Sebagai manusia, kita perlu ingat mengingatkan. Esok adalah 14 Februari dan
ramai pasangan bercinta terutamanya remaja akan meraikannya. Dikenali juga
sebagai Hari Valentine`s.
Namun, sebagai umat islam, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis
Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang telah bersidang
pada 22-24 Nov 2005 telah membincangkan Hukum Orang Islam Menyambut
Perayaan Valentine's Day.
Muzakarah berpandangan bahawa
ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu
di dalam Islam bagi meraikannya.
Hari Valentine`s Day HARAM di sambut oleh orang islam.
Keterangan/Hujah:
Sejarah
Valentine’s Day tidak ada di dalam Islam. Amalan, budaya dan hasrat perayaan
ini mempunyai unsur-unsur Kristian yang bercanggah dengan Islam.
Di dalam
Islam tidak ada hari tertentu bagi meraikan kekasih atau kasih sayang. Islam
sangat menitikberatkan soal kasih sayang dan setiap hari di dalam Islam adalah
hari kasih sayang.
Islam menolak konsep kasih sayang yang terkandung dalam Valentine’s Day kerana unsur-unsur ritual keagamaan yang diamalkannya boleh menggugat akidah Islam.
Hukum
Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara
hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah s.a.w.:
من تشبه بقوم فهو منهم
“Sesiapa
yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam kaum tersebut.”
( Riwayat Abu Daud)
( Riwayat Abu Daud)
Rasulullah
s.a.w. juga bersabda:
من عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو مردود
“Sesiapa
yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan
ditolak.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Kebanyakan
golongan remaja Islam hari meraikan Valentine’s Day dengan perbuatan- perbuatan
yang dilarang oleh Islam. Gejala seperti ini sekiranya tidak dibendung akan
merosakkan generasi umat Islam akan datang.
Rujukan : www.e-fatwa.gov.my
No comments:
Post a Comment