Terima
kasih kerana berkunjung. Entri kali ini berkenaan Keseronokan berkerja
. Keseronokan bekerja merupakan perasaan yang menyenangkan, menyedapkan hati
apabila melaksanakan sesuatu tugas atau tanggungjawab yang diberikan.
Sebenarnya baru-baru ini saya mengikuti
kursus keseronokan bekerja. Memang seronok dan aktivitinya memang padat dengan
pelbagai pengisian yang menarik.
Keseronokan bekerja merupakan
tonggak ketiga dari dua belas tonggak yang perlu diamalkan oleh semua
kakitangan awam di semua peringkat organisasi.
Berdasarkan pengamatan dan pengalaman saya, keseronokan bekerja dapat
diperolehi jika;
Pertama,
bekerja hendaklah dijadikan suatu ibadah kerana ibadah itu membawa ganjaran.
Tujuan manusia dicipta oleh Allah SWT dinyatakan oleh Al Quraan dalam Surah
Az Zariat ayat 57, bermaksud “Tidak Ku jadikan jin dan manusia melainkan
untuk beribadat pada Ku.”
Kedua,
kerja itu hendaklah dijadikan cabaran yang memerlukan bukan saja daya usaha malah
pemikiran dan kreativiti. Ia merupakan sumbangan yang hendaklah dikaitkan
dengan kebajikan untuk masyarakat dan negara. Dengan sendirinya kita akan
merasa puas kerana sumbangan kecil itu telah berjaya membangunkan negara.
Ketiga,
jika kerja itu kita anggap domain kita atau pengkhususan kita maka dengan
sendirinya kita menjadi pakar yang diiktiraf.”
Keempat, Kita
akan seronok bekerja apabila sentiasa bekerjasama. Kerjasama yang baik akan
menghasilkan hasil kerja yang bermutu dan persekitaran kerja yang ceria dan
seronok.
No comments:
Post a Comment