Jom Klik Iklan

Friday, December 12, 2014

JAUHI RUMPAI MIANG MEXICO!!



Orang awam dinasihatkan untuk mengelak daripada terdedah atau tersentuh 'rumpai miang Mexico' atau 'partheniumhysterophorus' kerana boleh menyebabkan alahan, terutamanya kepada kanak-kanak dan orang tua.

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata rumpai miang Mexico mempunyai bahan kimia pada debunga, bahagian akar, daun dan batang iaitu parthenin, hymenin dan ambrosin yang dikenal pasti boleh memberi kesan ke atas kesihatan manusia.

"Namun tidak semua yang terdedah mengalami reaksi alahan atau alergi. Sesetengah orang mengalami gejala (alahan) apabila pendedahan berterusan danberulang kali.

"Gejala tindak balas alahan adalah seperti ruam kulit, kulit mengelupas, gatal-gatal pada kulit, mata bengkak, rinitis alergi serta gangguan kepada istem pernafasan seperti selsema dan asma," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Dr Noor Hisham mengulas laporan sebuah akhbar tempatan semalam, mengenai kejadian alahan pada kulit dan gejala gangguan pada sistem pernafasan dalam kalangan pekerja ladang kelapa sawit di Sidam, Kedah dipercayai berkaitan dengan rumpai miang Mexico.

Rumpai miang Mexico adalah sejenis tumbuhan liar berasal dari beberapanegara di Amerika Selatan dan Utara sebelum tersebar ke Asia dan dikatakan berbahaya kerana boleh memberi kesan teruk kepada ekosistem semula jadi, sektorpertanian dan ternakan selain kesihatan manusia. Bagaimanapun, Dr Noor Hisham memberitahu setakat ini, masih tiada peningkatan trend pesakit dengan gejala alahan kulit dan pernafasan seperti asma dilaporkan daripada fasiliti kesihatan di negeri terbabit seperti Perak, Kedah, Negeri Sembilan dan Selangor.

Dr Noor Hisham juga menasihatkan mereka yang mengalami gejala alahan atau masalah pernafasan akibat terdedah kepada rumpai itu untuk segera mendapatkan rawatan di klinik kesihatan yang berhampiran.

Mereka juga diminta memaklumkan kepada pengamal perubatan mengenai pendedahan terhadap rumpai itu, kerana KKM akan meminta kementerian atau agensi berkaitan untuk mengambil tindakan bagi mengawal atau memusnahkan tumbuhan itu.

- BERNAMA



No comments: