Rahsia Kejayaan
Orang Jepun
Siapa tidak
pernah dengar akan negara Jepun? Tokyo adalah bandar nombor 1 di Asia dan ke 4
di dunia. Jepun bertanggungjawab terhadap penciptaan mi segera sehingga
mengubah cara seluruh penduduk dunia makan.
Negara ini mewujudkan produk baru
yang sukar dibayangkan minda. Mereka mendominasi dalam banyak industri Amerika
daripada kereta sehingga permainan video. Mereka juga pemimpin dunia dalam
industri robotik.
Penduduk dunia
semua gerun mendengar kisah pengeboman nuklear paling zalim yang dilakukan
Amerika Syarikat terhadap Hiroshima dan Nagasaki. Hampir tidak masuk akal
sekiranya difikirkan bahawa negara yang telah mengalami bencana paling terburuk
dalam sejarah penciptaan dunia mampu menjadi negara paling berjaya di Asia dan
disegani oleh pihak Barat yang lebih awal mencapai kemakmuran dan kemajuan.
Tiada siapa yang pernah melihat gambar-gambar pengeboman yang mengerikan itu
pada setengah abad lalu telah memberikan negara ini mana-mana peluang untuk
‘hidup’ apatah lagi menjadi sehebat Jepun yang kita kenali pada hari ini.
Apa sebenar
rahsia penduduk Negara Matahari Terbit ini?
Antara semua
bangsa dalam dunia, dapat dikatakan dengan penuh yakin bahawa penduduk Jepun
adalah teramat rajin. Seorang pekerja Jepun boleh melakukan pekerjaan yang
biasanya dikerjakan oleh 5-6 orang. Contohnya, seorang pekerja di Jepun dapat
menghasilkan sebuah kereta dalam masa 9 hari, sedangkan pekerja di negara lain
memerlukan 47 hari untuk membuat kereta yang bernilai sama! Di kampus,
professor juga biasa pulang malam (secara tepat pagi), membuat mahasiswa tidak
mahu pulang cepat.
Direkodkan, secara purata jam bekerja pegawai di Jepun
adalah 2450 jam/tahun, sangat tinggi dibandingkan dengan Amerika (1957
jam/tahun), Britain (1911 jam/tahun), Jerman (1870 jam/tahun), dan Perancis
(1680 jam/tahun). Penduduk Jepun juga boleh dikatakan terlalu kuat bekerja
sehingga wujud satu fenomena yang dipanggil Karoshi yang bermaksud “mati kerana
kerja keras”!
Penduduk Jepun
tidak pernah berputus asa dek peristiwa hitam pada malam yang mengerikan dalam
abad ke-20 tersebut. Sebaliknya, mereka bekerja bersama-sama untuk membentuk
sebuah negara yang kuat. Ekonomi Jepun kukuh bukan kerana kehebatan ciptaan-ciptaan
mesinnya, tetapi kerana kekuatan semangat dan prinsip-prinsip betul yang
diamalkan rakyatnya.
Tun Mahathir
yang sejak beberapa dekad lalu kagum akan sikap penduduk Jepun yang pemalu.
Orang Jepun sangat pemalu sehingga tingkap-tingkap rumah mereka sentiasa
ditutup agar tidak boleh melihat. Orang ramai juga dibenarkan untuk
mengeluarkan nama-nama mereka daripada buku telefon jika mereka mahu. Sesiapa
yang banyak bertanya akan dianggap biadab. Satu lagi yang sinonim dengan
perasaan malu mereka ialah yang fenomena yang diasaskan puak Samurai yakni
Harakiri yang bermaksud “bunuh diri dengan menusukkan pisau ke perut”, biasanya
kerana perasaan malu. Contohnya, menteri yang mengundurkan diri kerana terlibat
dalam masalah rasuah atau merasa gagal menjalankan tugasnya. Perasaan malu
menyebabkan sistem hidup orang Jepun menjadi teratur. Mereka secara automatik
membentuk barisan dalam setiap keadaan yang diperlukan seperti pembelian tiket
masuk ke stadium untuk menonton bola sepak, menaiki bas, sampai nak menggunakan
tandas awam, pun! Mereka malu terhadap orang sekeliling apabila mereka
melanggar peraturan ataupun norma yang sudah menjadi amalan umum. Hebat, bukan?
Kesan daripada
revolusi perindustrian dan sistem kapitalisme yang meluas, budaya berbelanja
menjadi kegemaran penduduk di seluruh dunia, terutamanya bagi kaum Hawa tetapi
tidak di Jepun. Penduduk Jepun sememangnya mengamalkan sikap anti konsumerisme
dalam pelbagai bidang kehidupan. Contohnya, suri rumah di Jepun sanggup menaiki
basikal ke kedai sayur yang agak jauh dari rumah, hanya kerana lebih murah 20
atau 30 yen. Banyak keluarga di Jepun yang tidak memiliki kereta, bukan kerana
tidak mampu, tapi kerana lebih berjimat menggunakan bas.
Professor
mereka bersaing dengan para mahasiswa dengan menaiki basikal ke kampus.
Penduduknya pula suka berbelanja di hypermarket sekitar jam 7
setengah malam kerana pada mas itu, pihak hypermarket akan
memotong harga sampai separuh pada waktu sekitar setengah jam sebelum tutup
yakni pada pukul 8 malam. Satu idea yang baik, tak gitu?
Seterusnya,
bangsa Jepun agak ke hadapan daripada bangsa-bangsa lain di Asia dari segi
inovasi. Mereka tidak berapa kreatif untuk mencipta sesuatu, tetapi mereka
ternyata bijak mengubah penemuan orang lain dan kemudian memasarkan nya dalam
bentuk yang diminati oleh masyarakat. Agak janggal sekiranya menyentuh tentang
inovasi tanpa menyebut seorang tokoh Jepun yang disegani ramai. Akio Morita,
CEO Sony telah mengembangkan Sony Walkman sehingga jumlah jualan sehingga tahun
1995 mencecah angka 150 juta! Kisahnya, Cassete Tape tersebut bukanlah ciptaan
beliau, tetapi ia adalah milik Phillip Electronics. Kehebatan Akio terletak
pada bakat inovasi nya yang mampu mengubah model tersebut kepada sesuatu yang
dipanggil Walkman, produk yang meletup selama puluhan tahun.
Siapa yang tak pernah memiliki Walkman,kan?
Umum kita
dengar yang sesebuah syarikat boleh dianggap hebat sekiranya mereka mampu
membuatkan seorang graduan muda bekerja melebihi 2 tahun kerana generasi Y ini
sangat suka menukar kerja. Pantang ada faedah atau gaji lebih, mereka mesti
sapu licin! Tetapi berlainan keadaannya di Jepun. Penduduk Jepun, tidak kira
generasi apa pun sangat jarang bertukar-tukar kerja. Mereka biasanya bertahan
di satu atau dua syarikat sampai lah pencen. Contoh yang lain dalam membuktikan
betapa setianya orang Jepun dalam sesuatu perkara dapat dilihat dengan
pembangunan bandar Hofu yang merupakan bandar industri yang jauh ketinggalan
dengan penduduk yang terlalu padat, suatu ketika dahulu. Disebabkan kesetiaan
penduduknya yang tidak berbelah bahagi, mereka bekerja keras siang dan malam
sehingga berjaya mengubah Hofu menjadi bandar yang maju dan moden. Bahkan pada
masa sekarang menjadi bandar industri terbaik dengan pengeluaran kenderaan
mencapai 160,000 setahun! Sikap ini sememangnya sukar untuk dicari di
negara-negara maju seperti Amerika mahupun Eropah.
Kesan daripada
revolusi perindustrian dan sistem kapitalisme yang meluas, budaya berbelanja
menjadi kegemaran penduduk di seluruh dunia, terutamanya bagi kaum Hawa tetapi
tidak di Jepun. Penduduk Jepun sememangnya mengamalkan sikap anti konsumerisme
dalam pelbagai bidang kehidupan. Contohnya, suri rumah di Jepun sanggup menaiki
basikal ke kedai sayur yang agak jauh dari rumah, hanya kerana lebih murah 20
atau 30 yen. Banyak keluarga di Jepun yang tidak memiliki kereta, bukan kerana
tidak mampu, tapi kerana lebih berjimat menggunakan bas.
Yang paling sinonim
dengan masyarakat Jepun ialah sikap pantang menyerah. Sejarah membuktikan
bahawa bangsa Jepun mempunyai daya ketahanan yang amat tinggi. Contohnya,
ketika kerajaan Tokugawa memerintah Negara Matahari Terbit ini, mereka sangat
ketinggalan dari aspek teknologi dek kerana dasar kerajaan yang menutup semua
akses ke luar negeri. Tetapi, Ketika pemulihan Meiji berlaku, bangsa Jepun
cepat beradaptasi dan menjadi fast learner. Contoh seterusnya,
Matsushita Konosuke yang perniagaannya hampir musnah dan hampir tersingkir
daripada perniagaan peralatan elektronik sekitar tahun 1945 masih mampu
merangkak, bermula dari kosong untuk membangunkan industri sehingga menjadi
empayar Matsushita yang dikenali ramai pada hari ini. Lagi contoh, Jepun tidak
seperti Malaysia yang kaya dengan sumber alam. Jepun sangat miskin dalam aspek
ini tetapi mereka tidak pernah menyerah kalah. Mereka mengimport minyak, bijih
besi dan kayu, bahkan 85% sumber tenaga Jepun berasal dari negara lain.
Kemudian, sifat
berdikari memang tidak boleh dipisahkan dengan masyarakat Jepun. Budaya murni
yang dilatih sejak kecil ini secara tidak langsung akan melatih setiap
penduduknya untuk sentiasa bersedia menghadapi segala kemungkinan dan bangun
semua dengan cepat setelah berlaku kecelakaan. Seperti yang diketahui umum,
negara Jepun terdedah kepada pelbagai jenis bencana alam seperti letusan gunung
berapi, gempa bumi, tsunami dan macam-macam lagi. Dengan
mempersiapkan anak-anak kecil ini agar dapat berdikari, mereka tidak perlukan
latihan ketenteraan lagi selepas tamat sekolah menengah tinggi. Cara mereka
dilatih amat mudah. Anak-anak kecil di Jepun dilatih untuk membawa perlengkapan
sendiri, dan bertanggungjawab terhadap barang miliknya sendiri. Semasa di
kolej, sebahagian besar daripada mereka tidak meminta belanja daripada ibu
bapa. Mereka membuat kerja sambilan untuk menampung belanja sekolah dan belanja
harian. Sekiranya mereka kehabisan wang, mereka “meminjam” wang daripada ibu
bapa yang akan dipulangkan kemudian.
Dan sikap yang
satu ini, memang merupakan masalah kronik di Malaysia. MEMBACA. Penduduk Jepun
sangat rajin membaca. Dalam densha (kereta elektrik), bullet train, di
perhentian bas, di mana-mana sahaja, anak-anak kecil dan golongan dewasa asyik
membaca buku atau surat khabar. Jika ada demand, mesti ada supply, bukan?
Para penerbit di sana membuat komik manga untuk mengisi di kurikulum sekolah
dan ia dibenarkan oleh pihak sekolah. Komik manga yang menjadi kegilaan
anak-anak muda Jepun diselitkan dengan pelajaran Sejarah, Biologi, Bahasa, dan macam-macam
lagi demi meningkatkan minat membaca dalam masyarakat. Budaya membaca orang
Jepun juga didukung oleh kepantasan proses penterjemahan buku-buku asing
(Bahasa Inggeris, Perancis, Jerman, dsb).
Lagi, pepatah
Melayu ada menyebut, “bersatu teguh, bercerai roboh”. Inilah yang diamalkan
penduduk Jepun dalam melaksanakan sebarang pekerjaan. Mereka lebih gemar
melakukan sesuatu secara berkumpulan, pendek kata, kurang sifat individualistik
dalam masyarakat mereka. Dunia belajar mahupun pekerjaan, prinsip kerja secara
berkumpulan ini juga membawa kesepaduan dalam negara mereka. Mesyuarat atau
muafakat atau sering disebut dengan “rin-gi” adalah ritual dalam kumpulan. Ada
pepatah yang mengatakan bahawa “Seorang professor Jepun akan kalah dengan
seorang professor Amerika, tetapi 10 orang professor Amerika tidak akan dapat
mengalahkan 10 orang professor Jepun yang berkumpulan”.
Akhir sekali,
walaupun Jepun sudah jauh ke hadapan meninggalkan negara-negara yang seangkatan
dengannya, bangsa Jepun masih mengekalkan tradisi dan budaya nenek moyangnya.
Budaya perempuan yang sudah menikah untuk tidak bekerja masih wujud. Budaya
minta maaf masih lagi diamalkan. Bangsa Jepun amat sukar untuk berkata “tidak”
terhadap sebarang permintaan.
Itulah rahsia
kejayaan orang Jepun. Luar biasa!
No comments:
Post a Comment