Jom Klik Iklan

Friday, November 21, 2014

AKSI INSTAGRAM BREANNA YOUN


Breanna Youn 

Mempunyai banyak pengikut instagram walaupun usianya baru mencecah lima tahun. Beliau digelar sebagai Puteri Instagram apabila mempunyai lebih sejuta pengikut dari seluruh dunia dalam laman perkongsian gambar, Instagram, hampir menyamai jumlah pengikut aktres terkemuka, Cameron Diaz.

Malah populariti Breanna yang berasal dari Korea Selatan, telah mengubah kehidupan keluarganya yang sebelum ini hanya mendiami pangsapuri sempit kepada gaya hidup mewah seperti bintang Hollywood, apabila menikmati barangan mahal termasuk beg tangan Louis Vuitton, Chanel dan barangan kemas Tiffany hasil tajaan yang di­terimanya.

Aksi kanak-kanak itu mula dikesan oleh beberapa orang kaya di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) apabila ibunya, Jocelyn, 27, memuat naik gambar anaknya yang comel itu melalui Instagram, dan sejak itu Breanna menjadi tarikan pelayar Internet di Asia Barat dan mempunyai pengikut seramai 1.1 juta orang.


Jocelyn bijak mengambil kesempatan itu dengan mengajar anaknya berbahasa Arab untuk menarik lebih ramai lagi peminat, sehingga golongan yang berada di UAE sanggup menanggung penerbangan kelas business Breanna sekeluarga ke Dubai.
Selain itu, Breanna sekeluarga diberi tempat tinggal percuma se­umur hidup di hotel lima bintang sejak Mei lalu dan menaiki limusin untuk bersiar-siar di UAE.

Menurut Jocelyn, yang kini menganut agama Islam sejak berpindah ke UAE, dia tidak tahu kenapa ramai orang menyukai Breanna kerana anaknya tidak mempunyai sebarang bakat istimewa seperti menari dan hanya pandai berlakon dan bergaya.
“Breanna cuma suka tersenyum dan mungkin ada sesuatu dalam dirinya yang membuatkan orang lain suka padanya dan apabila berada di hadapan kamera, dia akan bergaya secara spontan.


“Di Korea, Breanna mendapat perhatian kerana rupanya yang comel, tetapi di sini, mereka mahu bergambar bersamanya kerana mengenali anak saya melalui Instagram,” kata Jocelyn kepada portal berita Mail Online.

Kini Breanne boleh bertutur dalam empat bahasa iaitu Inggeris, Korea, Tatalog dan Arab.

Kanak-kanak comel ini juga  turut mempunyai beribu-ribu pengikut di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Arab Saudi.


No comments: