Jom Klik Iklan

Monday, February 9, 2015

SUFIAH YUSOF



Semalam petang tengok rancangan NONA di TV3.. ada keluar cerita tentang Sufiah Yusof. 


Sufiah Yusof, pelajar pintar Matematik menempa sejarah atas kejayaan memasuki Universiti Oxford di United Kingdom ketika berusia 13 tahun pada 1997.

Kini selepas lebih 10 tahun menyepi, krew rancangan Nona TV3 berjaya menjejaki Sufiah yang akhirnya bersedia ditemubual secara eksklusif dalam rancangan itu bersama wakil TV3 London, Haliza Hashim.

Kata-katanya yang agak menyentuh hati di dalam temubual tersebut. “Saya tidak lagi pintar, tidak ada wang dan sedang mencari kerja. Saya juga masih belajar secara sambilan di sebuah universiti, Kegagalan dan pengalaman pahit yang saya alami banyak memberi pengajaran. Saya juga dapat menanganinya dengan baik. ”

“Ia membuatkan saya lebih matang. Biarpun tertekan tapi ia menyedarkan saya untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan sebenar,

 “Mungkin saya ada kepandaian dan kepakaran dalam Matematik. Saya berharap dapat memberi sedikit sumbangan daripada aspek penyelidikan dan dapat meninggalkan legasi berkaitan Matematik.”

 “Semakin dewasa, saya lebih faham bahawa tidak semua orang mempunyai nilai dan aspirasi sama. ”

“Saya hargai mereka yang ambil berat dan beri sokongan. Setiap orang bebas buat pilihan dan mampu menanganinya setiap permasalahan dengan pilihan yang dibuat,” kata wanita genius Matematik dan bekas penuntut Universiti Oxford, Sufiah Yusof, yang kini masih berjuang untuk meneruskan hidup.

Bagaimanapun, Sufiah tidak memaklumkan di mana dia kini sedang melanjutkan pelajaran mahupun tempat tinggal terbarunya.

Sufiah ditemubual Haliza Hashim Doyle di sebuah hotel di Liverpool untuk Rancangan Nona TV3 yang disiarkan petang semalam.

Katanya, dia mahu meneruskan kehidupan seperti wanita lain selain tidak pernah dahagakan publisiti.


Simpati dengan perjalanan hidupnya. Tapi beginilah kehidupan manusia. Ada masa jatuh ada masa bangun. Setiap manusia ada kisahnya tersendiri. Ini kisah dia, kisah kita pun berliku-liku juga kan…. Setiap yang berlaku pada orang sekeliling kita jadikan iktibar. Semoga kita semua tabah, kuat dan terus melangkah ke depan dengan penuh bersemangat.

No comments: