Jom Klik Iklan

Friday, April 10, 2015

BAYAR PTPTN IKUT KEMAMPUAN



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Entri kalini saya ingin kongsikan tentang bayar PTPTN ikut pendapatan. Secara peribadi saya amat bersetuju dengan mekanisme ini jika ianya benar-benar direalisasikan. Sebab saya sendiri adalah peminjam PTPTN yang hanya bekerja dengan kelulusan SPM. Bukan mudah untuk mendapat pekerjaan yang setaraf dengan tahap pendidikan. Hanya orang yang bertuah je dapat.. Bukannya tidak berusaha dan cuba memajukan diri tapi mungkin bukan rezekinya lagi… Dalam pada masa yang sama wajib pula bayar hutang PTPTN. Dengan potongan gaji dan pembayaran dibuat secara konsisten setiap bulan..poket pun mula rasa nipis. Tambahan pula dengan isu gst yang tak berkesudahan..  Berapa sangatlah nilai  RM50 sekarang untuk membeli barang keperluan diri dan anak-anak yang semakin membesar.

Tambah memeritkan lagi apabila dengan potongan PTPTN ini dapat surat hijau dari jabatan.pulak.. sebab tahap keberhutangan serius..  Huu apa nak dikatakan lagi kan.. terima dan redha kan je sebagai satu ketentuan. Jadi saya secara peribadi memang menyambut baiklah jika mekanisme ini menjadi kenyataan.

Perbadanan Tabung Pendi­dikan Tinggi Nasional (PTPTN) dalam peringkat perbincangan dengan semua pihak yang terlibat bagi mereali­sasikan hasrat kerajaan mengenai kaedah pembayaran pembia­yaan yang baharu berdasarkan pendapatan.

Pengerusinya, Datuk Shamsul A­nuar Nasarah berkata, perbincangan meliputi aspek perunda­ngan, mekanisme yang bersesuaian serta juga memperhalusi kes-kes dan situasi peminjam-peminjam PTPTN.

Kata beliau, cadangan bayaran balik berdasarkan pendapatan itu dilihat merupakan salah satu pendekatan terbaik bagi memastikan semua peminjam yang mempunyai kemampuan membuat bayaran balik pembiayaan.

“Melalui kaedah tersebut, jumlah ansuran bulanan dicadangkan berdasarkan kepada peratusan tetap daripada pendapatan bulanan peminjam berbanding pelaksanaan sedia ada berdasarkan kepada jumlah pembiayaan yang diterima.

“Para peminjam perlu mula membuat bayaran balik apabila mempunyai pendapatan pada tahap atau jumlah tertentu dan kaedah ini telah diamalkan oleh beberapa buah negara termasuk Australia dan New Zealand,” katanya menerusi kenya­taan di sini hari ini.

Menurut Shamsul Anuar, kebaikan kaedah itu adalah proses pengesanan peminjam lebih mudah, secara tidak langsung me­ningkatkan prestasi pembayaran balik pembiayaan sebagaimana di Australia (80 peratus) dan di New Zealand (90 peratus) berbanding 50 peratus bagi kadar bayaran balik PTPTN.

“Ini kerana bayaran balik akan dibuat secara automatik daripada gaji peminjam apabila mereka mencapai tahap yang ditetapkan. Malah ia juga dilihat tidak membebankan peminjam memandang­kan bayaran balik dan ansuran adalah mengikut kemampuan dan keupayaan kewangan sebenar peminjam.


“Selain itu, peminjam yang masih tidak mampu tidak dibeban­kan dengan tindakan pe­nguat­kuasaan. Secara puratanya, tempoh penyelesaian hutang juga akan menjadi lebih pendek dibandingkan dengan kaedah sedia ada,” katanya.

1 comment:

Ana_Impian said...

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul..tak gitu??huhuhu