Si kidal seperti saya..
Menulis menggunakan tangan kiri mungkin dilihat aneh kerana lain daripada
yang lain. Namun sebenarnya banyak kelebihan 'si kidal' yang mungkin dalam
kalangan mereka sendiri tidak tahu ada keistimewaan tersembunyi di sebaliknya.
Adakah anda tergolong dalam kumpulan individu yang lebih gemar
menggunakan tangan kiri untuk melakukan rutin seharian? Jika ya, jelaslah anda
tergolong antara kelompok individu kidal seperti saya.
Kidal, atau bahasa saintifiknya 'sinistrality'
bermaksud seseorang individu yang lebih suka menggunakan tangan kiri daripada
tangan kanan. Melakukan rutin harian terutamanya menulis menggunakan tangan
kiri menjelaskan perlakuan itu berbeza daripada biasa.
Menurut kenyataan National Geographic berkaitan isu ini menjelaskan
jumlah individu yang lebih cenderung menggunakan tangan kiri untuk melakukan
berbagai tugasan ini dikatakan 10
peratus daripada penduduk dunia. Ia bermaksud 10 peratus daripada 6.7
billion populasi di dunia hari ini.
Dilaporkan, individu kidal memiliki kemungkinan lebih besar untuk mejadi
genius. Menurut statistik, lebih 20 peratus dari jumlah anggota organisasi
MENSA, sebuah organisasi untuk manusia dengan IQ tertinggi di dunia dilaporkan
kidal. Selain itu, turut dilaporkan empat dari lima pereka bentuk komputer Mac
adalah kidal. Bukan itu saja, hari meraikan golongan ini turut diwujudkan pada
13 Ogos setiap tahun yang diberi nama 'Left Handers Days'.
Orang yang kidal lebih cepat beremosi. Kajian dari Universiti Abertay
Scotland menjelaskan orang kidal cenderung lebih bersetuju dengan penyataan
seperti, "Saya khuatir membuat kesalahan" ataupun "Kritikan anda
membuatkan saya sakit hati". Penyelidik, Dr Lynn Wright yang menjalani
kajian itu di Dundee, Scotland percaya fenomena ini disebabkan adanya perbezaan
bahagian otak antara orang kidal dan orang tangan kanan.
Orang kidal lebih cepat bimbang berbanding mereka yang menggunakan
tangan kanan iaitu lebih cepat bergerak. Bagi individu istimewa ini, otak kanan
mereka lebih dominan dan bahagian inilah yang mengendalikan aspek negatif dam
emosi.
Orang yang kidal banyak kelebihannya. Mungkin bagi individu kidal, anda
pernah tertanya kenapa kebanyakan orang tidak kidal? Atau kenapa wujudnya
kidal? Menurut pakar psikologi dan saintis percaya bahawa individu kidal
cenderung mewarisi perilaku ini daripada salah satu keluarga ataupun genetik.
Pada 2007, kumpulan saintis di United Kingdom menemui gen berkaitan
kidal. Bagaimanapun, isu ini terlalu kompleks hinggakan penyelidik menjelaskan
mereka mempunyai kesimpulan kukuh mengenainya.
Jangan rasa diri berbeza, tahukah anda terdapat beberapa tokoh terkenal
juga bersifat kidal? Antaranya tokoh keagamaan, Mahatma Ghandi, saintis
terkenal Albert Einstein, ahli falsafah Aristotle dan presiden Amerika
Syarikat, Barrack Obama.
Malah, The Left Handers Club, sebuah organisasi orang-orang kidal tidak
pernah menganggap bahawa kidal itu adalah sebuah kelainan, tapi sebaliknya
menganggap kidal adalah satu keunikan.
Mungkin hal seharian nampak biasa bagi orang normal, tapi bagi individu
kidal seperti saya ada kesulitan kena hadapi. Contohnya apabila nak menggunakan
pisau pengupas buah atau sabit untuk memotong rumput. Memang mencabar kerana
dicipta untuk individu normal jadi kena biasakan supaya lama kelamaan tak kekok
lagi.
Dan berikut merupakan
beberapa tokoh terkenal lain yang turut kidal:
Pemimpin Negara : Saidina
Umar Al-Khattab, Napoleon Bonaparte, Presiden George HW Bush, Fidel Castro,
Hugo Chaves, Bill Clinton , Ronald Reagan, Barack Obama, Putera Charles ,
Putera William dari UK, Benyamin Netanyahu, Harry S. Truman, Victoria dari
Britain
Orang Terkenal : Bill gates,
Oprah Wenfrey, Felipe Colderon, Michael bloomberg, Lord Baden-Powell (founder
gerakan Pramuka)
Ahli muzik dan Bintang
Filem :
Jimi Hendrix, Kurt Cobain , Paul McCartney, Babe Ruth, Tony Iommi(Black
Sabbath), Dominic Howard (Muse), Ringo Starr (Beatles), Zacky Vengeance, Phil
Collins (Genesis), Tom Cruise, Julia Roberts, Tom Cruise, Slyvester Stallone,
Bruce Willis, Keanu Reeves, Raphael, Robert DeNiro, Angelina Jolie, Marilyn
Monroe, Charlie Chaplin, Noel Gallagher (Oasis), Oscar DeLa Hoya, Valentino
Rossi, Morales Patricio, John McCartney (Beatles), Kurt Cobain ( vokalis dan
gitaris kumpulan musik Nirvana), Inoran (gitaris kumpulan muzik Luna Sea),
Nicole Kidman
Atlet Sukan : Monica Seles,
Iker Casillas, Petr Cech, Lin Dan, Lionel Messi, Rafael Nadal, Diego Maradona
Saintis: Isaac Newton,
Marie Curie dan Benjamin Franklin, Aristoteles, Albert Einstein
Seniman: Michelangelo dan
Leonardo Da Vinci
Tokoh-tokoh sejarah: Alexander Agung,
Charlemagne dan Julius Caesarp/s
No comments:
Post a Comment