“Ni guna
barang orang ada minta kebenaran x? ” (sambil cakap kuat-kuat di khalayak sedangkan
dia bukan tuan punya barangtu dan sebenarnya peminjam barangtu sudah dari awal minta kebenaran
dengan tuan punya barang.. Kenapa orang yang xda kena mengena tu terlalu sibuk nak cari kesalahan dan aibkan orang yer… sedangkan tuan punya barang
pun xda macamtu)
“Hai xkan
xda orang nak kemas tempat ni..(si polan) xleh nak tolong kemaske ? ” (sambil cakap
dengan kuat di khalayak dengan suara lantang . Memandang orang yang disebut
nama dari jarak jauh sahaja. Sebenarnya
apa tujuan dia ye..kalau nak minta tolong ke nak arahkan ke..cakap je direct
kepada orangtu. Tidak perlula bersuara lantang agar semua orang dengar. Apa tujuannya? Orang tu ada melakukan
kesalahan ke? Orangtu memang patut di aibkan ke? Agak2 jika keadaan ini berlaku
pada anda?? Anda semua suka ke ???
_____________________________________________________________
Di atas, saya berikan beberapa situasi yang mungkin
sering berlaku atau jarang sekali berlaku pada anda atau sesiapa sahaja di
sekeliling anda.
Apa yang anda rasa apabila membaca dialog dialog di
atas? atau mungkin anda sendiri boleh bayangkan perasaan anda apabila ada
seseorang yang ingin menegur anda dengan menggunakan ayat ayat di atas…
Terus confidence level anda yang menggunung jatuh
merudum macam bola yang dicampak dari tempat yang sangat tinggi.
Setiap orang tak lari dari melakukan kesalahan
terutama sekali apabila kesalahan yang disebabkan lidah yang tak bertulang itu.
Tak salah jika ingin memberi pendapat, menegur dan menasihati jika berniat
ingin melihat orang yang ditegur itu menjadi lebih baik, tetapi bagaimana cara
kita menegur dan meluahkan pendapat kita itu sangat diambil berat even dalam
Islam sekali pun.
Islam adalah agama yang mulia. Tidak bolehkah kita
menegur seseorang dengan cara yang lebih baik ?
Tegurlah dengan cara yang boleh diterima. Gunakan
pujian dan berlemah lembut kepada rakan anda, bukannya dengan mengutuk atau mengeji dan bercakap
dengan lantang dikhalayak. Ingat, tiada manusia yang sempurna termasuk diri
kita sendiri. bagaimana pun juga kita tetap ada kekurangan kita sendiri. Jangan
menegur dia kerana merasakan pendapat kita sentiasa yang terbaik dan teguran
kita sahajalah yang sentiasa betul. Beri kebebasan kepada orang yang ditegur
untuk explore sendiri yang mana betul dan yang mana salah. Jangan terlalu cepat
menghukum seseorang kerana merasakan kita lah orang yang terbaik.Ingat dan
ingat !
Tegurlah seseorang bukan di kawasan khalayak
ramai atau ketika bersama rakan -rakan. Menegur mereka ketika bersama orang
lain hanya menjatuhkan maruah dan membuka aib orang itu sendiri. Tidakkah anda
takut Allah akan membuka aib anda di akhirat kelak? Bahkan ketika anda menegur
itu, keyakinan rakan anda dan persepsi rakan anda kepada anda sendiri akan
berubah 360 darjah. Sedikit sebanyak hubungan persahabatan anda dan rakan itu
sedikit renggang sekiranya dia seorang yang tidak dapat menerima cara teguran anda.
No comments:
Post a Comment