Schumacher kini 'lumpuh', 'masalah ingatan dan tidak boleh bercakap'
'tidak berupaya bercakap dan mengalami masalah ingatan'.
Bekas pemandu F1, Philippe Streiff yang juga menggunakan kerusi
roda sejak nahas di Brazil pada 1989 ketika ujian pra musim berkata, Schumacher
tidak berupaya untuk bercakap dan mengalami masalah ingatan.
Streiff, yang juga kawan baik Schumacher berkata: "Dia
semakin baik tetapi semuanya agak relatif. Ia amat sukar. Dia tidak boleh
bercakap.
"Sama seperti saya, dia guna kerusi roda, lumpuh. Dia mengalami masalah
ingatan dan tidak boleh bercakap."
Streiff, 59, melawat Schumacher ketika pemandu Jerman itu
dirawat di Hospital Grenoble, Perancis selepas dia terbabit dalam nahas ski
pada Disember sehingga mengalami kecederaan di bahagian otak.
Schumacher, 45, dipindahkan ke Hospital Lausanne di Switzerland
pada Jun lalu dan kini dirawat di rumahnya di Lake Geneva.
Sehubungan itu, jurucakap Schumacher, Sabine Kehm berkata, komen
Streiff adalah "pandangan peribadinya" dan beliau tidak mahu mengulas
lanjut.
"Streiff tidak pernah berhubung dengan kami," katanya.
Sementara itu, doktor yang merawat Schumacher pada Oktober lalu
berkata, bekas juara F1 itu menunjukkan perkembangan positif tetapi memerlukan
masa beberapa tahun untuk sembuh.
Doktor Perancis, Jean-Francois Payen juga memuji isteri
Schumacher atas kasih sayang yang ditunjukkan sejak suaminya terbabit dalam
nahas berkenaan.
Dr Payen merawat Schumacher di Hospital Grenoble selepas dia
dibawa dari lokasi nahas.
"Saya dapati ada sedikit perkembangan tapi kita perlu
memberinya masa. Sama seperti pesakit lain, kita perlu beri masa setahun hingga
tiga tahun, jadi anda perlu bersabar," katanya.
Dr Payen berkata, beliau masih merawat bekas pemandu berusia 45
tahun itu di hospital Lausanne dan di kediaman Schumacher. - Agensi
Beliau bersama isterinya |
No comments:
Post a Comment