MAHA KEMBALI LAGI....
Kepada penggemar MAHA jangan lepaskan peluang untuk mengunjunginya sempena cuti sekolah nanti.
Malaysia Agriculture, Horticulture and
Agrotourism (MAHA) merupakan pameran pertanian tertua di Malaysia kerana
diadakan sejak tahun 1923 lagi.
Pada awalnya, ia sekadar pertunjukan pertanian sebelum mengalami transformasi dan kini menjadi acara gergasi dan signatur ditunggu-tunggu setiap dua tahun sekali.
Sejarah yang panjang itu menjadikan MAHA 2014 pada 20 hingga 30 November ini dijangka dihadiri kira-kira 3.5 juta pengunjung.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jangkaan itu akan dicapai memandangkan aura pada MAHA yang dikenali sehingga peringkat antarabangsa.
Lebih-lebih lagi ia serentak dengan kempen Tahun Melawat Malaysia pada tahun ini.
"Daripada sudut pendapatan, MAHA 2012 berjaya mendapatkan jualan segera sebantak RM26 juta dan RM98 juta jualan jangka panjang dan kedua-dua ini dijangka bertambah pada MAHA 2014," ujarnya selepas merasmikan prapelancaran MAHA 2014 di Serdang hari ini.
Menurut Ismail Sabri, MAHA 2014 menumpukan lapan fokus utama termasuk Agrp Youth - menggalakkan pembangunan usahawan muda sebagai jaminan masa depan pertanian negara.
Ia juga menumpukan konsep Agri Life di mana menggalakkan orang awam mengamalkan gaya hidup yang ada unsur-unsur pertanian dan alami.
Selain itu, MAHA 2014 juga merangkumi Hari Peladang, Penternak dan Nelayan, Agri Trade, Industri Agro Makanan, Industri Asas Tani, Malaysia Agricultural Anda Innovation Challenge dan Agro Pelancongan

No comments:
Post a Comment