Tiga Petanda
Kenapa Kucing Datang Kepada Kita
Bila kita
makan di kedai makan atau makan dirumah yang memelihara kucing, tiba-tiba ada kucing datang minta makanan dengan kita.
Kenapa tak pada orang lain?
3 tanda apabila kucing datang kepada kita bukan orang lain,
Pertama
Allah sedang beritahu makanan kita, hak kita itu
bukan semuanya rezeki kita. Sebahagiannya rezeki kucing itu. Sebab itu ia
datang pada kita.
Kedua
Allah sedang
beritahu apabila kita memberi makanan kepada kucing itu, rezeki lain akan Allah
ganti yang lebih baik. Sebab 1 kebaikan itu Allah balas 10 kebaikan @ pahala.
Allah Maha Mampu bagi lebih dari itu.
Ketiga
Allah sedang
bagi tahu apabila kita tak memberi makanan kepada kucing itu, sebenarnya kita
sedang menolak rezeki baru yang Allah nak bagi kepada kita. Rezeki itu luas,
bukan hanya pada wang. Tetapi meliputi semua kehidupan. Ingin ikhlas memberi,
berilah pada haiwan kerana haiwan tak pandai ucap terima kasih kepada kita. Ia
hanya tahu minta dan makan.
No comments:
Post a Comment