berkongsi ilmu..


No comments: