Jom Klik Iklan

Monday, December 15, 2014

RUMAH PLASTIK SALAH SATU PUNCA BANJIR DI CAMERON HIGHLAND



Di samping masalah kerakusan pencerobohan tanah di Cameron Highlands, kaedah pemasangan struktur pelindung hujan rumah plastik (plastic rain shelter) yang tidak sesuai oleh pekebun juga antara faktor merangsang kejadian banjir lumpur.
Pemasangan rumah plastik oleh pekebun dalam skala besar tanpa reka bentuk yang sesuai terutamanya di lereng bukit, dikatakan menyebabkan air hujan yang mengalir ke su­ngai menjadi lebih deras dan banyak serta menyebabkan hakisan.
Perkara itu turut dipersetujui oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pakar penyelidik alam sekitar dan pekebun sendiri bahawa pemasangan plastik perlu mempunyai sistem reka bentuk yang sesuai di kawasan lereng bukit.
Rumah plastik yang mempunyai reka bentuk hampir sama dengan rumah hijau berfungsi untuk mengurangkan kadar kelembapan hasil tana­man dan menghasilkan produk tanaman yang lebih berkualiti.

Kajian dilaksanakan oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Pertanian Malaysia (Mardi) menyatakan, kadar aliran air meningkat di kebun yang menggunakan rumah plastik.

No comments: