Jom Klik Iklan

Friday, November 28, 2014

AMALAN SUNAT DI HARI JUMAAT


JUMAAT PENGHULU SEGALA HARI

Sempena hari ini Hari Jumaat dan setiap minggu akan berulang hari Jumaat, entri ini ditulis untuk dijadikan rujukan bagi sesiapa yang hendak meningkatkan amalan pada penghulu segala hari iaitu hari Jumaat. Amalan kita biar istiqamah atau konsisten barulah hasilnya dapat dilihat dan dirasai samada hasil dari sudut kerohanian, kesihatan, keberkatan dan sebagainya. Banyak lagi amalan yang berkaitan hari Jumaat dari sudut sunat, makruh, haram dan wajib.

Diantara amalan yang sunat dilakukan pada hari ini ialah

1) membaca 10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir surah al Kahfi untuk menggelakkan dari gangguan dajjah al masih

2)    memperbanyakkan selawat ke atas Baginda Nabi Muhammad SAW. Berselawat amat digalakkan pada setiap masa dan keadaan apatah lagi pada hari Jumaat. Al-Imam Asy-Syafi’e berkata dia lebih suka memperbanyakkan selawat pada hari Jumaat berbanding dengan ibadat sunat lain.

3)    memotong kuku tangan dan kaki

4)    membersihkan segala jenis bulu yang ada (menggunting misai, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari)

5)     membersihkan diri dengan mandi yang sebaik mungkin

6)     berpakaian yang paling cantik dan sebaik-baiknya berwarna putih

7)    berwangi-wangian,

8)    pergi awal ke masjid, Berawal-awal pergi ke masjid untuk solat Jumaat juga mempunyai fadilat yang sangat besar seperti yang diriwayatkan dalam hadis Nabi saw bahawa kumpulan pertama yang pergi awal pada hari Jumaat akan dapat pahala seperti mengorbankan seekor unta, yang datang selepas itu pula seperti mengorbankan seekor lembu, semakin lambat maka semakin berkurangan nilai pahalanya.

9)    Bersedekah. Bersedekah hendaklah mengutamakan mereka yang benar-benar susah, lebih-lebih lagi dari kalangan saudaramara terdekat. Dikatakan sedekah pada hari Jumaat pahalanya lebih besar berbanding bersedekah pada hari-hari yang lain. dan

10)  memperbanyakkan doa dari mula masuknya waktu solat Jumaat hingga terbenam matahari. Hari Jumaat juga adalah hari yang ada padanya satu waktu yang pasti Allah terima doa sesiapa yang berdoa. Sebahagian ulama kata waktu mustajab tersebut ialah pada waktu imam berada di atas mimbar, sebahagian ulama berpendapat waktu mustajab tersebut ialah antara Asar hingga Maghrib.

Perbanyakkanlah berdoa pada bila-bila masa pada hari Jumaat. SELAMAT BERAMAL!!!

No comments: