Jom Klik Iklan
Monday, April 27, 2015
RESEPI AYAM MASAK KURMA
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Alhamdulillah bertemu kita kembali.. entri kali ini saya ingin kongsikan kepada semua resepi ayam masak kurma.
Huhuhu watak utamanya ayam tau..
Bahan-bahannya
1 ekor ayam
4 biji kentang (Potong 2)
Sepeket Serbuk kurma (tidak kisahla jenama babas atau adabi)
Santan pekat (sebiji kelapa)
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
Sedikit garam
Sedikit bunga lawang
Sedikit halia
Sedikit kulit kayu manis
1 cawan minyak masak
2 mangkuk air
Cara memasaknya
1) Panaskan kuali dan masukkan minyak masak.
2) Blend bawang merah/putih/halia dan masukkannya bersama kulit kayu manis serta bunga lawang kedalam minyak yang telah panas. Setelah berbau harum masukkan pula
3) Serbuk kurma dan semangkuk air, kacau sebati.
4) Masukkan ayam yang telah dipotong.
5) Masukkan pula kentang dan pastikan kuali ditutup agar ayam dan kentang masak sekata di dalamnya.Masukkan santan pekat sedikit demi sedikit
5) Masukkan semangkuk air lagi jika kuah kelihatan terlalu pekat.
6) Masukkan garam secukup rasa
7) Sedia untuk dihidangkan
Selamat mencuba...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Huhuhu.. entri kalini berkenaan kisah perbualan saya dan anak tentang tikus.. Boleh pulak dia tanya " Mama apa beza mouse dan ...
-
Selamat Malam semua.. Kalini saya nak share GABUNGAN SUARA ANAK-ANAK SAYA MENYANYIKAN LAGU 'KITA PUNYA MALAYSIA' Semangat ci...
-
Majlis doa selamat untuk memasuki rumah baru telah diadakan pada hari Sabtu (28 September 2013) , Selepas solat ...
4 comments:
assalam hay saya singgih sini
kalau rajin...tolog like pic ini ye http://www.bakul2011.com/2015/04/peringkat-ketiga-review-like-fan-page.html
pertandingan memasak ke tu
wslm..ika, pic tu xkuar kat pc akak la... da cara lain x?
aah alkisahnya tu..huhuhu..pertandingn memasak berkumpulan
Post a Comment