Selamat petang semua. Petang ini saya ingin kongsikan kepada semua
berkenaan langkah - langkah mengurus kewangan yang bijak tidak kira sama ada gaji besar
ataupun kecil. ini adalah untuk peringatan saya dan panduan untuk dikongsi kepada semua. Di antara kesilapan yang sering dilakukan oleh kita adalah dengan
terlalu banyak berhutang, lambat membayar bil dan tidak menyimpan wang untuk
kegunaan masa depan. Kita boleh mengelak daripada melakukan kesilapan yang sama
dengan mengawasi tabiat berbelanja kita. Susah sebenarnya untuk mendisiplinkan diri untuk menguruskan kewangan terutama dengan kos hidup yang semakin mencabar ini. Namun, beberapa langkah berikut boleh kita
ikuti dan dijadikan panduan untuk masa hadapan:
1)
Tentukan matlamat
kewangan kita
Matlamat kewangan kita seharusnya menggambarkan perkara yang kita ingin
kecapi dengan wang kita dalam jangka masa tertentu. Penetapan matlamat ini akan
membantu kita memahami nilai sebenar wang dan menggalakkan kita untuk
berbelanja dengan lebih bijak. Tetapkan jangka masa untuk merancang dan melaksanakan
setiap matlamat kita, sama ada matlamat itu berjangka masa pendek, sederhana
ataupun panjang.
- Membeli/membina rumah
- Membeli kereta
- Melancong
- Menabung untuk pendidikan anak
- Membeli hartanah
2) Kita jejaki kemana hilangnya wang kita
Selepas kita menentukan matlamat kewangan kita, mulakan dengan membuat
perancangan untuk berbelanja dengan lebih baik agar matlamat kita mudah
dicapai. Ingat bahawa matlamat kita buat masa yang terdekat ini bukanlah untuk
mengurangkan perbelanjaan tetapi mengenal pasti tabiat berbelanja kita. Melalui
pemerhatian ini, kita dapat mengetahui:
- Ke mana dan bagaimana kita
membelanjakan wang kita
- Berapa banyak hutang kita
setiap bulan
- Berapa baki wang kita yang
masih tinggal di penghujung bulan
3)
Menilai tabiat berbelanja kita
Jika wang kita tidak berbaki pada penghujung setiap bulan, sudah tiba
masanya kita menilai tabiat berbelanja kita. Teliti semula semua perbelanjaan
kita dan tentukan sama ada apa yang telah kita beli ialah barangan yang
benar-benar diperlukan atau hanyalah memenuhi kemahuan kita. Perhatikan sama
ada:
|
4) Menulis
rancangan perbelanjaan kita
Pelan perbelanjaan membantu kita merancang kewangan. Kita boleh mengesan
ke mana duit kita dibelanjakan seterusnya mengelakkan kebanyakan perbelanjaan
tersebut dan mula merancang simpanan kita. Mulakan pelan perbelanjaan kita
dengan panduan mudah berikut:
- Tentukan jumlah pendapat
bulanan kita
- Tambah jumlah perbelanjaan
termasuklah bil bulanan, bayaran balik pinjaman, sewa, perbelanjaan
seharian dan lain lain
- Ketepikan sejumlah wang
untuk kecemasan dan perbelanjaan bermusim (seperti yuran sekolah, musim
perayaan, cukai jalan, pembaharuan insurans dan lain-lain)
Sekiranya kita tidak mempunyai lebihan wang tunai
untuk disimpan, kita mungkin perlu menyemak semula tabiat berbelanja kita dan
mengurangkan perbelanjaan yang tidak diperlukan. Semoga bermanfaat.
No comments:
Post a Comment