Thursday, November 20, 2014

BUKU TEKS DIGITAL INTERAKTIF PINTAR 2016


Kementerian lancar Buku Teks Digital Interaktif Pintar 
2016

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan akan melancarkan inovasi buku teks digital dikenali Buku Teks Digital Interaktif Pintar yang dijangkakan pelaksanaannya mulai 2016 hingga 2025.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, inovasi ini membolehkan pengajaran, pembelajaran, kolaboratif dan pentadbiran dijalankan melalui persekitarab pembelajaran maya.
Katanya, kementerian sebelum ini telah melancarkan gelombang pertama inovasi buku teks digital yang mempunyai 313 judul buku teks yang boleh diakses oleh murid, guru, dan ibu bapa di laman 1BestariNet.

"Inovasi ini juga dilihat sebagai satu usaha kementerian untuk menyelesaikan isu beg sekolah yang berat yang sering dibangkitkan oleh ibu bapa.
"Paling penting ibu bapa tidak perlu menanggung kos tambahan dengan pelaksanaan buku teks digital ini, sebaliknya semua kos peralatan berkaitan termasuk Google Chrome Book diberi kepada sekolah untuk ditempatkan secara kekal bagi kegunaan murid khususnya bagi pelaksanaan buku teks digital ini,"katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Inovasi Kementerian Pendidikan 2014 pada 20/11/2014

No comments:

PROMOSI PENAPIS AIR CUCKOO

Selamat sejahtera semua...  PENAPIS AIR CUCKOO Harga promosi rm60 sbln sahaja!! akan tamat hujung bln ni..  Mari2 semua..sesiap...