Semalam 1 Februari 2015, merupakan sambutan Hari Wilayah Persekutuan. Namun disebabkan tarikh tersebut jatuh pada hari ahad, pada hari ini semua pekerja yang bertugas di Wilayah Persekutuan Putrajaya / Labuan dan Kuala Lumpur sedang bercuti.
Selamat bercuti yer semua..
Rasanya seperti sekejapnya masa berlalu.. seperti baru je sibuk dengan urusan pendaftaran masuk anak sekolah.. tup-tup dah masuk bulan Februari.. Huhuhu...
Ini bermakna, masa yang berlalu itu begitu pantas dan tidak akan berulang kembali. Untuk ingatan saya dan pembaca semua marilah kita manfaatkan 5 perkara sebelum datang 5 perkara, iaitu :
1- Waktu muda sebelum tua
2- Waktu sihat sebelum sakit
3- Waktu kaya sebelum miskin
4- Waktu lapang sebelum sibuk
5- Waktu hidup sebelum mati
No comments:
Post a Comment