PINJAMAN PTPTN
Entri kalini berkenaan PINJAMAN PTPTN huhuhu....
Angan-angan belajar tinggi-tinggi.. Graduate dan dapat kerja yang bagus mengikut kelulusan.. berpuluh kali menghadiri temuduga jawatan yang dipohon namun sentiasa gagal. Nampaknya Anugerah yang diterima hanya untuk koleksi peribadi.. Sedih kan..Huhuhu
Tidak mengapalah jika sudah itu takdirnya, terima dengan redha. Mungkin kawan-kawan diluar sana ramai juga begitu.. ada yang menjadi surirumahtangga, ada yang bekerja sendiri dan ada juga yang masih menganggur walaupun sudah bertahun-tahun graduated..
Jadi Kelulusan Akademik yang kita dapat belum tentu akan menjamin masa depan kita sebenarnya. Bagaimana dengan hutang pinjaman pelajaran??
WAJIB BAYAR YER...
Berkenaan pinjaman PTPTN, saya telah membayarnya melalui potongan gaji. Tidak perlu berbaris lama menunggu di bank untuk membuat pembayaran yang akan dikenakan cas extra sebanyak rm2 setiapa kali membuat pembayaran..
Kepada pembaca yang masih belum membuat pembayaran balik pinjaman PTPTN silalah membuat pembayaran dengan kadar segera. Uruskan ujrah dengan segera kerana jika kita berbuat demikian, kita akan akan menerima penukaran pinjaman (3%) kepada pembiayaan ujrah (1%).
Promosi Ujrah akan tamat pada akhir tahun ini!!
Peminjam PTPTN yang membuat ansuran bayaran balik pinjaman/pembiayaan mengikut jadual bayaran balik yang ditetapkan, atau melebihi jumlah ansuran yang ditetapkan selama dua belas (12) bulan berturut-turut atau dua belas (12) bulan ke hadapan mulai tarikh 1 Oktober 2012 sehingga 31 Disember 2015 dan masih mempunyai baki hutang pada bulan ke-13 layak mendapat rebat 10%.
Peminjam PTPTN yang membuat penyelesaian hutang secara sekaligus dalam tempoh 10 Oktober 2014 hingga 31 Mac 2015 layak mendapat tawaran diskaun 20%.
Hutang wajib dibayar. Kita hendaklah menjelaskan hutang kerana Allah mengetahui apa yang kita lakukan. Dalam kata lain,
walaupun tanpa bertulis dan saksi, Allah menjadi saksi kepada transaksi hutang itu.
Membayar balik hutang adalah sesuatu yang wajib dilakukan sehingga harta orang yang sudah meninggal dunia pun perlu ditolakkan hutang-piutang mereka terlebih dulu, sebelum diagihkan kepada waris. Hal ini disebut dalam ayat 11, Surah an-Nisa'.
Tidak cukup dengan firman Allah dalam al-Quran, penekanan kepada menjelaskan hutang ini disebutkan dalam hadis Rasulullah.
Contohnya, sabda Nabi bermaksud: "Diampuni semua dosa orang yang mati syahid kecuali hutang." (Hadis riwayat Muslim).
Kita maklum bahawa syuhada dijanjikan syurga. Namun, hadis ini menunjukkan bahawa apa yang menghalang mereka daripada masuk syurga adalah hutang yang tidak dijelaskan.
Itu syuhada. Jika mereka pun wajib membayar hutang, apa lagi kita manusia biasa.
Islam bukan saja mewajibkan umatnya membayar hutang, malah menjanjikan bahawa kalau berhutang dengan niat untuk membayar, Tuhan akan memudahkan kita.
InsyaAllah.. kepada pembaca yang masih belum membayar hutang. Tidak semestinya hutang PTPTN. Hutang rumah, Hutang kereta, Hutang dengan kawan, Hutang dengan keluarga. Hutang dengan sesiapa sahaja. Marilah kita sama-sama berusaha melangsaikannya ye..

No comments:
Post a Comment