Jom Klik Iklan

Thursday, December 4, 2014

CARA PENYIMPANAN SUSU IBU YANG BETUL



Untuk menyimpan susu badan, pilih bekas yang sesuai ya.. 

Cara-cara Anda menyimpan susu badan: 

  • Pada suhu bilik tidak melebihi daripada 25 darjah C, selama empat jam.
  • Dalam peti ais bersuhu 4 darjah C atau lebih rendah tidak melebihi 24 jam.

  • Dalam peti sejuk beku bersuhu -20 hingga -18 darjah C, yang tidak mempunyai           kitar nyahbeku, selama tiga hingga enam bulan. 
  • Simpanlah susu di bahagian belakang peti sejuk atau peti sejuk beku, jauh dari pintu sebab item yang disimpan di hadapan lebih mudah terjejas dengan perubahan suhu semasa anda membuka peti sejuk beku.
  • Anda boleh mencampurkan susu yang baru dipam dengan susu beku jika ia didinginkan dahulu sekurang-kurangnya sejam, dan jumlahnya adalah kurang daripada jumlah susu yang telah beku. 
  • Jika anda akan membekukan susu badan, lakukannya dalam masa 24 jam.
  • Susu yang dialihkan dari peti sejuk beku ke peti ais boleh disimpan sehingga 24 jam.
  • Susu segar mengekalkan lebih banyak ciri-ciri perlindungannya berbanding dengan susu beku, jadi sejauh mana yang boleh, gunakan susu yang disejukkan dan bukan susu beku untuk menyusukan bayi anda. Tetapi ingatlah bahawa susu badan yang dibekukan masih mempunyai lebih khasiat kesihatan daripada susu formula.
  • Ingatlah, apabila anda mengepam susu, cuci tangan anda dan pastikan pam buah dada dicuci, dibilas dan disterilkan dengan betul untuk mencegah sebarang bakteria dari membiak dalam susu tersebut. 

Haba dan kepanasan melampau boleh memusnahkan enzim, antibody dan komponen-komponen nutrient penting dalam susu ibu. Maka, perahan susu ibu yang disejukkan atau dibekukan perlu dicairkan dengan kaedah yang betul untuk mengekalkan nutrient nya..


Susu ibu tidak boleh di cairkan sembangan.. Entri akan datang saya akan terangkan bagaimana caranya ya..terima kasih kerana mengunjungi blog saya..

No comments: