Saya tertarik dan ingin kongsikan kepada pembaca semua berkenaan saranan
Cuepacs agar GST tidak membebankan rakyat. Setelah 10 hari GST dijalankan pelbagai
maklumbalas telah diterima. Pada dasarnya seperti yang kita telah sedia maklum
GST adalah menggantikan cukai yang sediada. Maknanya harga barang tidak naik
mendadak seperti yang telah berlaku sekarang ini. Dengan kenaikan harga barang
ditambah pula dengan kenaikan 6% kos GST yang perlu dibayar oleh pembeli jadi
berapa kali kenaikan % pembeli perlu bayar dan keuntungan ini untuk siapa
sebenarnya..
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam
(CUEPACS) Datuk Azih Muda berkata, sejak ia diperkenalkan 1 April lalu,
pihaknya menerima rungutan dalam kalangan 1.6 juta ahlinya mengenai kenaikan
harga barang yang tidak sepatutnya berlaku jika GST dilaksana dengan berkesan.
Kerajaan digesa lebih serius dalam usaha memastikan pelaksanaan Cukai
Barang dan Perkhidmatan (GST) tidak terus membebankan rakyat negara ini.
"Sebab itu, kami berharap agar kerajaan melihat semula adakah cukai
jualan dan perkhidmatan (SST) sebanyak 16 peratus sebelum ini benar-benar
dihapuskan dan digantikan cukai GST yang lebih rendah sekali gus harga barang
sepatutnya menjadi lebih murah.
"Usaha ini perlu dilakukan 200 peratus melibatkan semua pihak berkaitan
dan bukannya terletak pada satu dua kementerian sahaja," katanya.
Sumber : Harian Metro
No comments:
Post a Comment