8 PENYAKIT BOLEH SEMBUH DENGAN BERJALAN KAKI
Jika anda selama ini malas untuk berjalan, fikirkanlah kembali kerana menurut
satu kajian, berjalan boleh mengurangkan lapan jenis penyakit. Malah boleh
menyembuhkan penyakit tanpa harus mengeluarkan wang. Mulai sekarang
rajin-rajinlah berjalan yer.. Berikut adalah 8 jenis penyakit yang boleh
disembuhkan dengan berjalan :-
1. Serangan Jantung : Berjalan boleh mengurangkan
risiko serangan jantung. Otot jantung memerlukan aliran darah lebih deras (dari
pembuluh koroner ) agar segar dan berfungsi normal mengepam darah tanpa henti.
Berjalan dengan cepat boleh mengalirkan darah ke dalam jantung. Dengan
sering berjalan , kolesterol baik (HDL) yang bekerja sebagai spans penyerap
kolesterol (LDL) akan meningkat dengan berjalan kaki tergopoh-gopoh.
Berjalan dengan cepat boleh menurunkan risiko serangan jantung.
2. Stroke : Satu kajian dilakukan kepada 70 ribu
pesakit di Harvard School of Public Health yang bekerja sambil berjalan kaki
sebanyak 20 jam dalam seminggu, hasilnya risiko diserang stroke menurun hingga
dua pertiga.
3. Membakar Lemak : Rutin berjalan kaki akan
meningkatkan metabolisme tubuh. Selain sejumlah kalori terbuang oleh aktiviti
berjalan kaki, kelebihan kalori yang tersimpan di dalam tubuh akan ikut
terbakar, kemudian kenaikan berat badan tidak terjadi.
4. Melangsingkan Badan : jika anda kelebihan berat badan,
mulailah untuk rutin berjalan Pergerakan kaki hingga seluruh tubuh mampu
menurunkan berat badan dan lemak yang ada terutama diperut anda akan terkikis.
Lakukan berjalan kaki secara rutin selama satu jam.
5. Kanser : Gejala kanser akan lenyap dengan sendirinya
jika kita rajin jalan kaki. Kanser yang dimaksudkan adalah jenis kanser usus
besar (colorectal carcinoma).
Pergerakan badan mampu melancarkan peristaltik usus, sehingga buang air
besar lebih lancar. Kanser usus dicetuskan oleh najis tertahan lama dalam
saluran pencernaan. Sementara itu, berjalan juga boleh menurunkan risiko
terkena kanser payudara.
6. Mencegah Osteoporosis : Sering berjalan bukan hanya
menyebabkan otot-otot badan menjadi sihat, rangka atau tulang di dalam tubuh
anda juga akan menjadi sihat dan kuat.
Osteoporosis tidak cukup hanya dengan rutin mengambil vitamin D dan
kalsium yang banyak, tubuh juga memerlukan gerak badan dan memerlukan waktu
paling kurang 15 minit dibawah sinar matahari pagi dan anda akan terhindar dari
osteoporosis.
7. Mencegah Kencing Manis : Dengan rutin berjalan kira-kira 6
km per jam, dalam tempuh sekitar 50 minit, mampu mencegah berkembangnya
diabetes, khususnya pada mereka yang bertubuh gemuk (National Institute of
Diabetes and Gigesive & Kidney Diseases).
Selagi gula darah boleh dikawal hanya dengan cara gerakan badan (brisk
walking), ubat tidak diperlukan. Anda hanya memerlukan berjalan secara rutin
untuk terus menjaga kesihatan badan dan terhindar dari diabetes.
8. Depresi : Berjalan kaki dengan cepat boleh
menggantikan ubat anti depresan yang biasanya diminum secara rutin oleh pesakit
depresi. Mulai sekarang, rajinlah berjalan kaki akan menyembuhkan pesakit yang
tengah depresi.
InsyaAllah.. Mari kita amalkan berjalan kaki dan kurangkan menggunakan
perkhidmatan lif yer..hihihi.. Jom sihat!!
No comments:
Post a Comment