Jom Klik Iklan

Friday, February 13, 2015

PERGINYA SEORANG ULAMA - TUAN GURU NIK AZIZ



Mursyidul Am PAS, Tuan Guru  Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia pada jam 9.40 malam tadi di kediamannya di Kampung Pulau Melaka, Kota Baharu, Kelantan.

Allahyarham dilahirkan pada tahun 1931 di Kampung Pulau Melaka dalam sebuah keluarga yang sangat kuat berpegang kepada ajaran Islam. Bapanya Nik Mat bin Raja Abdullah atau lebih dikenali dengan nama Tuan Guru Nik Mat Alim adalah seorang yang arif tentang imu agama.

Allahyarham telah mendirikan rumahtangga dengan Tuan Sabariah binti Tuan Ishak. Hasil perkahwinan tersebut mereka telah dikurniakan 10 orang anak, lima lelaki dan lima perempuan.

Sepanjang hidupnya, beliau sangat sederhana meskipun bergelar Menteri Besar. Umum mengetahui, Allahyarham dan keluarganya tinggal di sebuah rumah kayu binaan kampong.

Walaupun ketika beliau telah menjadi menteri besar, bidang pendidikan tidak pernah dilupakan. Beliau mengajar  agama setiap malam khamis dan jumaat serta mengadakan kuliah setiap pagi jumaat. Baginya mengajar adalah tugas mulian dan merupakan pekerjaan para anbia.
Kita sebagai rakyat Malaysia telah kehilangan seorang tokoh ulama yang berwibawa dan hebat.

Banjir besar di Kelantan baru-baru ini rupanya petanda besar kesedihan. Awan terlebih dahulu mengangis kerana mengetahui akan kehilangan seorang ulama hebat. Bumi pula menerima air bagi membersihkan dirinya untuk menerima jasad seorang ulama hebat… Ketepikan isu politik kerana kita semua saudara dalam islam..

Alfatihah…

No comments: